Selasa, 4 Mei 2010

Wahai Pelajar, Apakah Kriteria Guru Kegemaran?

Fuh. Lepas ni aku dah start cuti semester. Wah. Aku dah berjaya mengharungi enam semester sedar atau tidak. Jeng jeng jeng. Itu bermaksud aku sudah berada pada tahun akhir pengajian aku! Tempoh masa yang bukan sekejap. Jugak bukan tempoh masa yang lama. Seronok seronok.


Alamak. Nervous la pulak nak jadi guru ni. HohO. Entah aku jadi guru yang bagaimana pulak nanti. Hurm... Kau rasa?
  • Guru yang garang.
  • Guru yang baik hati.
  • Guru yang tidak ambil peduli.
  • Guru yang skema.
  • Guru yang fokus.
  • Guru yang tidak prihatin.
  • Guru yang bertanggungjawab.
  • Guru yang obses.
  • Guru yang bersahaja.
  • Guru yang ikhlas.
  • Guru yang bersedia.
  • Guru yang buat hal sendiri.
Wah. Banyak betol ciri ciri guru yang ada sekarang. Well. Aku nak jadi guru yang lemak berkrim disukai ramai pelajar. Boleh?


potpetpotpet: Seram sejuk dengar tingkah laku pelajar pada hari ni.

Rabu, 21 April 2010

Dup Dap Dup Dap.

Eh eh eh.
Tiba tiba nak nervous pulak.
My first paper would be on this Thursday.
Kau gila aku tak nervous sampai nak terencat akal dah ni pon.
Fuh.
Agak agak soalan senang macam dua tambah satu atau lima tolak tiga tak?
Nak jugak rasa soalan exam macam tu.
Boleh aku gelak gelak gemok dalam dewan peperiksaan.
Mintak mintak la senang. Mintak mintak la senang. Mintak mintak la senang. Ulang sebanyak enam ratos tujuh puluh lapan ribu lima ratus tiga puloh sembilan kali.
Lantak.
Oh.
Another tips nak exam ni.
Tidor kena cukop ye anak anak sekalian.
Even kau tak habis nak baca bab bab dalam buku yang macam kamus tu, aku rasa better kau tidor jugak.
Sila jangan mimpi kau nak coba coba habiskan malam sebelom exam tu.
Kalau habis kau mengeja kamus tu pon, entah masok entah tidak kat dalam kepala hotak kau.
Ya.
Kepala hotak kau dah letih.
Tambah letih kalau kau tak tidor malam tu.
Eh.
Kalau tak cukop tidor jugak takot pulak otak kau tak berfungsi semasa menjawab kertas peperiksaan tu.
Tak pasal pasal tiba tiba syok lukis cacing kerawit dan cacing pita kat kertas jawapan kau.
Eh eh eh aku pernah terlukis mee megi siap ada telor mata dan jugak udang.
Boleh?

potpetpotpet: Tak pernah aku nak cukop tidor. Sebab terlebih tidor. Lantak.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com