Masih terngiang-ngiang dalam kepala hotak aku ini... Eh. Kejap. Dalam kepala hotak atau di cuping telinga? Mana satu yang betol ni? Masih terngiang-ngiang dalam kepala hotak aku ini atau masih terngiang-ngiang di cuping telinga aku ini? Errr... Okay. Kita tinggalkan isu yang tak seberapa itu. Mari kita kembali ke pangkal jalan. Aku nak cerita pasal perbualan yang aku dengar masa aku lepak kat hospital hari tu. Sebelum tu, kau mampu nak lepak kat hospital? Haha. Aku duduk kat atas benda yang memang dicipta untuk manusia melabuhkan punggungnya iaitu kerusi sambil sambil menunggu nombor giliran dipanggil. Errr... Ingat lagi peristiwa tu? Sila rujuk kat sini kalau tak ingat sangat. Kat belakang tempat duduk aku tu, ada dua orang perempuan yang sedang sarat mengandung tengah rancak berborak. Nak tahu apa yang dorang borakkan?
Aku nak sangat anak lelaki. Ingatkan dapat lelaki...
Tu la kau, siapa suruh buat tengahari? Tengok aku! Aku buat tengah tengah malam!
Ye laaa... Eh. Kau tahu, doktor marah tau bila aku sibuk sibuk nak tahu jantina baby ni. Doktor kata kenapa orang selalu tanya jantina baby je, tak tanya baby ni sihat ke tak.
Ye ke?
Ye la. Dia kata patutnya tanya kesihatan baby ni macam mana, ni tak, tanya laki ke perempuan je tahu.
Hehe. Betol jugak tu. Eh. Kau tahu kan Kiah tu? Dia sekarang dah vogue de vass!
Haaa?
Dia sekarang vogue de vass la.
Haaa? Apa?
Dia sekarang dah meletop! Laki dia handsome kau...
Ye ke? Kau ni...
Hehe. Tapi tak boleh lawan laki aku la. Laki aku lagi handsome. Hurmmm... Aku memang sayang dia sampai mati kau tahu.
Errr... Daripada perbualan tu, baru aku tahu kalau nak dapat anak lelaki kena buat tengah tengah malam. Nak dapat anak perempuan? Buat tengahari la! Haha. Betol ke ni? Adeh. Macam mana la aku boleh dengar perbualan dorang ni? Pening kepala! =,=
potpetpotpet : Ada maklumat tambahan yang ingin dikongsikan di sini?


