Rabu, 22 Disember 2010

Sosej Besar Gedabak ? Budak Lelaki Sebelah Pintu Ke ?

Adeh. Tajuk entri tak boleh belah. Ni kisah benar. Walaupun kisah benar ni tak kuar kat rancangan majalah tiga, tapi kisah benar ni betol betol berlaku. Siriyes. Masalahnya, kalau aku tipu kau, aku dapat buffered earnings ke ? Haha. Lawak pulak kalau tipu boleh dapat buffered earnings tu kan ? Okay. Fine. Aku sorang je yang faham lawak tu. Arghhh ... Abaikan.




Kisah benar ni berlaku kat UniMAP hari tu. Aku tengah beli sosej besar gedabak kat ada satu kedai tu. For your information, ramai gile manusia beli sosej besar gedabak tu. Femes kot sosej besar gedabak tu kat Perlis ni. Sebab aku gi Padang Besar pun ada sosej besar gedabak tu, aku gi Kuala Perlis pun ada jugak sosej besar gedabak tu. Apahal suka bebenau makan sosej besar gedabak ni ? Hurmmm ... Tak puas kot kalau nak telan sosej kecik kecik. Plus, harga dia pulak tak mahal mana. Seringgit satu cucuk. Murah gile kot. No wonder la ada yang beli sampai sepuluh, terus habis serta merta. Ni kira masa dia tengah hulur duit nak bayar, sambil sambil tu dia telan sosej besar gedabak tu laju laju. Eh. Bukan aku ah, tapi orang lain. Siriyes. Adeh. Lupe pulak nak snap gambar sosej besar gedabak tu. Macam mana korang nak imagine rupa sosej besar gedabak tu ek ? Kejap kejap. Aku try lukis guna paint. Jeng jeng jeng.




Sosej besar gedabak ni didatangkan (cehhh) dengan pelbagai perisa. Ada tomyam, ada keju, ada ... Okay. Dua perisa tu je yang aku ingat. Haha. Tapi banyak ah perisa lain. Cuma aku tak ingat sangat. Perisa strawberry mungkin ? Erk. Abaikan. Masa aku tengah syok syok membelek sosej besar gedabak tu demi memilih sosej besar gedabak yang terbaik dari ladang, tiba tiba ada suara memanggil aku. Eh. Ni bukan cerita hantu. So, korang tak payah nak buat buat saspen. Boleh ?


Budak Lelaki Sebelah Pintu ke ? Budak Lelaki Sebelah Pintu ke ?


Mula mula aku tak perasan. Kali kedua dia panggil, baru aku toleh. Aku macam, siriyes ? Tak pernah pernah orang panggil aku Budak Lelaki Sebelah Pintu. Ni kira first time ah. Terharu seh. Mula mula aku segan jugak. Dalam segan tu, aku sempat borak borak dengan dia kejap. Tapi tak sampai satu perenggan pun dialog kitorang.  Haha. Apa yang aku tahu, dia budak UniMAP dan dia masuk tarian rampaian, kalau tak silap. By the way, it was nice to meet you, bro ! And thanks a lot for reading my blog ! :')


potpetpotpet : Macam panjang pulak aku taip kali ni. =.=

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com