Jumaat, 29 Julai 2011

Warna Warni Graduasi!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Alhamdulillah. Dah tamat dah pengajian aku. Tak perasan pulak aku dah study empat tahun kan? Masa study dulu, bukan main bila nak habis bila nak habis. Sekarang? Eh. Sekejap gile dah empat tahun. Okay. Aku rasa korang pon sama kot? :B

Eh. Aku dah ada ijazah beb! So, siapa budak sekolah boleh jeles sekarang. :P

Aku konvo hari Khamis lepas iaitu pada 28 Julai 2011. Sesi pagi pulak tu. Memang malam sebelum tu tak boleh nak tidur la. Bukan sebab neves nak naik pentas tapi sebab bunyi anjing menyalak tak habis habis. Aku siriyes ni. Aku mana pernah main main. Kau pon tahu aku memang jenis manusia yang siriyes doploh empat jam kan? Tambah tambah pulak, adik aku tidur berdengkur kat sebelah. Memang heaven la aku tidur malam tu. =_=

Okay. Kali ni, aku nak kongsi gambar gambar yang telah diambil pada hari kejadian. Penuh dengan warna warni derrr... Dan special untuk entri kali ni, aku bagi gambar gambar aku dengan kaum keluarga dulu. Esok lusa, gambar gambar aku dengan kaum kawan pulak ye. Boleh? Tapi kan, kalau kau kata tak boleh pon, aku macam tak kisah sangat kot? :P


Bak sini semua tu!

Okay. Nak bukak kedai bunga lepas ni boleh?

Siapa lagi comel?

Terima kasih ayah! Terima kasih ibu!

Nana kat kiri. Bob kat kanan.

Hello Kitty atau Upin Ipin?

Mama dengan Mak Lang yang pernah jaga aku masa aku kecik kecik.



potpetpotpet : Siapa dah konvo sila angkat tangan sekarang!

Ahad, 23 Januari 2011

Hadiah Contest Paling Mengejutkan Aku Pernah Terima!

Aku dikejutkan dengan pemberian segulung ijazah melalui kiriman pos ekspress daripada seseorang. Apa ke hal pulak ni? Aku tak habis belajar lagi tapi dah dapat ijazah? Aku macam speecess! Adakah aku bermimpi di siang hari sebab memang siang sekarang ni? Katakan tidak kerana aku belum bersedia lagi menghadapi semua ni. Tidak tidak! Dan apakah aku rasa seperti mahu lempang diri sendiri sebab meluat dengan ayat yang aku menaipkan ni? =.=




See? Aku tak tipu beb. Tengok ah. Entah macam mana aku boleh dapat entah. Aku dengan pantas bukak sampul surat kecik kat sebelah dia tu. Tengok tengok, ada gambar aku beb. Gambar berukuran yang aku sendiri tak tahu apa ukuran dia sebab aku tak pernah cuci gambar kecik macam tu. Duh. Selain tu, ada kad ucapan tahniah lagi. Wow. Aku macam speecess kali kedua! Oh. Ni hadiah kemenangan lagi? Haha. Jom ramai ramai gelak kesyukuran. Boleh? Alhamdulillah. :')




Erk. Aku dapat sijil penyertaan ke ni? Pengsan sekarang. Mula mula aku cuak la kot. Takot takot dia salah tulis nama aku dengan nombor kad pengenalan aku kat sijil penyertaan tu kan? Penting gile beb. Nanti aku nak gi interview, kena ah bawak sijil sijil ni semua. Aku pon bukak laju laju. Omaigod omaigod! Lepas tu aku lari pusing pusing meja makan sebab excited gile. Kau nak tahu kenapa? Tengok ah kat bawah ni.




Wow. Ni kali pertama aku memiliki lukisan potret muka aku beb! Tak pernah pernah aku nak suruh orang lukis muka aku. Dasat dasat. For me, Cik Liya memang talented gile ah! Lukisan potret ni memang terbaik wa cakap sama lu. Ni hadiah contest paling mengejutkan pernah aku terima. Masa contest hari tu, Cik Liya tak beritahu pon nak bagi apa. Tak sangka pulak lukisan potret? Syabas! ;D


Jom singgah?



potpetpotpet : Surprise tak?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com