Selasa, 4 April 2017

Roti Canai Daun Pisang Raj's Banana Leaf

Salam.

Selepas aktiviti mendaki Bukit Gasing hari tu, kami singgah sarapan di Raj's Banana Leaf yang terletak tak jauh dari situ. Habis sesi membakar lemak, kita tambah semula lemak yang terbakar tadi. Bijak tak? Haha! Sampai je kat situ, kami terus order. Aku order roti tampal dengan air suam. Nampak tak air suam? Haaa... Nak bagitahu yang aku jaga gula tapi tak jaga kalori.


Pada pendapat aku, keistimewaan Raj's Banana Leaf ni hanya terletak pada daun pisang semata-mata. Selain daripada itu, aku tak nampak kat mana. Mungkin makanan yang aku order tu bukan forte atau signature Raj's Banana Leaf ni, tapi aku bagi pandangan berdasarkan apa yang aku makan je la. Ada kemungkinan makanan yang lain lebih sedap dan menjilat jari berbanding apa yang aku order hari tu. Tak mustahil kan?

Antara kekurangan Raj's Banana Leaf ni:
  • Order dah diambil pada awalnya. Tapi bila nak hantar makanan kat meja, waiter tanya lagi apa yang kami dah order tadi. Lepas tu siap bawa makanan yang kami tak order kat meja kami. Mungkin lepas ni dah boleh pastikan urusan menghantar makanan dan minuman agar lebih teratur.
  • Ambil masa yang agak lama untuk siapkan order. Makanan dah sejuk baru hantar kat meja kami. Nak makan pun dah kurang nikmat sebab dah sejuk. Nasib tak dihantar yang sejuk beku, mungkin masak sendiri kat rumah? Haha!
  • Aku order satu roti tampal. Tapi dihantar satu roti tampal dan satu roti kosong. Katanya tak cukup satu. Aduhai. Aku yang makan ke kau yang makan? Sabar je la. Aku pun pasrah makan kedua-dua roti tu. Haha!
  • Rasa roti tampal dan roti kosong kat sini tiada yang istimewa pun. Kuning telur roti tampal tu pun tak cair. Kecewa. Tapi mungkin salah aku tak cakap nak telur tu setengah masak je. Mana boleh suka hati anggap dia masak setengah masak kan? Haha!


Raj's Banana Leaf. Sumber di sini 

Raj's Banana Leaf ni ada sediakan beberapa jenis kuah yang kita boleh tuang tanpa had kat makanan kita. Ada kuah kari, kuah dal, kuah ayam, kuah ikan dan sebagainya. Tapi tu pun tak membantu menambahkan selera kalau makanan dia kurang sedap. Apa apa pun, alhamdulillah dapat makan. Camtuh. Untuk datang lagi? Mungkin tidak. Cukup la dah rasa dan dah dapat makan atas daun pisang. 

Isnin, 3 April 2017

Mendaki Bukit Gasing, Petaling Jaya

Salam.

Setelah sekian lama aku tak hiking, akhirnya aku berjaya melakukannya di Bukit Gasing pada hari Sabtu yang lepas. Alhamdulillah. Aku tak ingat bila kali terakhir aku hiking. Mungkin masa aku Tingkatan 5? Masa tu hiking Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan. Selepas itu aku rasa macam tiada aktiviti hiking dalam kamus hidup aku.


Terima kasih Kery ajak aku sertai aktiviti macam ni. Siapa sangka tiba-tiba Afizal pun join jugak? Ada kisah di sebaliknya. Nak dijadikan cerita, sekitar hari Selasa minggu lepas, Afizal mesej aku ajak aku hiking hari Sabtu. Tapi dia tak tahu yang aku sebenarnya dah ada plan dengan Kery nak hiking hari Sabtu tu. Kebetulan sangat! Jadi aku pun mesej Kery tanya kot kot boleh bawa kawan aku seorang tu. Alhamdulillah, nasib baik Kery kata boleh. Maklum je la, tu bukan program aku, takkan aku pandai pandai nak ajak satu kampung join kan? Haha!



Sebelum misi mendaki dimulakan, kami berkumpul beramai-ramai kat taman permainan bawah tu seawal jam 7 pagi. Selepas taklimat ringkas keselamatan disampaikan, sesi warm-up dan stretching dijalankan. Dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama seramai 20 orang dilepaskan sekitar jam 8.30 pagi kalau aku tak silap sebelum kumpulan yang kedua pula dilepaskan.

Bila dah hiking sekali dengan Afizal ni, tak sah kalau tak bergosip, menganyam ketupat dan curhat (curahan hati). Sekurang-kurangnya tak terasa penat mendaki tu. Tahu tahu je dah habis dah. Terasa nak naik lagi sekali. Boleh?



Masa mendaki lebih kurang sejam lebih kot. Aku pun tak pasti berapa lama sebenarnya sebab aku tak set masa dan tak tengok masa. Tahu tahu je dah sampai bawah semula. Haha! Bila dah sampai bawah semula tu, aku macam eh ni je ke? Camtuh. Berlagak sangat walaupun stamina aku ke lautan hindi juga. Takpe takpe takpe. Lama-lama nanti dah biasa la hiking tu. Jadi bukit atau gunung yang seterusnya?



Cuma aku terkilan bila hiking kali ni tak sampai puncak Bukit Gasing pun. Kecewa! Rugi betul tak dapat sampai puncak dia. Katanya nak jimatkan masa. Takpe la. Dah kita pun ikut orang kan? Lepas ni kalau nak sampai puncak, boleh la pergi sendiri. Tapi aku sangat seronok join hiking beramai-ramai ni. Bukan selalu dapat peluang dan ruang macam ni. Kalau ada aktiviti hiking lagi lepas ni, inshaAllah aku akan join juga. Cuma aku harap lepas ni kita akan mendaki sampai puncak boleh? Haha! 

Panduan Cara Mohon Visa Cuti Ke China Di Malaysia

Salam.


Sebelum ke China, aku tak ingat langsung pasal visa. Sampai la seminggu sebelum tu, kawan aku baru ingatkan aku pasal visa tu. Dah kelam kabut sangat dah masa tu. Terpaksa ambil cuti sebab nak uruskan semua tu last minit. Alhamdulillah. Dalam masa 3 hari bekerja je, visa dah siap. Syukur tiada sebarang masalah sepanjang menguruskan permohonan visa. Ada 4 perkara utama untuk memohon visa ke China.

1. Passport
  • Passport original
  • Salinan bagi halaman data, observation dan gambar
2. Borang permohonan visa
  • Isi borang permohonan visa secara online DI SINI
 3. Gambar
  • Gambar berwarna berukuran passport (latar belakang putih)
4. Dokumen sokongan
  • Salinan tempahan tiket penerbangan
  • Salinan tempahan hotel atau tempat tinggal
  • Salinan itinerary (tempat-tempat yang ingin dilawat)

Semua dokumen tu perlu dibawa semasa memohon visa China kat pejabat kedutaan dorang. Di mana pejabat kedutaan China ni? Kat Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Untuk lebih tepat, buka aplikasi Waze atau Maps dan cari China Embassy. Senang kan? Dan dokumen sokongan tu kalau dah ada salinan tempahan tiket penerbangan pun dah cukup kot. Yang lain lain tu sekadar sokongan tambahan. Tapi aku bawa je masa aku datang pejabat kedutaan China tu untuk rasa lebih selamat. Haha! Tapi akhirnya? Tak ambil pun salinan itinerary tu. Dan visa hari tu kena bayar RM88.30 seorang. Untuk maklumat lanjut mengenai visa China ni, boleh klik DI SINI.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com