Ahad, 5 Jun 2011

X-Men: First Class | Filem X-Men Terbaik?


S I N O P S I S
Sebelum Charles Xavier dan Erik Lensherr menggunakan nama Professor X dan Magneto, both of them sedang tercari-cari kuasa yang ada pada mereka. Dan sebelum dorang menjadi musuh, dorang boleh dianggap best friends la jugak. Dorang siap bekerjasama dengan beberapa orang mutan. Eh. Ada beberapa watak lama, ada beberapa watak baru. Dorang berganding bahu untuk menghalang ancaman yang paling dahsyat. Errr... Oleh siapa? Haaa... Tu kena tengok sendiri. At the end, Professor X dan Magneto mengambil haluan masing masing. Nak tahu kenapa? Tak faham faham lagi? Tengok la sendiri! Haha.


I N  M Y  O P I N I O N
X-Men: First Class is simply fantastic. Filem ini tidak bersandarkan action semata-mata tapi turut menyelitkan emosi dalam watak watak seperti Magneto, Xavier, Mystique dan Beast. Filem ini lebih menumpukan kepada watak dan bukannya aksi. Aku tak kata filem ni takde aksi yang dahsyat. Tapi kekuatan filem ini adalah terletak kepada pembinaan watak. After watching this movie, kau akan dapat menjawab beberapa persoalan yang penting dalam X-Men seperti:

  • Macam mana Erik Lensherr dapat nama Magneto?
  • Macam mana Magneto dapat topi dia pakai sekarang?
  • Macam mana Magneto boleh berkawan dengan Professor X?
  • Macam mana Magneto boleh bermusuh dengan Professor X?
  • Macam mana Professor X jadi lumpuh?
  • Apa hubungan Professor X dengan Mystique?
  • Macam mana Mystique masuk geng Magneto?
  • Macam mana Beast bertukar jadi binatang tu?

Dah dah. Cukup! Tak nak la cerita panjang panjang. Nanti jadi spoiler pulak kan? Anyway, X-Men: First Class ada sikit kelemahan. Filem ini tidak menceritakan latar belakang watak watak jahat seperti Emma Frost dan Riptide. Tapi tak kisah la semua tu. Jom tengok X-Men: First Class sekarang! Berbaloi!


Bila aku nak berlakon dalam filem X-Men pulak ni? Penat aku tunggu! =,=



potpetpotpet : Dengar cerita sequel filem ni bakal menyusul. ;)

Khamis, 20 Januari 2011

Siapa Peminat X-Men? Aku Peminat X-Men! Aku Tanya, Aku Jawab. Boleh?

Aku pinjam daripada perpustakaan YAHOO! kat sini.


Wow. Aku tak tahu pulak pasal X-Men: First Class ni nak ditayangkan pada 2 Jun 2011 kat Malaysia ni. Siriyes beb. Aku siap buat ujikaji lagi pasal X-Men: First Class ni. Erk. Ke ulangkaji? Apa apa je la. Yang penting, aku excited gile! Feveret aku tuh. Ni boleh mendatangkan ketidakstabilan emosi bila teringat zaman kanak kanak dulu. Masa tu, aku memang minat gile kat X-Men ni. Bukan setakat tengok kartun X-Men kat tv je, aku siap beli komik komik dia sekali. Comel betol aku masa tu, kalau kau nak tahu la kan. Boleh? Haha.


Sebelum ni, dah kuar empat filem pasal X-Men ni. Yep. Meh sini aku nak senaraikan semua. Jeng jeng jeng. X-Men pada tahun 2000, X2 pada tahun 2003, X-Men: The Last Stand pada tahun 2006 dan X-Men Origins: Wolverine pada tahun 2009. Aku paling tak suka X-Men Origins: Wolverine tu. Macam hampeh je. Haha. Kau layan ke X-Men ni? Adeh. Penat aku cakap beriya-iya. Tak pasal pasal aku haremmm cakap sorang sorang. Oh. Takpe. Aku dah biasa. =.=




Aku paling suka watak Cyclops ni. Senang jadi dia ni. Kalau nak lawan musuh, teros tembak guna mata dia tu. Tak payah susah susah nak gi dekat sebelah musuh. So, dijangka peratus kecederaan tu dapat dikurangkan sehingga 90%. Erk. Siap bagi peratus tu. Haha. Apa apa pon, aku memang tak minat sangat dengan Wolverine sejak lahir lagi. Dia bajet kuat je lebih. Poyo gile. Oleh yang demikian, boleh belah la!!! Adeh. Aku rasa tak perlu kot emosi emosi ni. =.=


Briefing pasal X-Men: First Class ni.
Before Charles Xavier and Erik Lensherr took the names Professor X and Magneto, they were two young men discovering their powers for the first time. Before they were archenemies, they were closest of friends, working together, with other mutants (some familiar, some new), to stop the greatest threat the world has ever known. In the process, a rift between them opened, which began the eternal war between Magneto's Brotherhood and Professor X's X-MEN.
Salin dengan yakin kat sini.



potpetpotpet : Sila tayang esok please!!!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com