Jumaat, 29 Disember 2017

Pengalaman Ditipu RM20 Ribu Kawan Sendiri Guna Kad Pengenalan & Lesen Memandu

Salam.


Sedih pula baca pengalaman seorang netizen yang jadi mangsa kena tipu RM20 ribu oleh kawan dia sendiri. Bukan kawan yang baru kenal tapi kawan yang dah lama kenal, kawan yang dah 6 tahun duduk serumah. Apa punya perangai lah kawan macam tu? Dia ingat RM20 ribu tu macam 20 sen ke?

Ni aku ringkaskan sikit cerita dia.
  • Mangsa dah duduk serumah dengan kawan dia tu hampir 6 tahun.
  • Dalam diam kawan dia guna dokumen kad pengenalan dan lesen memandu untuk membeli sebuah kereta Perodua Axia second hand.
  • Tapi kawan dia beli kereta tu bukan untuk diri sendiri tapi untuk tunang dia! Gila tak?
  • Mangsa baru tahu semalam bila ada seorang lelaki datang kat rumah cakap dah tujuh bulan tak bayar kereta.
  • Siasat punya siasat, mangsa cuba hubungi kawan dia untuk mendapatkan penjelasan.
  • Kawan dia pun cerita hal yang sebenar - curi salinan kad pengenalan dan lesen memandu serta duit tabung simpanan mangsa sebagai down payment kereta. Jumlah duit tabung simpanan tu mencecah RM4 ribu kot. Aduh!
  • Mangsa juga baru sedar kena tipu bila kawan dia beritahu harga sewa rumah tu RM1600 tapi sebenarnya cuma RM800. Maksudnya mangsa dah bayar RM800 setiap bulan sepanjang duduk berdua dengan kawan dia kat rumah tu sejak 2015.

Jom kita baca kisah dia kat bawah ni.


Rata-rata netizen menyarankan mangsa supaya membuat laporan polis dan ambil tindakan saman. Tak payah nak kesian sangat kawan tu sebab kawan tu langsung takde kesian kat mangsa. Dah lah tipu harga sewa rumah lepas tu curi duit simpanan mangsa untuk down payment kereta. Paling dahsyat? Guna salinan kad pengenalan dan lesen memandu mangsa untuk beli kereta second hand! Hebat betul modus operandi kawan dia tu.


Entah apa lagi yang kawan dia dah tipu dah sebenarnya. Tunjuk sikit muka kawan dia tu! Emosi pula aku tiba tiba. Haha!

Sumber: AchuNadia

Sabtu, 4 Disember 2010

5 Langkah Mudah Bagi Pemandu Sebelum Memulakan Perjalanan Jauh

Haiyak. Aku dah sampai Melaka ni. Tapi sakit perut pulak daripada tadi. Tak elok elok lagi perut ni. Eh. Ni bukan sakit perut nak berak. Kalau nak berak aku tahu la nak gi tandas. Tak perlu nak heboh heboh kat blog. Adeh. Macam lucah pulak bila cakp pasal berak ni. Euwww ... Abaikan. Ni sakit perut lain kot. Aku pun tak tahu sebab apa. Aku dah sapu LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA tadi. Alhamdulillah. Dah kurang sikit sakit. Tapi tak hilang lagi sakit perut ni. T.T




Eh. Aku nak kongsi 5 langkah mudah yang aku selalu buat sebelum nak memandu jauh jauh. Ni berdasarkan pengalaman seorang Budak Lelaki Sebelah Pintu yang hampir 5 tahun menjadi pemandu. Ngeee ... Bajet dah pro la tu ? XP
  1. Cucuk duit di bank berhampiran. Kata nak jalan jauh, kena ah guna banyak duit. Nak isi minyak, nak bayar tol, nak beli kopok, nak beli jajan, nak beli eskrim. Adeh. Nak pergi berkelah ke ni ? =.=
  2. Lepas tu gi beli kopok, jajan, eskrim kat Seven Eleven. Benda benda ni penting masa memandu lagi lagi kalau perjalanan jauh. Kalau mengantuk, aku selalu makan makan dalam kereta. Segar sikit mata tu bila mengunyah laju laju. Tapi takde ah sampai makan nasi berlauk ayam masak merah masa memandu tu. Logik la kau ? =.=
  3. Apa dia paling penting ? Isi minyak bebeh ! Nak bagi kereta kau bergerak, kena la isi minyak. Lain la kalau kereta kau guna pasir. Kalau kereta kau guna pasir, tak payah isi minyak. Kalau kereta kau guna minyak, tak payah isi pasir. Senang je nak faham. Ada apa apa soalan ? Sila kemukakan sebarang kemusykilan kat bawah ni. ^.^
  4. Kereta kau ada tayar tak ? Eh. Kalau ada, tayar tu isi apa ? Adeh. Takut ah jugak kalau kalau tayar kereta kau isi guli. Kalau tayar kereta kau isi angin macam tayar kereta aku, sila pam kasi ketat. Bukan hari hari pun kau gi pam tayar tu kan ? So, ni la masanya kau nak tunjuk hebat depan aweksss kat stesen minyak berhampiran. =.=
  5. Last but not least, baca doa naik kenderaan. Dan insha Allah kau selamat sampai ke destinasi yang dituju ! XD

potpetpotpet : Nak balas kunjungan kau sebelum sebelum ni sebab tak sempat hari tu. Biasa ah. Busy dengan final exam. Nantikan aku kat kau punya blog !

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com