Jumaat, 5 Mei 2017

Nur Amalina Che Bakri Yang Sekarang

Salam.

Ingat lagi siapa Nur Amalina Che Bakri? Haaa... Kalau lupa, Nur Amalina Che Bakri ni la yang pernah mencipta rekod dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 apabila memperolehi 17A1. Nur Amalina Che Bakri telah berjaya mendapat A1 dalam 17 subjek, iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Sejarah, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Biologi, Kmia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawwur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi dan Pendidikan Islam. Kerana kecemerlangan luar biasa yang ditonjolkan oleh Nur Amalina Che Bakri ni, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaja pengajiannya di bawah Program Biasiswa Kijang Emas.

Ehhh... Agak agak macam mana la rupa Nur Amalina Che Bakri ni sekarang? Tapi sekarang dia lebih dikenali dengan nama Amalina Bakri. Kalau aku kata gambar dia sebenarnya kat bawah ni, korang percaya tak?


Bukan main makeup Amalina Bakri ni sekarang, on fleek betul. You go, girl! Yang penting dia masih lagi cemerlang sampai sekarang. Mari kita tengok antara pencapaian dan perkembangan dia selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2004 yang lalu.
  • Terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service (5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005)
  • Penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat kebangsaan
  • Duta Akademik Berita Harian
  • A-Level di Cheltenham Ladies College, United Kingdom (2005-2007)
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi di University of Edinburgh, Scotland (2007-2013)
  • Ijazah Sarjana (Kelas Pertama) dalam Medical Clinical Sciences di University of Cambridge (2013-2015)
  • MPhil/PhD dalam Translational Medicine and Therapeutics di University of Cambridge (2013-2017)
  • Doktor di Imperial College Healthcare NHS dan doktor pakar bedah (pelatih) di The Royal College of Surgeons, England (bermula dari 2015)
  • Pengkhususan payudara, pembedahan awam dan pembedahan plastik
  • Telah membentangkan 6 kertas kajian pada peringkat dunia untuk kajian perubatan


Difahamkan Amalina Bakri memerlukan sekurang-kurangnya 6 hingga 7 tahun untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik. All the best! Dan kalau balik Malaysia tu, beritahu la. Boleh kita kopi kopi. Haha! Dah jom kita tengok antara gambar-gambar terkini daripada Amalina Bakri yang aku dapatkan daripada laman twitter miliknya.





Jadi kalau korang nak tahu perkembangan Amalina Bakri dengan lebih lanjut, boleh follow dia kat twitter dan linkedin seperti mana yang aku letakkan kat bawah ni. Tapi dua tu je la laman sosial milik Amalina Bakri yang aku jumpa. Setakat ni aku tak jumpa lagi facebook atau instagram dia. Kalau korang jumpa, kongsikan dengan aku boleh?



Eleh... Nak stalk la tu?

Rabu, 21 Mac 2012

Pelajar Cemerlang SPM Catat 8A+ & 1A

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi, adik aku telah mencatat keputusan yang sangat cemerlang dalam SPM 2011. Aku pon kalah! Haha. Masa SPM tahun aku, gred dia lain, sebagai contoh, A1, A2, B3, B4 dan seterusnya. Tapi sekarang dah guna A+, A, A-, B+, B, B- dan seterusnya. So, gred dia pada hari ni lebih fokus dan menumpu. Kalau aku tak silap, gred A+ dan A tu dalam kategori gred A1 merujuk kepada SPM tahun aku. Eh. SPM tahun bila? Aku SPM tahun 2005. Masih muda, jangan risau.

From my one and only facebook.

Macam mana pula dengan keputusan SPM kau? Tak okay? Jangan risau kerana perjalanan kau masih jauh. Apa yang penting selepas SPM ialah kau tahu hala tuju kau, kau tahu apa yang kau nak, kau tahu bidang apa yang kau ingin ceburi. Tolong pilih bidang mengikut kemampuan kau, mengikut minat kau dan mengikut peluang pekerjaan. Ingat, ukur baju di badan sendiri. InshaAllah kalau betul caranya, kau akan berjaya, malah, lebih berjaya daripada mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM hari ni. Memang takde masalah kalau nak berjaya lepas SPM, semua bergantung kepada usaha dan juga rezeki masing masing. So, good luck!

"Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al-Maidah, ayat 23)


potpetpotpet : Percaya pada qada' dan qadar.

Rabu, 2 Jun 2010

ROS Itu Bukan Bunga. Sila Percaya.

Well. Tak lama lagi aku ada Rancangan Orientasi Sekolah iaitu ROS. Aku kena buat report tentang sekolah tu bagaimana operasi dia kemudian apa kemudahan yang ada kat sekolah tu dan macam macam lagi. Lebih kurang seperti introduction about pengurusan sekolah kot haha. Bantai je la. Jadi aku kena berada di sekolah tu selama dua minggu je. Nasib tak dua tahun kau. Lepas ROS tu maka tinggal seminggu lagi sebelum aku masuk semester tujuh yay tak lama lagi dah nak habis study. Sila jangan jealous wahai rakyat jelata.


Nasib badan.


Eh eh aku buat ROS tu kat sekolah sama dengan my mom. HohO. My mom is one of the teachers there. Aku pun pernah sekolah kat situ jadi aku kenal ramai cikgu cikgu dan aku harap-harap tak kekok la kan kan kan? Adoi. Lupa pulak. My mom told me that Pengetua sekolah tu dah ready nak bagi kerja kat aku haha. Dan aku tak kenal Pengetua tu since dia masuk sekolah tu selepas aku dah habis SPM. Hadoi. Wahai Pengetua kenapa kenapa kenapa? Nasib aku tak lama kat sekolah tu. Jangan pulak masa dua minggu tu aku rasa macam dua tahun sembilan bulan tiga belas hari sudahhh. Haish. Sabar sabar.


Apa pulak kerja Pengetua tu nak bagi kat aku ni? Risau. Jangan la pelik pelik seperti:
  • Kaut sawang sawang kat atas siling. 
  • Angkat baja tahi lembu.
  • Berus kaki lima depan pejabat.
  • Cari uban kat rambut kerani.
  • Masak nasi himpit.

Aku tak kisah cuma aku harap kerja kerja tu tak membebankan aku haha. Wah. Demand??? Bukan bukan. Sepanjang ROS tu aku kena siapkan report pasal sekolah tu dan aku nak kumpul data for my thesis kau ingat macam makan ikan bilis dengan roti celup milo ke??? Hadoi. Harap harap Allah permudahkan segala urusan aku di dunia ni serta di akhirat kelak. Amin.


Jom ramai ramai tukar profile picture with this!!!


potpetpotpet: My mom kata kenapa tak cakap dulu kalau tak boleh buat kat sekolah lain. Haish. Tak pasal pasal aku menyesal hadoi.

Khamis, 6 Mei 2010

Miley Cyrus Bertindak Ganas Dan Liar! She Can't Be Tamed.

Miley Cyrus betol betol tidak boleh dijinakkan! Dia merupakan spesies burung yang telah pupus tapi dia tak pupus sebab dia the one and only spesies yang wujud lagi. Dia memang ganas dan liar! Jeng jeng jeng. Sila buat muka blur. HohO. Okay. Itulah watak dalam video klip terbaru daripada Miley Cyrus. Merupakan single terkini dia yang berjudul Can't Be Tamed.



Seriously. Miley Cyrus nampak matang dalam VC ni bagi perempuan yang berusia 18 tahun. Wah. Kalau kat Malaysia kira macam baru lepas SPM ni. Bayangkan hebat tak hebatnya dia. With those outfits dia sudah dewasa. Tahniah. Eh eh lupa pulak. Lagu Can't Be Tamed quite sexy and catchy. Interesting. Sila sila dengar.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com