Khamis, 22 Mac 2018

Review Filem 3AM Part 3 - Seram & Kelakar Jadi Satu!

Salam.


Sebagai salah seorang peminat cerita seram dari Thailand, aku gembira gila bila dapat peluang tonton tayangan perdana filem hantu Thai ni yang berjudul 3AM Part 3. Kalau korang perasan, cerita hantu Thai ni selalu ada jalan cerita di sebalik babak seram dan lawak yang dipaparkan dalam setiap filem tu. Masa mula mula tu mungkin kita tak berapa nak faham, tapi bila dah kat hujung hujung tu mesti dia tunjukkan sebab kenapa hantu tu kacau atau bunuh orang tertentu. Pada pendapat aku, it makes sense lah bila hantu tu kacau atau bunuh orang tertentu dengan tujuan yang spesifik. Maksud aku, ada kemungkinan orang yang kena kacau atau bunuh tu punca kematian hantu tu ke kan siapa sangka siapa menduga engkau berubah tiada ku pinta.


Jadi berbalik kepada filem 3AM Part 3 ni, filem ni ada tiga bahagian cerita yang berlainan. Tapi sebenarnya ketiga-tiga cerita tu berkaitan antara satu sama lain. Haaa... Macam mana tu? Ada watak dalam cerita pertama muncul dalam cerita kedua dan ketiga. Faham ke tidak? Kalau tak faham, nak kena tengok lah filem 3AM Part 3 ni. Haha!

Cerita pertama ni relatable dengan masa kini. Cerita dia mengenai pengguna media sosial yang gila dengan publisiti murahan untuk video atau posting viral. Tentang seorang pekerja tol yang membuat posting viral sehingga menyebabkan orang yang diviralkan tu mati. Tapi ada twist dia! Haaa... Nak tahu, kena lah tengok filem ni. By the way, antara tiga cerita ni, bagi aku cerita pertama ni paling best! Seram dan kelakar!

Cerita kedua pula agak mengelirukan. Aku tak berapa faham sebenarnya. Jadi aku simpan komen aku. Haha! Cerita ketiga ni lebih kepada sedih tapi pada masa yang sama kelakar. Maksud aku, sangat kelakar! Aku gelak setengah gila tengok cerita ketiga ni. Twist dia memang korang takkan jangka! Tak percaya? Tengoklah sendiri! 



Overall, filem 3AM Part 3 ni aku bagi 3 bintang. Aku suka dengan filem ni sebab ada part seram dia ada part lawak dia dan seperti biasa lawak cerita hantu Thai tak pernah mengecewakan! Terima kasih kepada Hangat.com kerana menaja tayangan ni. Kalau ada tayangan lagi lepas ni, hulur hulurkan tangan ringan ringankan beban. Bye!

Penulis Artikel: OhQarl

Jumaat, 20 Ogos 2010

Aksi Panas Lagi Hangat Hangat Hot

Siriyes. Kau ingat aku tipu helah semata-mata? Well. Semalam ada sesi photoshoot dengan bebudak kos neyh. Tapi kan... Tapi kan... Tapi kan... Sesi tu dijalankan pada jam 1.00 pm ye. Matahari betul betul atas kepala kau tahu. Peluh pulak menitis keluar hampir tiga baldi setengah kalau aku tak silap. Sempat pun aku cari baldi nak tadah peluh. Adeh. Habis luntur seratus peratus tepung jagung yang aku sapu kat muka neyh. Okay. Melampau betul aku bila bab bab menokok tambah neyh.


I was supposed to wear baju batik kau tahu. Hurm. Tapi baju batik aku tak siap lagi. Kain dia pun tak hantar kedai lagi macam mana nak siap kan kan kan? Tak pasal pasal aku jadi lagi handsome bila pakai baju lain daripada korang haha. Eh eh this was the second time kitorang buat sesi photoshoot neyh. Since this is the last semester we spend together, then this should be the beautiful memory. I'm gonna miss you guys! :')













potpetpotpet: Kalau ada sumur di ladang... Pandai pandai sambung sendiri.

Rabu, 19 Mei 2010

Video Adegan Seks Ustazah Lagi.

Okay. Tak pasal pasal korang ingat ni pasal video adegan seks ustazah yang terbaru. Bukan bukan. Aku nak berkongsi pendapat tentang kehangatan cerita tentang video adegan seks ustazah yang tersebar dan menjadi tajuk utama perbualan pada hari ni. Dahsyat nak mammm kau tahu bila orang tak habis habis cakap pasal benda ni adoi.




First of all kenapa video adegan seks ustazah ni betul betul mencuri perhatian umum? Tak lain tak bukan sebab ada perkataan ustazah kat situ. Seriously pangkat ustazah tu yang membuatkan ramai orang tertanya-tanya kau biar betik kau biar belon kau biar bebal kau biar benar dan kau biar betul. Jom sama sama tepuk dahi. Oh aku tak tengok lagi video tu dan aku tak kenal siapa ustazah tu tapi entah betul entah tidak kan kan kan? Siapa siapa pun boleh jadi macam tu okay. Apa kata kita tukar tajuk dia jadi video adegan seks pelacur haha tentu tentu tak berapa ramai orang teruja lompat lompat bintang kalau nak dibandingkan dengan video adegan seks ustazah.


Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ya disebabkan video adegan seks ustazah tu tak pasal pasal ustaz ustazah yang lain terkena tempiasnya. Sebab masyarakat mula mempersoalkan kredibiliti ustaz ustazah macam mana benda ni boleh berlaku. Well bak kata pepatah lagi jangan kerana seekor nyamuk kelambu dibakar. Jadi sila beli ubat nyamuk haha dan fikir dulu sebelum buang.




Entah aku pun tak faham. Macam-macam hal pulak. Nak cuba bayangkan kalau betul ustazah dalam video tu apatah lagi mereka mereka yang cetek ilmu agama wah lagi hebat kebaboom kot. Mungkin. Lu fikirlah sendiri!


potpetpotpet: Jihad paling besar ialah melawan hawa nafsu.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com