Ahad, 5 September 2010

Bila Terkenang Masa Lalu

Hey hey hey. Aku tak dapat join majlis iftar dengan kawan-kawan tadi. Sorry guys. Sorry sorry wahai Fyzal, Adie, Jax, Aril, Fiq, Dhwan, Hafiz, Acap dan Nazmi. Aku berbuka puasa ramai ramai kat kampung tadi. Family comes first right? Lain kali aku join korang kay? :)


Lepas habis melantak dan solat, kitorang sepupu sepapat lepak ramai ramai kat bahagian tangga. Klasik nasional dowh!!! Dulu masa kecik kecik kitorang selalu main main kat tangga tu. Mula lah masing masing korek kenangan dulu dulu. Fuhhh... Nostalgia dowh. Kitorang suka sembunyi sembunyi kat sekitar tangga tu. Ada satu sudut kat situ. Kitorang berebut-rebut nak menyorok kat bahagian tu. Haha. Seronok bila ingat semula.


Ada lagi kisah pasal tangga ni. Tak habis lagi kau tahu. Haha. Malam malam raya kitorang selalu main bunga api, main mercun kat tangga ni. Adeh. Lepas tu kitorang selalu kena marah sebab main bunga api acu kat pokok pokok bunga tepi tangga. Mana tak kena marah? Esok pagi tengok pokok pokok bunga dah jadi hitam weyh!!! Tak pasal pasal panas hati Mak Lang jaga pokok pokok bunga tu. Haha. Haish... Bak kata tajuk lagu rock kapak tu, andai dapat ku undur masa. Cettt... Dah dah. :)




potpetpotpet: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? Oh. Masa lalu.

Ahad, 9 Mei 2010

Pencinta Bernombor Lima Ratus!

Okay. Jangan kata kau aku pon agak agak konfius mius dengan nama budak ni. Cikeju? Wakakaka. At first I thought dia ni perempuan. Ayu ayu gitu. Cik Eju mungkin. Sekali bukak blog dia terus nampak header tu. Saya lelaki tau katanya. Kenapa dia pilih nama cikeju tu aku pon tak pasti. Peminat fanatik keju kot. Sila sila berkunjung ke blog dia di sini dan boleh la tanya dia apahal nama dia macam tu. Wakakaka.

Eh eh tak pasal pasal aku promosi dia. Sebab musabab? Yay! Dia adalah pencinta Budak Lelaki Sebelah Pintu yang ke-500! What an achievement. Terima kasih kepada ibu ayah dot dot dot. Wah. Kebaboom dush dush dush prut prut prut dam dam dum. Sila bayangkan konon konon meriah dengan letupan bunga api. Wakakaka. Thanks bro! Keep in touch!


potpetpotpet: Wah. Suka suka.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com