Khamis, 15 November 2018

#KonvoUKM Banner Rai Graduan Jadi Trend Tahun 2018

Salam.


Tahniah buat adik aku yang seorang ni! Pejam celik pejam celik dah tamat pengajian dah. Lepas ni tunggu posting sebagai Doktor Gigi. Tapi tak tahu lah posting kat mana kan. Harap posting dekat dekat lah. Hari tu ibu dan ayah yang datang awal sebab masuk dewan. Aku dan Husna gerak dari Melaka dalam pukul 2.30 petang macam tu. Sampai kat UKM pula dalam pukul 4 petang. Tu pun adik aku tak keluar dari dewan lagi. Dah lah hujan turun waktu tu. Nasib baik tak lebat sangat. By the time adik aku keluar, hujan pun reda. Alhamdulillah. Kalau tak, mungkin terus balik tanpa ada sesi bergambar. Haha!



Aku perasan sekarang ni memang tengah trend orang bawa banner masa konvokesyen. Sebab aku tengok hari tu ada beberapa kumpulan baik keluarga mahupun kawan kawan memegang banner yang terpampang gambar graduan dan ucapan tahniah. Ada juga yang buat sendiri menggunakan kain ela. Bukan main gigih! Tapi kami hari tu takde banner pula. Cukup sekadar jambangan bunga dan coklat. Tak sempat nak ikut trend! Haha! Apa apa pun tahniah kepada semua graduan Konvokesyen UKM 2018!


Bila nak sambung peringkat yang seterusnya ni?

Khamis, 14 Disember 2017

Pengalaman Konvokesyen UKM: Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik

Salam.


Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajian sarjana yang memakan masa lebih kurang tiga tahun. Sepatutnya cuma dua tahun je tapi aku ada menghadapi beberapa situasi yang hampir menyebabkan aku putus asa untuk meneruskan pengajian aku tu. Syukur aku berjaya mengumpul semangat dan kekuatan untuk menamatkan apa yang telah aku mulakan. Terima kasih aku ucapkan kepada ibu, ayah, Dr Roslinda Rosli, Afizal dan mereka yang secara tidak langsung telah memberikan dorongan dan sokongan moral sepanjang pengajian aku secara separuh masa ni. Terima kasih banyak-banyak! Hanya Allah yang dapat memberikan ganjaran setimpal kebaikan diberikan.


Dari kiri: Yus, Neyra, Zam, Hizami, Nisa Kay, Taufiq dan Afizal.

Pertama sekali, ibu dan ayah sentiasa menyokong tindakan aku dalam menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dah dapat master ni, disuruh PhD pula! Haha! Sekiranya diizinkan Allah, aku tunggu tawaran biasasiwa. Tak fokus lah kalau sambung pengajian PhD secara separuh masa, kena sepenuh masa dan bergaji penuh. Betul tak? Baru bersemangat! 



Aku beruntung dapat supervisor yang sangat memahami keadaan aku. Ya. Supervisor aku sepanjang aku di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah Dr Roslinda Rosli. Sentiasa bertanyakan progress paper project aku, sentiasa memudahkan aku dengan tidak menggalakkan aku datang ke UKM semata-mata untuk menghantar tugasan atau paper project tapi memadai melalui emel, sentiasa mengingatkan aku tentang perkara-perkara penting seperti hari terakhir borang perlu dihantar, tugasan yang belum siap dan sebagainya. Aku rasa kalau aku dapat supervisor yang jenis tak kisah lantak lah apa jadi, aku rasa aku takkan dapat habiskan pengajian sarjana dalam bidang pendidikan matematik ni. Serius cakap.



Sebenarnya, Afizal yang ajak aku sambung pengajian ni. Tapi dia graduate pada waktunya, tak macam aku. Haha! Dia terkejut bila aku cakap aku tak akan graduate sama dengan dia. Ya. Macam mana tak terkejut, aku dengan dia sama-sama ulang-alik dari Melaka ke Bangi, sama-sama hantar semua tugasan, paper project dan sama-sama menduduki peperiksaan akhir. Sekali? Aku tak graduate tahun tu! Akhirnya, aku beritahu lah dia cerita di sebaliknya. Dia pun paksa aku habiskan juga sebab dah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, aku berjaya menghabiskan pengajian dalam Sarjana Pendidikan Matematik di UKM. Terima kasih kepada mereka yang hadir meraikan konvokesyen aku hari tu, ibu, ayah, Afizal, Yusri, Nisa Kay, Neyra dan Taufiq. Tak dilupakan, Ahmad Fauzi Aryaan yang datang kemudian di IOI City Mall. Haaa... Terima kasih juga kepada mereka yang mengucapkan tahniah menerusi Whatsapp, Facebook, Instagram dan Twitter. Terima kasih!





Jika korang ada rasa putus asa macam aku sebelum ni, cuba korang fikirkan kenapa korang memulakan perjalanan ini pada awalnya. Semoga berjaya!

Jumaat, 27 Oktober 2017

Gambar Pra Konvokesyen Budak Tadika Yang Comel Jadi Perhatian Netizen

Salam.


Comel tak gambar-gambar pra konvokesyen kat atas tu? Sekarang ni kan tengah musim konvokesyen, ke sana ke sini orang bukan main berkongsi gambar dengan jubah dan topi konvokesyen. Tak kurang jugak ada yang gigih throwback gambar konvokesyen lapan belas tahun yang lepas. Haaa... Bagi memeriahkan suasana, seorang photographer telah memuat naik koleksi gambar pra konvokesyen budak-budak tadika kat laman twitter miliknya. Siapa sangka gambar-gambar pra konvokesyen budak-budak tadika tu telah mencuri perhatian netizen dan menerima lebih daripada 12 ribu retweet dan hampir 9 ribu like. Serius lah!


Siapa je yang tak tersenyum melihat gambar-gambar pra konvokesyen budak-budak tadika tu kan? Seronok sangat tengok budak-budak tadika tu bergembira dengan jubah dan topi konvokesyen dorang. Rasa macam nak kembali ke zaman tadika je. Ehhh... Tak sedar diri dah nak masuk angka 30! Haha! Apa-apa pun, semoga adik-adik ni akan berjaya mencapai cita-cita mereka pada suatu hari nanti.


Kredit: @AfiqRozlan

Khamis, 18 Mei 2017

Terima Bunga Kantan Sebagai Hadiah Konvokesyen!

Salam.

Seorang lelaki telah membawa dua kuntum bunga kantan sebagai hadiah sempena meraikan hari konvokesyen kawannya. Tweet tersebut mendapat perhatian netizen sehingga mencatatkan 18 ribu retweets dan 8 ribu likes. Lepas ni boleh la ikut tips jimat ni, kita beri bunga kantan je. Haha!


Berwarna merah jambu, bunga kantan adalah merupakan ramuan penting dalam masakan Melayu seperti nasi kerabu dan laksa. Tak lupa bunga kantan juga digunakan di Sarawak dalam masakan manok pansoh. Jadi banyak kegunaan sebenarnya bunga kantan terutamanya dalam masakan harian. Dah kenapa aku beriya terangkan kegunaan bunga kantan? Kisah pula korang kan? Haha!

Yang lain pun tak nak kalah juga, nak bagitahu dorang dah pernah buat sebelum ni. Haha! Nahhh...



Kenapa tidak?

Rabu, 19 April 2017

Gadis Ini Kongsikan Gambar Konvokesyen Yang Menyentuh Hati

Salam.

Hati mana yang tidak tersentuh melihat gambar yang dikongsikan oleh seorang gadis ini? Gadis ini telah memuatnaik dua gambar di tempat yang sama tapi pada waktu yang berbeza di laman twitter. Gambar pertama diambil semasa menghadiri temuduga pada 25 Mei 2013 manakala gambar kedua pula diambil pada hari konvokesyen iaitu pada 18 April 2017. Tapi apa yang menyentuh hati? Hmmm... Gambar pertama kita dapat lihat ibu gadis berkenaan berada di sebelah menemaninya tapi gambar kedua pula kita dapat lihat gadis itu hanya mampu memegang gambar ibunya, tiada jasad yang menemani.


Rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah dan kata-kata semangat buat gadis ini. Tidak kurang juga ada yang menyampaikan rasa simpati kepada gadis tersebut selain berbangga dengan kejayaan dan kekuatan yang dipamerkan. Walaupun tidak mengenali siapa gadis ini, semua mendoakan semoga gadis ini berjaya dan terus membanggakan ibunya. 


Nah tisu.

Isnin, 25 November 2013

Bahagia Luangkan Masa Bersama Keluarga

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Makan besar?

10 November iaitu pada hari Ahad dua mingu yang lepas kami sekeluarga telah makan besar kat Kenny Rogers Roasters. Ada tiga sebab kenapa kami makan besar hari tu. Sebab yang pertama? Meraikan tamatnya pengajian Bob dan Nana. Sebab yang kedua? Meraikan ulang tahun kelahiran Ika yang ke-21 pada tanggal 1 November lepas. Nampak tak berapa hari dah tu? Dan sebab yang ketiga? Husna dapat nombor dua dalam kelas dia. Alhamdulillah.

Bukan senang nak dapat kumpul ramai ramai lengkap macam ni. Aku ni takpe la. Dah kerja pun kat belakang rumah je. *tiup kuku* Bob dah kerja kat Bangsar, Ika belajar kat Kuantan, Adik pulak belajar kat Bangi, Nana je tanam anggur kat belakang rumah. So ni je la masa yang dapat kita gunakan untuk meraikan apa-apa yang patut.

Rezeki hari tu. Alhamdulillah. Bukan selalu makan sini.
 
Outfit of that day.

Kebas pungung!

Hari Selasa 19 November hari tu aku ambil cuti rehat sebab nak pergi konvokesyen Nana. Nana punya sidang ni sidang ke-17, sidang terakhir kau! Sampai kat UITM Shah Alam lebih kurang jam 12 tengahari. Lepas tu nak tunggu Nana masuk Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) tu dah jam 1 petang. Bila Nana dah masuk aku ingatkan dapat la habiskan masa jalan jalan sekitar situ tapi apakan daya hujan turun kemain lebat. Duduk la aku kat tangga tu. Kebas pungung aku duduk lama-lama sampai aku berdiri aku macam rasa punggung aku masih melekat kat tangga tu. Boleh macam tu? Haha!

Nana kuar nak dekat jam 5 petang kot? Lepas tu dia sibuk nak bergambar lagi, nak ucap tahniah lagi, nak bagi bunga lagi, nak jumpa macam macam orang lagi, nak pulang jubah lagi, last last jam 7 malam baru dapat balik. Tak pasal pasal kemek dah punggung aku sekarang.


Sebelum Nana masuk dewan.

Kasut kegemaran.

Cuba cari Husna kat mana.

Jambangan bunga merah merah mak ngah.

Siapa yang baru je konvo tu aku nak ucapkan tahniah dan selamat datang ke dunia sebenar. Tak dilupakan jugak selamat mencari kerja yang setaraf dan selari dengan kelulusan korang. Aku ada ramai kawan yang sekarang bekerja lari daripada ijazah yang tergantung kat dinding rumah masing masing. Sebenarnya hidup ni kita diberikan banyak peluang. Tapi terpulang kat kita nak ambil peluang yang mana satu atau tak nak ambil satu pun. Anyways, good luck!


potpetpotpet : Pengalaman ialah cikgu yang tidak akan beritahu apa yang kita akan belajar selepas ni.

Jumaat, 29 Julai 2011

Warna Warni Graduasi!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Alhamdulillah. Dah tamat dah pengajian aku. Tak perasan pulak aku dah study empat tahun kan? Masa study dulu, bukan main bila nak habis bila nak habis. Sekarang? Eh. Sekejap gile dah empat tahun. Okay. Aku rasa korang pon sama kot? :B

Eh. Aku dah ada ijazah beb! So, siapa budak sekolah boleh jeles sekarang. :P

Aku konvo hari Khamis lepas iaitu pada 28 Julai 2011. Sesi pagi pulak tu. Memang malam sebelum tu tak boleh nak tidur la. Bukan sebab neves nak naik pentas tapi sebab bunyi anjing menyalak tak habis habis. Aku siriyes ni. Aku mana pernah main main. Kau pon tahu aku memang jenis manusia yang siriyes doploh empat jam kan? Tambah tambah pulak, adik aku tidur berdengkur kat sebelah. Memang heaven la aku tidur malam tu. =_=

Okay. Kali ni, aku nak kongsi gambar gambar yang telah diambil pada hari kejadian. Penuh dengan warna warni derrr... Dan special untuk entri kali ni, aku bagi gambar gambar aku dengan kaum keluarga dulu. Esok lusa, gambar gambar aku dengan kaum kawan pulak ye. Boleh? Tapi kan, kalau kau kata tak boleh pon, aku macam tak kisah sangat kot? :P


Bak sini semua tu!

Okay. Nak bukak kedai bunga lepas ni boleh?

Siapa lagi comel?

Terima kasih ayah! Terima kasih ibu!

Nana kat kiri. Bob kat kanan.

Hello Kitty atau Upin Ipin?

Mama dengan Mak Lang yang pernah jaga aku masa aku kecik kecik.



potpetpotpet : Siapa dah konvo sila angkat tangan sekarang!

Khamis, 28 Julai 2011

Tahniah! Kerana Akhirnya ...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



Tahniah! Kerana akhirnya ... Sekian. Terima kasih. Boleh macam tu? Haha. Okay. Actually, aku baru balik daripada UPSI ni. Baru je sampai kat Melaka selepas waktu Maghrib tadi. Eh. Ada apa kat UPSI tu kan? Esok aku cerita penuh ye. Buat masa ni, kau tatap la gambar aku yang agak hensem ni. Tak pasal pasal kau dapat pahala percuma tengok keindahan ciptaan Allah kan? #okbai



potpetpotpet : Go tiger! Go tiger! Eh. Biskut tiger siriyes sedap!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com