Rabu, 31 Mei 2017

Beli Tudung dUCk Beratur Sampai Ke Luar Pavilion!

Salam.


Wow! Hebat betul penangan tudung daripada dUCk ni! Semalam dUCK telah melancarkan koleksi tudung terbaharu untuk raya tahun ni dan semalam juga semua tudung tu dah kehabisan stok! Baik atas talian mahupun kat kedai, koleksi tudung terbaharu daripada dUCk ni dah kehabisan stok. Betapa hebatnya penangan dUCk ni! Tu cuba korang tengok orang yang beratur nak beli koleksi tudung terbaharu daripada dUCk tu. Sampai kat luar Pavilion dorang sanggup beratur. Panjang barisan tu sampai ke Grand Millenium Hotel yang terletak kat sebelah Pavilion. Pehhh... Panjang gila barisan! Bayangkan orang yang beratur tu daripada dalam Pavilion sampai ke luar Pavilion hingga ke Grand Millenium Hotel tu.



Tahniah Vivy Yusof! Bukan senang nak cipta fenomena dUCk ni. Walaupun aku tak faham sangat sejenis kegigihan yang beratur panjang sampai macam tu semata-mata untuk mendapatkan tudung daripada dUCk ni. Haaa... Sah sah la aku tak faham sebab aku tak pakai tudung. Haha!

Jumaat, 14 April 2017

Neelofa & Vivy Yusof Tersenarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017

Salam.


Neelofa dan Vivy Yusof tersenarai antara 300 penerima Forbes 30 Under 30 di Asia bagi tahun 2017. Difahamkan bahawa acara tahunan kali kedua kali ni menyenaraikan 30 penerima bagi setiap 10 kategori. Neelofa, pengasas dan pengarah bagi NH Prima International Sdn Bhd, diletakkan dalam kategori "Retail & E-commerce". Kesemua penerima adalah mereka yang berusia di bawah 30 tahun dan dipilih kerana pencapaian dan impak dalam bidang masing-masing. Tahniah diucapkan kepada Neelofa dan Vivy Yusof! Semoga terus menjadi inspirasi buat anak-anak muda yang ingin atau sedang menceburi bidang perniagaan.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com