Rabu, 4 Mei 2011

Hoi!!! Harga Minyak Naik Lagi Hoi!!!



Wow. Harga minyak naik lagi? Wow. Harga minyak naik lagi? Wow. Harga minyak naik lagi? Adeh. Letih aku nak taip tiga kali. Tapi takde ah sesengal kau nak baca apa yang aku taip ni tiga kali. Haha. Padan muka kau! Aku jadi kejam sebab harga minyak naik lagi. Sebagai pengguna kereta saga yang sudah calar sana sini, aku tak puas hati langsung dengan perkara ni. Kenapa? Sebab semua orang tak puas hati, aku pon nak ikut tak puas hati sekali. Boleh? Ni petikan daripada MalaysiaKini:

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter. Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.


potpetpotpet : Kalau la kereta boleh isi dengan air. =.=

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com