Sabtu, 4 Disember 2010

5 Langkah Mudah Bagi Pemandu Sebelum Memulakan Perjalanan Jauh

Haiyak. Aku dah sampai Melaka ni. Tapi sakit perut pulak daripada tadi. Tak elok elok lagi perut ni. Eh. Ni bukan sakit perut nak berak. Kalau nak berak aku tahu la nak gi tandas. Tak perlu nak heboh heboh kat blog. Adeh. Macam lucah pulak bila cakp pasal berak ni. Euwww ... Abaikan. Ni sakit perut lain kot. Aku pun tak tahu sebab apa. Aku dah sapu LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA tadi. Alhamdulillah. Dah kurang sikit sakit. Tapi tak hilang lagi sakit perut ni. T.T




Eh. Aku nak kongsi 5 langkah mudah yang aku selalu buat sebelum nak memandu jauh jauh. Ni berdasarkan pengalaman seorang Budak Lelaki Sebelah Pintu yang hampir 5 tahun menjadi pemandu. Ngeee ... Bajet dah pro la tu ? XP
  1. Cucuk duit di bank berhampiran. Kata nak jalan jauh, kena ah guna banyak duit. Nak isi minyak, nak bayar tol, nak beli kopok, nak beli jajan, nak beli eskrim. Adeh. Nak pergi berkelah ke ni ? =.=
  2. Lepas tu gi beli kopok, jajan, eskrim kat Seven Eleven. Benda benda ni penting masa memandu lagi lagi kalau perjalanan jauh. Kalau mengantuk, aku selalu makan makan dalam kereta. Segar sikit mata tu bila mengunyah laju laju. Tapi takde ah sampai makan nasi berlauk ayam masak merah masa memandu tu. Logik la kau ? =.=
  3. Apa dia paling penting ? Isi minyak bebeh ! Nak bagi kereta kau bergerak, kena la isi minyak. Lain la kalau kereta kau guna pasir. Kalau kereta kau guna pasir, tak payah isi minyak. Kalau kereta kau guna minyak, tak payah isi pasir. Senang je nak faham. Ada apa apa soalan ? Sila kemukakan sebarang kemusykilan kat bawah ni. ^.^
  4. Kereta kau ada tayar tak ? Eh. Kalau ada, tayar tu isi apa ? Adeh. Takut ah jugak kalau kalau tayar kereta kau isi guli. Kalau tayar kereta kau isi angin macam tayar kereta aku, sila pam kasi ketat. Bukan hari hari pun kau gi pam tayar tu kan ? So, ni la masanya kau nak tunjuk hebat depan aweksss kat stesen minyak berhampiran. =.=
  5. Last but not least, baca doa naik kenderaan. Dan insha Allah kau selamat sampai ke destinasi yang dituju ! XD

potpetpotpet : Nak balas kunjungan kau sebelum sebelum ni sebab tak sempat hari tu. Biasa ah. Busy dengan final exam. Nantikan aku kat kau punya blog !

Jumaat, 8 Oktober 2010

Aku Lupa | Edisi Terlampau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera. Hawau u ? Haha. Hari ni sedih sikit. Ada konflik dalaman berlaku tadi. Cehhh ... Dah dah. Abaikan part tak best ni. Aku ada tesis nak kena siapkan. Next week dah kena hantar kat supervisor. Eh. Doakan aku berjaya siapkan tesis sebelum waktunya. =_=!

Status mengada_ngada petang tadi. Haha. XD
Okay. Back to the topic ! Aku gi stesen minyak tadi. Nak beli ikan masin. Boleh ? Opkos lah aku nak gi isi minyak. Haha. Aku nak isi RM20 je, cukup untuk beberapa hari kot. Harap harap ! So, aku keluarkan not RM50, then, bank in kat Maybank. Haha. Sila siriyes ! Okay. Aku keluarkan not RM50, then, bayar kat kaunter. Dah bayar, aku patah balik semula kat kereta. Eh. Takde siapa nak tolong tuangkan minyak ke ? Sampai hati kau. Haha. Aku tuang minyak dengan suasana pilu. Boleh macam tu? Eh. Tiba tiba ada mak cik datang dekat kau tahu. Hurm ... Mula mula aku curious jugak. Nak kata jual kerepek, tak nampak pulak bakul kat pinggang dia. Musykil gilerrr. Jeng jeng jeng.

"Adik, ni duit baki RM30."

Nak ngajar. Jom ?
potpetpotpet : Ah ... Tanda dah tua tu. XD

Isnin, 5 April 2010

Jom Mengintai Dengan Lebih Dekat.

Oh.
Jom mengintai ada seorang budak ni.
Budak yang comel.
Konon.
HohO~
Apa pulak dia buat hari ini?
Sebelom anda scroll ke bawah dengan lebih lanjot, sila pastikan anda sudah lanjot usia.
Okay?
Jangan banyak soal.
Bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu!
HohO~

Oh. I cut my hair.
Petang tadi.
Aku dah rimas dengan rambot sebelom ni.
Panjang dan tebal dah kot.
Panjang.
Tebal.
Itu rambot aku.
Jangan fikir benda lain.
Apakah?
Erk.
HohO~
Sempat jugak aku snap pic kan?

Thanks to my dear friends.
Atie dan jugak Aien.
Trimas untok keropok lekor ni.
Fuhhh...
Sedap gila.
Aku nak lagi boleh?
Untuk sebarang tempahan, sila dail nombor telefon pejabat polis yang berdekatan.
Erk.
Weh, jangan call betol betol.
Aku memain je okay.
HohO~
Pagi tadi aku ada dicussion dengan mereka.
Duh.
Nak siapkan esaimen okay.
Esaimen lagi?
Aku dah muak.
Seriously.

Oh.
Gila.
Aku naik motor entah siapa aku pon tak tahu.
Tetiba motor ni buat hal.
Alarm dia berbunyi pulak.
Aiyoh.
Apalagi aku lari la naik kereta aku.
Duh.
Nasib baik tak ada orang lain nampak kot.
Tak ada orang kot tadi.
Erk.
Kalau ada?
Ada aku kisah?
HohO~
Oh.
Sorry tuan punya motor.

Jom.
Isi minyak.
Angkat.
Tolak.
Masok.
Picit.
Oh.
Macam tu kot cara bagaimana nak isi minyak.
HohO~
Kalau buat tak nak ikot turutan boleh tak?
Nak buat picit dulu.
Tak pon nak buat tolak tu last step.
Lantak.
Oh.
Lepas tu, aku pergi beli barang barang keperluan kat supermarket.
Dengan kawan kawan yang lain.

potpetpotpet: Duh. Baru perasan aku ada banyak jugak esaimen yang tak siap lagik. Tadi tak sempat nak tengok tinjau Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 since aku nak siapkan apa yang patot. Esok pagi nak kena hantar proposal okay. HohO~

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com