Jumaat, 22 Disember 2017

Kisah Pelacur Beri Minum Anjing Masuk Syurga, Benar Atau Tidak?

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Soalan:

Benarkah wujud kisah pelacur masuk syurga tu? Sebab ramai yang sembang pasal benda ni. Betul ke cerita tu atau sekadar rekaan semata-mata? Boleh bagi penjelasan atau pandangan yang benar tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Terima kasih.

Jawapan:

Kisah pelacur masuk syurga kerana memberi minum kepada anjing haus itu betul. Riwayat al-Bukhari. Kisah itu menunjukkan betapa rahmat Allah itu luas. Bukan bermaksud beri minum kepada haiwan sudah cukup bila berzina. Kisah umat terdahulu hanya perlu diambil pelajaran jika bercanggah dengan syariat Nabi Muhammad.

Faedah hadis ini?

#1
Dosa besar tidak semestinya terhapus dengan amalan kecil atau amalan yang banyak. Hakikatnya Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Melihat sejauh mana kekuatan ikhlas dan jujur ketika membuat sesuatu kebaikan. Dan itulah yang menjadi sebab Allah mengampunkan dosa wanita itu.

#2
Zina diharamkan dan zina adalah merupakan dosa besar dalam syariat semua Nabi sehinggalah kepada umat Nabi Muhammad. Hadis ini bukan bermaksud zina itu ringan dosanya, cukup sekadar berbuat baik kepada haiwan tapi menunjukkan luasnya rahmat Allah kepada pendosa. Rahmat diraih dengan amal paling ikhlas.

#3
Larangan menghina seorang pendosa atau ahli maksiat kerana setiap manusia tergantung pada akhir amal hidupnya. Hadis ini menjadi dalil bahawa ahli maksiat yang penuh dosa juga layak mendapat ampunan Allah. Dalam hadis lain, disebut kisah ahli ibadah masuk neraka kerana menerakakan kawannya.

#4
Hadis ini tidak menyebut lanjut kenapa dia melacurkan diri. Begitu juga kisah akhir hidupnya tidak disebut dalam hadis. Kemungkinan dia melakukannya kerana dipaksa atau terpaksa. Allah Maha Tahu apa yang hambaNya hadapi. Kebaikan kecil tapi ikhlas jadi sebab Allah ampunkannya.


Sumber: Ad-Dien

Rabu, 19 Mei 2010

Video Adegan Seks Ustazah Lagi.

Okay. Tak pasal pasal korang ingat ni pasal video adegan seks ustazah yang terbaru. Bukan bukan. Aku nak berkongsi pendapat tentang kehangatan cerita tentang video adegan seks ustazah yang tersebar dan menjadi tajuk utama perbualan pada hari ni. Dahsyat nak mammm kau tahu bila orang tak habis habis cakap pasal benda ni adoi.




First of all kenapa video adegan seks ustazah ni betul betul mencuri perhatian umum? Tak lain tak bukan sebab ada perkataan ustazah kat situ. Seriously pangkat ustazah tu yang membuatkan ramai orang tertanya-tanya kau biar betik kau biar belon kau biar bebal kau biar benar dan kau biar betul. Jom sama sama tepuk dahi. Oh aku tak tengok lagi video tu dan aku tak kenal siapa ustazah tu tapi entah betul entah tidak kan kan kan? Siapa siapa pun boleh jadi macam tu okay. Apa kata kita tukar tajuk dia jadi video adegan seks pelacur haha tentu tentu tak berapa ramai orang teruja lompat lompat bintang kalau nak dibandingkan dengan video adegan seks ustazah.


Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ya disebabkan video adegan seks ustazah tu tak pasal pasal ustaz ustazah yang lain terkena tempiasnya. Sebab masyarakat mula mempersoalkan kredibiliti ustaz ustazah macam mana benda ni boleh berlaku. Well bak kata pepatah lagi jangan kerana seekor nyamuk kelambu dibakar. Jadi sila beli ubat nyamuk haha dan fikir dulu sebelum buang.




Entah aku pun tak faham. Macam-macam hal pulak. Nak cuba bayangkan kalau betul ustazah dalam video tu apatah lagi mereka mereka yang cetek ilmu agama wah lagi hebat kebaboom kot. Mungkin. Lu fikirlah sendiri!


potpetpotpet: Jihad paling besar ialah melawan hawa nafsu.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com