Ahad, 5 Jun 2011

X-Men: First Class | Filem X-Men Terbaik?


S I N O P S I S
Sebelum Charles Xavier dan Erik Lensherr menggunakan nama Professor X dan Magneto, both of them sedang tercari-cari kuasa yang ada pada mereka. Dan sebelum dorang menjadi musuh, dorang boleh dianggap best friends la jugak. Dorang siap bekerjasama dengan beberapa orang mutan. Eh. Ada beberapa watak lama, ada beberapa watak baru. Dorang berganding bahu untuk menghalang ancaman yang paling dahsyat. Errr... Oleh siapa? Haaa... Tu kena tengok sendiri. At the end, Professor X dan Magneto mengambil haluan masing masing. Nak tahu kenapa? Tak faham faham lagi? Tengok la sendiri! Haha.


I N  M Y  O P I N I O N
X-Men: First Class is simply fantastic. Filem ini tidak bersandarkan action semata-mata tapi turut menyelitkan emosi dalam watak watak seperti Magneto, Xavier, Mystique dan Beast. Filem ini lebih menumpukan kepada watak dan bukannya aksi. Aku tak kata filem ni takde aksi yang dahsyat. Tapi kekuatan filem ini adalah terletak kepada pembinaan watak. After watching this movie, kau akan dapat menjawab beberapa persoalan yang penting dalam X-Men seperti:

  • Macam mana Erik Lensherr dapat nama Magneto?
  • Macam mana Magneto dapat topi dia pakai sekarang?
  • Macam mana Magneto boleh berkawan dengan Professor X?
  • Macam mana Magneto boleh bermusuh dengan Professor X?
  • Macam mana Professor X jadi lumpuh?
  • Apa hubungan Professor X dengan Mystique?
  • Macam mana Mystique masuk geng Magneto?
  • Macam mana Beast bertukar jadi binatang tu?

Dah dah. Cukup! Tak nak la cerita panjang panjang. Nanti jadi spoiler pulak kan? Anyway, X-Men: First Class ada sikit kelemahan. Filem ini tidak menceritakan latar belakang watak watak jahat seperti Emma Frost dan Riptide. Tapi tak kisah la semua tu. Jom tengok X-Men: First Class sekarang! Berbaloi!


Bila aku nak berlakon dalam filem X-Men pulak ni? Penat aku tunggu! =,=



potpetpotpet : Dengar cerita sequel filem ni bakal menyusul. ;)

Khamis, 3 Februari 2011

Bosan? Tak Tahu Nak Buat Apa? Jadi Nak Buat Apa?

Merah pekat beb!


Bosan bosan tadi, aku ajak adik aku dengan kawan dia gi tengok wayang. Eh. Sebelum tu, meh sini aku nak cerita panjang sikit. Sila baca dengan teliti bagi membosankan lagi suasana. Cerita bermula apabila adik aku bawak kawan dia bercuti kat rumah ni haaa. Adik aku study kat Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Kawan dia tu orang Sarawak. Sempena dengan cuti Tahun Baru Cina ni, adik aku bawak dia balik Melaka sekali. Agak membazir kot nak balik Sarawak? Cuti tak sampai seminggu pon. Lain ah kalau kalau Sarawak tu belakang Cyberjaya. =.=


Masa kat kaunter tu, aku tak tahu nak tengok cerita apa. Agak lama jugak aku mentafsir setiap poster yang ada. Nak tengok Shaolin, dorang tak cukup umur lagi. Nak tengok Haq, aku takde selera pulak. Nak tengok Mr & Mrs Incredible, cerita apa pulak tu? See? Kau pon tak tahu kan? Adeh. Nak tak nak, aku decide la beb. Dengan mengaplikasikan konsep hutang emas boleh dibayar, aku telah memilih The Green Hornet sebagai pilihan terpilih yang dipilih. Konsep tu memang tak boleh belah. =.=


Dari kiri, kawan adik aku dengan adik aku.


I know what you did last raya la, cerita tu dah lama kan? Tapi nak buat macam mana, dah tu je cerita yang tinggal. Hentam je la. Hurmmm ... Siapa kata The Green Hornet tak best? Siapa siapa? Aku takde la nak kata best. Biasa biasa je la kot. Entah. Dah la watak The Green Hornet tu annoying gile. Rasa nak baling sebijik popcorn kat skrin tu. Nak baling banyak banyak, membazir tuuu. Haha. Annoying gile wa cakap sama lu. Kalau dia mati dalam cerita tu pon, aku tak kecewa langsung. Tak perlu kot sampai nak kecewa? =.=



potpetpotpet : Esok jumpa di Seremban!!!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com