Wah. Khamis semalam aku sempat singgah kat TGV nak tengok Prince Of Persia: The Sands Of Time. Fuh seriously ramai betul umat manusia nak tengok wayang nasib la dah tempah tiket awal awal. Jadi aku tak perlu nak beratur panjang haha padan muka siapa yang kena beratur panjang tu. Kami berlima dapat student price lagi walaupun ada sorang tu tak bawa kad pelajar tetap brader tu sempoi gila babunsss maka terima la ucapan iaitu gua caya sama lu bro!!!
Okay. Prince Of Persia. Seperti biasa cerita cerita spesies macam ni penuh dengan aksi mendebarkan dag dig dug di dada haha. Well. Aku akui filem Prince Of Persia menjanjikan sesuatu to audience. But bagi aku sebagai peminat filem filem genre action, adventure, comedy, fantasy, romance dan dot dot dot then for me it is just another movie. Kalau korang dah tengok Percy Jackson, Clash Of Titans, Stardust, Iron Man or apa apa movie yang sewaktu dengannya maka filem ni there is nothing new. Konsep yang sama. Teknik CGI yang sama. Aksi yang sama.
Eh eh Prince Of Persia tetap berbaloi-baloi ditonton. Tak rugi. Ada terselit dua tiga kucing berlari adegan kelakar dan romantik in this movie. Cuma kepuasan menonton tu kureng sikit la haha. Mungkin aku letak high expectation kot. Kalau korang tak sempat tengok pun that is okay. Tak mendatangkan apa-apa kesan. Oh. This is my opinion. Agree or disagree it is up to you. Tapi lagi best tengok Prince Of Persia daripada Andartu Terlampau kan kan kan?
potpetpotpet: Masa kecil aku betul betul gila dengan game Prince Of Persia tu. Main game daripada pagi sampai pagi minggu depan haha.






