Rabu, 11 Julai 2012

Pengalaman Photoshoot Untuk Majalah Maskulin?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Jangan percaya tajuk tu. Haha. Pada hari Sabtu yang lepas, aku sempat ikut Pojie dan Amir Naufal photoshoot dengan Fiq Fikri. Aku dah bagitahu awal awal yang aku tak reti nak pose depan kamera sebab aku bukan model macam Fiq Fikri. Tapi bukan selalu aku dapat bekerjasama dengan dua orang photographer hebat ni. Ibarat orang mengantuk diberi makan ubat selsema, memang tidur mati la jawabnya.

Nak tengok hasilnya? Jom...







Yang mana satu pilihan anda? Cehhh... Terima kasih diucapkan kepada Pojie dan Amir Naufal kerana sudi menangkap gambar gambar aku yang sangat kayu depan kamera. Salah silap harap dimaafkan. Halalkan makan minum sekali. Eh? Salah bagi ucapan pulak, tu patutnya ucapan raya. Lepas ni jangan lupa ajak aku lagi ye? Walaupun aksi aku macam budak budak ambil gambar passport.

Jangan lupa like page Pojiegraphy kat SINI.
Jangan lupa like page Amir Naufal Photography kat SINI.


potpetpotpet : Ada lagi gambar tak upload. Tunggu next entri ye?

Khamis, 29 Mac 2012

Hero Remaja Dalam Mimpi Yang Tak Sudah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Pada hujung minggu yang lepas, aku sempat jadi talent kepada salah seorang photographer muda lagi berbakat, Amir Naufal. For those yang kenal Amir Naufal, mesti kenal dengan Fiq Fikri. Tema bagi photoshoot kali ni ialah formal. Tapi wardrobe kena bawa sendiri la. Takde kerja orang nak taja dari hujung rambut sampai hujung kaki. Haha.

Tapi aku tak berseorangan hari tu sebab Adie pon join sekaki. Nak tengok gambar Adie boleh singgah page Amir Naufal Photography sekarang. Tapi sebelum tu, sila layan beberapa aksi aku yang berjaya dirakam oleh dslr Amir Naufal.







potpetpotpet : Ke hadapan Amir Naufal, bila nak panggil aku lagi?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com