Khamis, 14 September 2017

Nasi Ayam Kampung Hainan & Bread O'Clock Di PappaRich Pavilion

Salam.


Sejak tahun 2006, PappaRich telah menyajikan makanan Malaysia yang kaya dengan nilai, rasa dan budaya. PappaRich menyediakan pelbagai jenis makanan di samping menjanjikan kualiti makanan dan perkhidmatan yang terbaik. Baru baru ni, PappaRich telah membuka cawangannya di Pavilion. Haaa... Bukan main lagi buka kat Pavilion tu. Bagus lah! Tak payah pening pening nak makan makanan Malaysia kat Pavilion tu sebab PappaRich dah ada kat situ.

Lokasi PappaRich Pavilion

Kat mana terletaknya PappaRich Pavilion ni? Turun kat aras paling bawah, iaitu, Aras 1. Haaa... PappaRich ada kat depan Mercato tu, berdekatan dengan Subway kat bawah tu. Senang kan nak cari?

Set Bread O'Clock



Hari tu PappaRich ada promosi menu baharu dorang, iaitu, Bread O'Clock. Korang hanya boleh dapatkan set Bread O'Clock ni kat PappaRich cawangan Pavilion je.  Serius, aku tak tipu. Haaa... Set Bread O'Clok ni adalah sejenis roti yang distim atau dibakar dengan pilihan mentega, kaya, susu pekat dan peanut butter. Terliur tak? Promosi ni datang sekali dengan minuman panas seperti kopi, teh dan cham. Harga set Bread O'Clock ni cuma RM8 je, berpadanan dengan saiz roti dan minuman yang termasuk sekali dalam set tu. Kalau ada yang nak tukar minuman panas tu kepada minuman ais, korang hanya perlu tambah RM1 untuk menikmati minuman ais pilihan korang.






Pilihan roti dalam set Bread O'Clock:
  • Roti stim dengan mentega dan kaya
  • Roti bakar dengan mentega dan kaya
  • Roti bakar dengan susu pekat
  • Roti bakar dengan peanut butter

Pilihan minuman dalam set Bread O'Clock:
  • Kopi O
  • Kopi
  • Kopi Cham
  • Teh O
  • Teh Tarik
  • Teh C
  • White Coffee
  • White Coffee 2-in-1

Set promosi Bread O'Clock hanya ada untuk sarapan pagi dan minum petang. Jadi, kalau korang rasa nak sarapan ringan ringan ataupun nak kopi kopi petang tu, singgah lah kat PappaRich. Pilihan aku untuk set Bread O'Clock adalah roti stim dengan mentega dan kaya, lepas tu dengan secangkir kopi cham. Korang ada secangkir? Haha! Pehhh... Terangkat!

Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim)


PappaRich Pavilion ada menyediakan menu eksklusif, iaitu, Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim). Kenapa eksklusif? Korang hanya boleh dapatkan menu tu di PappaRich Pavilion je setakat hari ni. Tapi siapa tahu lepas ni menu Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim) ni boleh didapatkan di cawangan PappaRich yang lain pula. Istimewanya Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim) ni kerana menggunakan ayam kampung dan dimasak secara stim. Memang sihat betul! Dah lah guna ayam kampung, masak pula secara stim. Sesuai lah Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim) ni dengan harga RM19.90 kan? Ya.



Nasi yang ditanak secara stim dihidangkan dengan suku bahagian ayam kampung yang juga dimasak secara stim kemudian disertakan taugeh yang direbus dan semangkuk sup ayam. Pehhh... Memang padu beb! Ayam kampung dia pula sangat lembut dan penuh dengan rasa. Betul betul membuka selera aku hari tu. Tapi kalau korang jenis tak makan nasi atau jenis tak cukup lah suku bahagian ayam tu, ada juga pilihan tanpa nasi, iaitu, separuh bahagian Ayam Kampung Hainan (Stim).



Selain menu Nasi Ayam Kampung Hainan (Stim), ada juga menu best seller kat PappaRich ni, iaitu, Laksa Kari Udang Laut dan Nasi Lemak dengan Ayam Masak Kari. Pehhh... Aku sarankan korang rasa Laksa Kari Udang Laut dia, memang padu beb! Haha! Tapi aku tak tipu, memang sedap Laksa Kari Udang Laut tu. Kuah kari dia memang kaw kaw dia bagi. Selamat menjamu mata... Ehhh nak menjamu selera? Kena lah datang PappaRich





Untuk maklumat lanjut, korang boleh singgah kat laman rasmi PappaRich seperti kat bawah ni:


Aduh. Laparlah pula tengok gambar gambar kat atas tu.

Selasa, 20 Jun 2017

Buka Puasa Dengan Buffet Ramadhan Di Chakri Palace Pavilion

Salam.


Alhamdulillah. Tak sangka rezeki aku hari Ahad yang lepas dapat berbuka puasa kat Chakri Palace Pavilion dengan kawan-kawan yang lain. Apa apa pun terima kasih Neyra! Haaa... Sebenarnya Neyra ada kupon lebih untuk buffet Ramadan kat situ. Jadi? Neyra dengan murah hatinya ajak kitorang buka puasa kat situ hari tu. Semoga bertambah-tambah rezeki Neyra kerana sentiasa berkongsi rezeki dengan orang lain. Ehhh... Nak tahu tak harga buffet Ramadan kat Chakri Palace tu? Kot kot korang nak pergi buka puasa kat situ ke lepas ni mana la tahu kan.
  • Dewasa: RM85.90++
  • Kanak-kanak & Warga Emas: RM42.90++ 

Chakri Palace ni menyajikan makanan-makanan terbaik daripada Thailand. Antara hidangan yang menjadi pilihan aku untuk buffet Ramadan kat Chakri Palace Pavilion ni ialah Ayam Pandan, Udang Goreng Butter, Kerabu Mangga, Mieng Kham dan juga Pulut Mangga. Sedapnya! Tapi hidangan yang paling aku tak sangka aku boleh suka ialah Mieng Kham. Ya. Pernah dengar tak? Mieng Kham tu sejenis daun yang dimakan mentah dengan sos istimewa dan dicampurkan bahan-bahan lain seperti halia, udang kering, cili padi, kacang, limau nipis dan bawang merah. Nampak macam kurang meyakinkan tapi sebenarnya sedap. Wajib cuba!








Kenyang tu tak payah cakap la, dah nama pun makan secara buffet kan? Selagi tak kenyang, selagi tu pinggan kita tak dibenarkan ada ruang. Boleh? Haha! Nampaknya hujung minggu tu hujung minggu terakhir dalam bulan Ramadan sebab hujung minggu ni kita dah mula menyambut kedatangan Syawal dengan Hari Raya Aidilfitri. Tak sabar ke tu? Ke tahun ni tak berapa semangat nak sambut hari raya?

Rabu, 31 Mei 2017

Beli Tudung dUCk Beratur Sampai Ke Luar Pavilion!

Salam.


Wow! Hebat betul penangan tudung daripada dUCk ni! Semalam dUCK telah melancarkan koleksi tudung terbaharu untuk raya tahun ni dan semalam juga semua tudung tu dah kehabisan stok! Baik atas talian mahupun kat kedai, koleksi tudung terbaharu daripada dUCk ni dah kehabisan stok. Betapa hebatnya penangan dUCk ni! Tu cuba korang tengok orang yang beratur nak beli koleksi tudung terbaharu daripada dUCk tu. Sampai kat luar Pavilion dorang sanggup beratur. Panjang barisan tu sampai ke Grand Millenium Hotel yang terletak kat sebelah Pavilion. Pehhh... Panjang gila barisan! Bayangkan orang yang beratur tu daripada dalam Pavilion sampai ke luar Pavilion hingga ke Grand Millenium Hotel tu.



Tahniah Vivy Yusof! Bukan senang nak cipta fenomena dUCk ni. Walaupun aku tak faham sangat sejenis kegigihan yang beratur panjang sampai macam tu semata-mata untuk mendapatkan tudung daripada dUCk ni. Haaa... Sah sah la aku tak faham sebab aku tak pakai tudung. Haha!

Khamis, 4 Mei 2017

Beli 162 Tudung dUCk Mencecah RM21 Ribu! Apa Kata Netizen?

Salam.

Rekod baru tercipta! Seorang wanita telah membeli 162 tudung dUCk dalam satu resit di Pavilion baru-baru ini. Khabarnya kesemua tudung tersebut hendak diberikan kepada orang lain. Bertuah la dapat tudung dUCk ni. Harap muka tak jadi macam itik la lepas pakai tudung dUCk ni. Sebagai seorang lelaki, aku tak berapa tahu sangat pasal tudung ni sebab aku tak pakai tudung. Haha! Tapi jenama dUCk ni memang bukan calang calang dalam dunia perniagaan ni.


Apa yang menjadi perhatian netizen ialah anggaran harga kesemua tudung tersebut yang dikatakan mencecah nilai lebih kurang RM21,060! Haaa... Jangan main main tu. Boleh bayar ptptn tu. Berdasarkan kiraan yang dibuat, sehelai tudung dUCk tu dianggarkan berharga RM130. Aku rasa harga tu pun dah agak mahal. Tapi kalau dah ada nama, dah ada prestij tersendiri, apa salahnya kan? Lagipun kalau untuk kepuasan peribadi, dia tak perlukan keizinan sesiapa pun. Dah nama pun duit dia, ikut dia la nak beli tudung saji harga RM200 pun. Diingatkan sekali lagi, duit dia, bukan duit aku atau duit kau. Jadi kita yang tahu ni tak payah nak tertekan sangat fikir macam mana orang lain uruskan duit dia. Haha!



Sambil tu, kita layan dulu netizen yang kreatif menggunakan dUCk dalam tweet dorang.


Faham ke ti-dUCk? Okay.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com