Khamis, 23 Disember 2010

Ziana Zain Bintang Paling Popular ABPBH 2011 ?



Haha. Tajuk tak boleh belah. Padahal baru je kuar senarai pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011. Adeh. Suka suka kata Ziana Zain ni Bintang Paling Popular apahal ? Ngeee ... Jom tinjau tinjau penangan Ziana Zain sepanjang tahun 2010 ni. Banyak jugak ah. Siriyes. Tak percaya ? Sila rujuk Qarl. XB


Juara Mentor 4
Ketua Obor Obor dalam Teater Muzikal Gamat 2
Teater Muzikal Antara
Nenek Kebayan dalam Magika
Duta Antabax
Photo-shoot with Louis Vuitton products
Duta Slimworld Beauty House




Okay. Tu je kot yang aku tahu. Eh. Silap. Tu je kot yang aku baca kat wikipedia. Haha. Kantoi pulak dah. Boleh ? Kalau nak tahu lebih lebih, gi ah tanya Qarl tu. Kesimpulannya, jangan lupa dapatkan InTrend dan Her World keluaran Januari 2011 ! Walaupun aku tak dapatkan lagi. Dan jangan lupa undi Ziana Zain untuk ABPBH 2011 ! Walaupun aku tak undi lagi. Adeh. =.=


potpetpotpet : Berangan popular.

Rabu, 22 Disember 2010

Ketam Masak Berempah Menjilat Bibir. Sotong Goreng Tepung Menggatal Halkum.

Orang kata kalau gi Perlis, tak sah kalau tak gi singgah Kuala Perlis. Betol ke ? Eh. Kalau tak sah, macam mana pulak nanti ? Nak kena gi Perlis semula ke ? Adeh. Tak payah nak pening pening lalat. Meh sini aku teruskan cerita pasal Kuala Perlis. Kitorang gi makan malam kat Kuala Perlis hari tu. Kat Kuala Perlis ni, banyak gile makanan laut yang boleh ditelan. Tambah tambah lagi, segar mungkin ? Haha. Apa yang penting, kalau bajet makan malam setakat lima hinggit lima huluh hen, tak payah mengada-ngada nak gi Kuala Perlis. Cehhh ... Ayat tak boleh belah. Tapi aku cakap betol ah ni. Siriyes. =.=


Apa yang aku order ? Jeng jeng jeng. Tak neves langsung kan ? Sah sah la kat tajuk entri tu dah terpampang pang pang. Lain ah kalau kau buta huruf. Eh. Kalau buta huruf, tak logik pulak kau nak baca blog aku. Arggghhh ... Apa aku membebel ni ? Buat serabot kepala hotak je. Adeh. For your information, aku tak reti langsung nak pilih makanan laut ni. Aku tak tahu yang mana segar, yang mana tak segar. Biasa ah. Kata orang bujang kan ? =.=


Nasib ada Hencek Zul. Dia tolong aku pilih. Aku ikut je ah. Menurut Hencek Zul, kalau nak pilih ketam, kena pilih ketam betina. Sebab ? Menurut Hencek Zul lagi, ketam betina ni banyak sikit isi dia. By the way, macam mana nak tahu jantina ketam tu ? Lagi lagi menurut Hencek Zul, korang boleh tengok kat bahagian bawah badan dia. Erk. Aku tak tahu macam mana nak explain. Pandai pandai ah. Aku rasa korang lagi bijaksana dalam hal ni kalau nak dibandingkan dengan aku. T.T




Tu dia ketam masak berempah. Nampak tak ? Sodap gile. Lidah enam inci boleh jadi sembilan inci. Sila bayangkan. Plus, Hencek Zul sampai menangis makan ketam masak berempah ni sambil diiringi air hidong yang meleleh-leleh. Euwww ... Ampon Hencek Zul. Haha. Seterusnya, aku melantak sotong goreng tepung. Ni pun sodap gile. Halkum ni macam kejap ada kejap takde je masa aku tengah telan sorong goreng tepung ni. Dasat wa cakap sama lu !!! Haha. Apalagi ? Jom ramai ramai gi Kuala Perlis. XB




Aku order ketam masak berempah dengan sotong goreng tepung je. Tak mampu nak order lebih lebih. Takde penaja la katakan. Haha. Ada yang makan ikan, kerang dan macam macam la. Memang penuh gile meja masing masing. Terangkat beb !!! XD




potpetpotpet : Aku suka makanan laut tapi aku tak reti berenang. Ada kaitan mungkin ?

Sosej Besar Gedabak ? Budak Lelaki Sebelah Pintu Ke ?

Adeh. Tajuk entri tak boleh belah. Ni kisah benar. Walaupun kisah benar ni tak kuar kat rancangan majalah tiga, tapi kisah benar ni betol betol berlaku. Siriyes. Masalahnya, kalau aku tipu kau, aku dapat buffered earnings ke ? Haha. Lawak pulak kalau tipu boleh dapat buffered earnings tu kan ? Okay. Fine. Aku sorang je yang faham lawak tu. Arghhh ... Abaikan.




Kisah benar ni berlaku kat UniMAP hari tu. Aku tengah beli sosej besar gedabak kat ada satu kedai tu. For your information, ramai gile manusia beli sosej besar gedabak tu. Femes kot sosej besar gedabak tu kat Perlis ni. Sebab aku gi Padang Besar pun ada sosej besar gedabak tu, aku gi Kuala Perlis pun ada jugak sosej besar gedabak tu. Apahal suka bebenau makan sosej besar gedabak ni ? Hurmmm ... Tak puas kot kalau nak telan sosej kecik kecik. Plus, harga dia pulak tak mahal mana. Seringgit satu cucuk. Murah gile kot. No wonder la ada yang beli sampai sepuluh, terus habis serta merta. Ni kira masa dia tengah hulur duit nak bayar, sambil sambil tu dia telan sosej besar gedabak tu laju laju. Eh. Bukan aku ah, tapi orang lain. Siriyes. Adeh. Lupe pulak nak snap gambar sosej besar gedabak tu. Macam mana korang nak imagine rupa sosej besar gedabak tu ek ? Kejap kejap. Aku try lukis guna paint. Jeng jeng jeng.




Sosej besar gedabak ni didatangkan (cehhh) dengan pelbagai perisa. Ada tomyam, ada keju, ada ... Okay. Dua perisa tu je yang aku ingat. Haha. Tapi banyak ah perisa lain. Cuma aku tak ingat sangat. Perisa strawberry mungkin ? Erk. Abaikan. Masa aku tengah syok syok membelek sosej besar gedabak tu demi memilih sosej besar gedabak yang terbaik dari ladang, tiba tiba ada suara memanggil aku. Eh. Ni bukan cerita hantu. So, korang tak payah nak buat buat saspen. Boleh ?


Budak Lelaki Sebelah Pintu ke ? Budak Lelaki Sebelah Pintu ke ?


Mula mula aku tak perasan. Kali kedua dia panggil, baru aku toleh. Aku macam, siriyes ? Tak pernah pernah orang panggil aku Budak Lelaki Sebelah Pintu. Ni kira first time ah. Terharu seh. Mula mula aku segan jugak. Dalam segan tu, aku sempat borak borak dengan dia kejap. Tapi tak sampai satu perenggan pun dialog kitorang.  Haha. Apa yang aku tahu, dia budak UniMAP dan dia masuk tarian rampaian, kalau tak silap. By the way, it was nice to meet you, bro ! And thanks a lot for reading my blog ! :')


potpetpotpet : Macam panjang pulak aku taip kali ni. =.=

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com