Rabu, 2 Jun 2010

ROS Itu Bukan Bunga. Sila Percaya.

Well. Tak lama lagi aku ada Rancangan Orientasi Sekolah iaitu ROS. Aku kena buat report tentang sekolah tu bagaimana operasi dia kemudian apa kemudahan yang ada kat sekolah tu dan macam macam lagi. Lebih kurang seperti introduction about pengurusan sekolah kot haha. Bantai je la. Jadi aku kena berada di sekolah tu selama dua minggu je. Nasib tak dua tahun kau. Lepas ROS tu maka tinggal seminggu lagi sebelum aku masuk semester tujuh yay tak lama lagi dah nak habis study. Sila jangan jealous wahai rakyat jelata.


Nasib badan.


Eh eh aku buat ROS tu kat sekolah sama dengan my mom. HohO. My mom is one of the teachers there. Aku pun pernah sekolah kat situ jadi aku kenal ramai cikgu cikgu dan aku harap-harap tak kekok la kan kan kan? Adoi. Lupa pulak. My mom told me that Pengetua sekolah tu dah ready nak bagi kerja kat aku haha. Dan aku tak kenal Pengetua tu since dia masuk sekolah tu selepas aku dah habis SPM. Hadoi. Wahai Pengetua kenapa kenapa kenapa? Nasib aku tak lama kat sekolah tu. Jangan pulak masa dua minggu tu aku rasa macam dua tahun sembilan bulan tiga belas hari sudahhh. Haish. Sabar sabar.


Apa pulak kerja Pengetua tu nak bagi kat aku ni? Risau. Jangan la pelik pelik seperti:
  • Kaut sawang sawang kat atas siling. 
  • Angkat baja tahi lembu.
  • Berus kaki lima depan pejabat.
  • Cari uban kat rambut kerani.
  • Masak nasi himpit.

Aku tak kisah cuma aku harap kerja kerja tu tak membebankan aku haha. Wah. Demand??? Bukan bukan. Sepanjang ROS tu aku kena siapkan report pasal sekolah tu dan aku nak kumpul data for my thesis kau ingat macam makan ikan bilis dengan roti celup milo ke??? Hadoi. Harap harap Allah permudahkan segala urusan aku di dunia ni serta di akhirat kelak. Amin.


Jom ramai ramai tukar profile picture with this!!!


potpetpotpet: My mom kata kenapa tak cakap dulu kalau tak boleh buat kat sekolah lain. Haish. Tak pasal pasal aku menyesal hadoi.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com