Selasa, 31 Mei 2011

Gambar Budak Lelaki Bersosial Di Himpunan Sejuta Belia!

Gambar budak lelaki bersosial di himpunan sejuta belia? Budak lelaki tu aku la kot. Haha. Menurut kamus dewan, sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat. Maka, BERsosial ialah BERsegala yang berkaitan dengan masyarakat. Errr... Ni aku nak sambung cerita pasal Erra Fazira hari tu. Actually, Qarl terlibat dengan himpunan sejuta belia yang berlangsung kat Putrajaya. Qarl jadi emcee bagi Slim World yang melibatkan Ziana Zain, Erra Fazira, Azizah Ariffin dan Lisdawati. Plus, Qarl jadi emcee bagi konsert anjuran Kementerian Belia & Sukan selama tiga hari berturut-turut. So, Qarl mintak aku temankan dia la kan. Aku tak fikir panjang langsung, terus kata yes yes yes. Dan aku telah menghabiskan tiga hari kat Putrajaya. Kesimpulan dia? Penat gile! But, it was a great experience. ;)


For the first day, Qarl interview Erra Fazira pasal Slim World kat atas pentas. Aku kat bawah sibuk sibuk ambil gambar. Bukan ambil gambar aku sendiri tapi ambil gambar dorang la beb. Lepas tu, malam pulak ada konsert daripada band band indie yang boleh laaa... Haha. Jahat gile aku! Bukan apa, aku tak berapa nak kenal band band indie ni apatah lagi nama nama band dorang pelik gile. Meh sini aku bagi contoh... Errr... Aku pon dah lupa nama nama band dorang. Adeh Sorry derrr... Siapa suruh pelik sangat kan? Lain kali letak la nama bontot periuk ke sudu bengkok ke beskot lemau ke, baru la dekat di hati orang kata... =,=


She knows me! Dia tegur aku, Hizami kan? Aku teros segan... Errr... She has blog too. But, aku lupa derrr... Sorry beb. T-T


Bersama Tilu! Kenal tak siapa Tilu? Tilu kerana diriku bukan aku tiap kali kau menjauh tu? Errr... Kenal ke tak ni? Anyway, that girl is so cute! Super cute! XD


The next day, Qarl terlibat dengan persembahan daripada Korean Society. Eh. Tahu ke pasal Korean Society? Pergi google sendiri sebab aku malas nak taip. Haha. Lepas tu, Qarl interview Ziana Zain, Azizah Ariffin dan Lisdawati pasal Slim World lagi. Malam tu pulak, giliran Super Junior M pulak buat persembahan. Wow! Ramai gile manusia berkumpul kat depan pentas tu. Sampai aku tak nampak langsung ahli ahli Super Junior M! Aku hanya mampu tengok kat skrin besar yang telah disediakan je laaa... Sedih tak bunyi dia? Demmm... =,=


Bersama Kak Fifi daripada Slim World. She's such a nice person! Seronok berborak dengan dia! ;D


Diapit oleh duta duta Slim World, Azizah Ariffin dan Lisdawati. Eh. Aku dah macam anak dorang je. Siapa suruh muka budak budak sangat kan? Adeh. =,=


Wow! Ada Ziana Zain, ada Lisdawati, ada Azizah Ariffin. Errr... Tak dilupakan jugak! Ada Adie, ada Hizami, ada Ijat. Haha. Nak jugak terselit kan? >.<


On the last day, takde apa apa sangat. Macam tak best pon. Haha. Bukan apa, aku dah penat gile kot. Kat dalam hati memang fikir nak balik je. Ngeee... Sebelum balik, aku ada beli patong patong comel kat Lorong Seni tu. Dan aku bagi adik adik aku sebagai cenderahati la konon konon kan. XP


Bersama pengacara baru popular, Qarl!


Aku beli rantai Domo kat sini. The Beadxels! ;)




potpetpotpet : Esok ada reunion. Tapi dengan siapa? Tungguuu... ;)

Sabtu, 8 Januari 2011

3 Suara : It's A Beautiful Life!

Hey. Contest lagi? Teeettt ... Bertindak mengikut arahan boleh? Ni semua salah Mr Wan. Siapa suruh dia tag aku? Tak pasal pasal aku dah tergoda tengok hadiah dia. Gile ah. Kau tahu ke apa hadiah dia? Hadiah dia berupa percutian selama 3 hari 2 malam bersama Jaclyn Victor, Shila dan Ning Baizura di rumah Ziana Zain. Dasat dasat. Apalagi? Kau boleh gelak sekarang sebab aku dah tipu kau. Haha. Padan muka aku sebab tak kelakar langsung. =.=




Pemenang bakal membawa pulang sekeping CD album 3 Suara!!! Best best. Aku dah dengar album preview dia kat youtube. Siriyes aku terkagom. Memang masyukkk habis ah. Rugi kalau tak rebut peluang ni. Mana tahu rezeki kau kan kan kan? Pepatah yang aku asyik ulang ulang ialah tuah ayam nampak di kaki, tuah jebat dah lama mati. Eh. Ada bunyi macam pantun pulak? Bijak bijak. ;D




Eh. Ada lima soalan nak kena jawab. Tapi tak perlu susah susah taip kat entri. Kena hantar melalui emel Adi Luqman tu. Hehe. Nak tahu soalan soalan dia? Klik di sini. Last, but not least, I would like to tag 3 lucky bloggers. Siapa?


Afiq
Mra Mastura
Eipul

Khamis, 23 Disember 2010

Ziana Zain Bintang Paling Popular ABPBH 2011 ?



Haha. Tajuk tak boleh belah. Padahal baru je kuar senarai pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011. Adeh. Suka suka kata Ziana Zain ni Bintang Paling Popular apahal ? Ngeee ... Jom tinjau tinjau penangan Ziana Zain sepanjang tahun 2010 ni. Banyak jugak ah. Siriyes. Tak percaya ? Sila rujuk Qarl. XB


Juara Mentor 4
Ketua Obor Obor dalam Teater Muzikal Gamat 2
Teater Muzikal Antara
Nenek Kebayan dalam Magika
Duta Antabax
Photo-shoot with Louis Vuitton products
Duta Slimworld Beauty House




Okay. Tu je kot yang aku tahu. Eh. Silap. Tu je kot yang aku baca kat wikipedia. Haha. Kantoi pulak dah. Boleh ? Kalau nak tahu lebih lebih, gi ah tanya Qarl tu. Kesimpulannya, jangan lupa dapatkan InTrend dan Her World keluaran Januari 2011 ! Walaupun aku tak dapatkan lagi. Dan jangan lupa undi Ziana Zain untuk ABPBH 2011 ! Walaupun aku tak undi lagi. Adeh. =.=


potpetpotpet : Berangan popular.

Isnin, 27 September 2010

Ziana Zain | Album Baru Tahun Hadapan


Hey ! Ziana Zain bakal muncul dengan sebuah album baru pada tahun hadapan. Album mini tersebut memuatkan lima buah lagu sahaja. Nak tahu walaupun kau dah tahu ? Jeng jeng jeng tak neves langsung. Haha. Tengoklah senarai dia :

Pawana ciptaan Sharon Paul
Kaulah Satu-Satunya ciptaan Julfekar
Dirimu Satu ciptaan Julfekar
Cinta Agung ciptaan Ajai

Dan sebuah lagi lagu merupakan ciptaan Cat Farish, tidak diberikan judul lagi. Okay okay. Apa apa pun, all the best Ziana Zain ! Kalau boleh rakam dua puluh buah lagu please ? Lima buah lagu tak puas dong. Haha. Sekian. Terima kasih. :)


potpetpotpet: Lapar lah. Nak makan apa yang best malam ni ?

Ahad, 4 Julai 2010

Mohd Juara Mentor 4!

Aku tengok konsert akhir Mentor 4 ni tadi. Anyway tahniah kepada Ziana Zain dan protege dia Mohd kerana berjaya menjadi juara Mentor 4. Berbaloi baloi haha. Eh eh makan hati la siapa yang tak dapat jadi protege Ziana Zain tu. Adeh... Mohd bermula dengan kekalahan dua kali berturut-turut kau tahu. Nasib lepas tu Mohd berjaya mara ke peringkat separuh akhir dengan kutipan markah tertinggi. Kagum seyh.


Tema dia usaha tangga kejayaan.


Eh eh aku suka pulak dengan persembahan Nani. Lebih lebih lagi masa dia nyanyi lagu Livin' La Vida Loca tu. Siriyes best weyh. Oh persembahan Adi pulak okay okay sajo. :)

Rabu, 16 Jun 2010

SUKMA 2010: Sambutan Meriah Di Bumi Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

Well. Aku nak heboh heboh sempena dengan Sukan Malaysia iaitu SUKMA yang sedang berlangsung di negeri Melaka ni. Ya. SUKMA 2010 di Melaka Bandaraya Warisan Dunia kau tahu. Best weyh.


Aku sempat singgah kat Stadium Hang Jebat masa malam perasmian SUKMA 2010 hari tu 12 Jun. Well. Memula aku agak agak orang tak berapa nak ramai la kan kan kan. Tahu tahu je la sekarang musim World Cup waka waka tu. Haish.


Teeettt!!! Salah. Orang ramai gilosss. Kau tahu jalan raya sesak sampai aku pun sesak nafas tekan tekan brek dah rasa macam tekan tekan buzzer nak jawab soalan haha. Tu la pasal. Aku terkejut Busu hoi. Aku dah sampai kat stadium tu tapi tiba nak cari tempat parking pulak hadoi susah gilosss. Lagi susah daripada kau cari benda tersembunyi kat surat khabar tu weyh. Dasattt tol.


Ramai.


Ramai ramai.


Ramai ramai ramai.


Ramai ramai ramai ramai.


Oh. Aku terlepas performance from Ziana Zain. Haish. Tak sempat nak tengok dia. Dengar cerita dia nyanyi lagu Kalau Mencari Teman dan Dingin. Haaa... Sudah. Aku tak stay kat stadium tu sampai habis sebab dah lewat dowh. Pulak tu aku lapar dan bunyi kriuk kriuk asli mula bergema kat perut suci aku ni haha. Ya aku tak makan malam lagi masa tu. Oh. SUKMA 2010 ni berlangsung sampai 19 Jun 2010 ni maka jom jom support our local sports katanya haha.


Jumlah kutipan pingat pada 15 Jun 2010. Sumber daripada Laman Web Rasmi SUKMA 2010.


potpetpotpet: Tiba tiba patriotik hadoi.

Ahad, 13 Jun 2010

Mentor 4: Ayim Tersingkir, Mohd Juara Keseluruhan! Ziana Zain Sebak.

Wow. Aku sempat jugak tinjau konsert mingguan Mentor 4 tadi. Kali ni Kumpulan B pulak. Yola tu. Nak tengok bola tapi Serbia lawan Ghana??? Erk. Takpo la. Aku tak teruja langsung haha. Bak kata omputeh iaitu not interested at all.


Mus May & Ayim
Pusingan Pertama : Getaran Jiwa
Pusingan Kedua : Situasi
Markah Mingguan : 28
Markah Terkumpul : 98

Ziana Zain & Mohd
Pusingan Pertama : Laguku Untukmu & Drama King
Pusingan Kedua : Usang
Markah Mingguan : 41
Markah Terkumpul : 102

Dayang Nurfaizah & Adi
Pusingan Pertama : Down, Bila Resah & Nobody
Pusingan Kedua : No Women No Cry, Relaku Pujuk & Mantera Semerah Padi
Markah Mingguan : 31
Markah Terkumpul : 100


Okay. Berdasarkan keputusan tu Mohd mendapat markah tertinggi minggu ni dan sekaligus dia menjadi juara keseluruhan Kumpulan B kau tahu. Dasat tuuu... Tak pasal pasal Ziana Zain sebak kat atas pentas tadi. Well. Tahniah. Berjaya jugak akhirnya kan kan kan? Eh eh aku perasan gaya mulut nyanyian Mohd ada sikit macam Mawi weyh. Entah.


Oh. Ayim tersingkir? Berdasarkan persembahan dia hari ni aku rasa dia memang layak tersingkir kot. Performance dia for the first song hadoi aku sedih betul dengar dia nyanyi. Ya. He sang out of tune. Hancusss. Tu la. Aku pun tak pasti kenapa Audi Mok dan Faizal Tahir tak sentuh pasal tu. Pelik. Nasib Ayim tersingkir sudah.


Adi sila pilih lagu lagu yang sesuai. Be careful lain kali. Tone suara dah sodap tapi gaya masa nyanyi tu macam tak sodap mata memandang cewahhh. Sekian.


potpetpotpet: Nak berehat kejap from blogging. Kejap kot.

Ahad, 30 Mei 2010

Ayim Mentor Klon Mus May. Alyah Menang Lebih RM40,000!!!

Minggu Kedua Kumpulan B Mentor 4

Ziana Zain dan Mohd
Pusingan 1: Madu Tiga
Pusingan 2: Jangan Pisahkan
Well. Mohd dah mula selesa kat atas pentas. Tahniah. Nampak dah personaliti Mohd tu bila nyanyi lagu Madu Tiga. Keep it up!!! Next Mohd nyanyi lagu Jangan Pisahkan. It is okay. Cuma Mohd kena sedapkan lagi low notes dia sebab kureng merdu.

Mus dan Ayim
Pusingan 1: Teman
Pusingan 2: Dan Sebenarnya & Memburu Impian
Oh. Mula mula aku dengar Ayim nyanyi lagu Teman ada bunyi Mus May seriously. Wah. Kagum betul. Tepuk tepuk tangan. Lepas tu bila masuk lagu Dan Sebenarnya suara Ayim dah tak best haha. Lain pulak jadinya. Kemudian lagu Memburu Impian pulak Ayim cuba nyanyi macam Mus May lagi. Tiba tiba ada part tak terkeluar rock Mus May tu. Nampak sangat suara dia dibuat-buat cewahhh... Tak original la Ayim ni. Tak perlu kot nak tekan tekan suara jadi Mus May.

Dayang Nurfaizah dan Adi
Pusingan 1: Selamat Malam
Pusingan 2: Kini Bebas
Pergerakan Adi dah semakin terkawal. Tak terlalu angguk angguk geleng geleng seperti minggu sebelum sebelum ni. Well done. Vokal Adi agak terserlah melalui lagu Selamat Malam. Adi menyanyi tanpa terlalu mencuba dan itu yang mahal. Mungkin tak sehebat Faizal Tahir tapi it is okay. Lepas tu kemantapan vokal Adi diteruskan lagi dengan lagu Kini Bebas. Wow. Tak sangka pulak Adi boleh menyanyi dengan hebat kan kan kan???

Keputusan: Minggu kedua kumpulan B kali ni dimenangi oleh Adi iaitu protege Dayang Nurfaizah. Tahniah tahniah haha.


Keputusan Malam Kemuncak Gah 1

Lagu Paling Popular: Khatimah Cinta dinyanyikan oleh Sixth Sense memenangi wang tunai berjumlah RM20,000.

Persembahan Terbaik: Tak Mungkin Kerana Sayang dinyanyikan oleh Alyah memenangi wang tunai berjumlah RM10,000.

Lagu Kedua Terbaik: Cinta Adam Dan Hawa dinyanyikan oleh Ernie ciptaan Azmeer dan Loloq memenangi wang tunai berjumlah RM30,000.

Lagu Terbaik: Tak Mungkin Kerana Sayang dinyanyikan oleh Alyah ciptaan Ajai dan Habsah Hassan memenangi wang tunai berjumlah RM40,000.


potpetpotpet: Malam minggu depan tv oh seronok la sangat haha.

Rabu, 19 Mei 2010

Salah Ziana Zain Tukar Protege!!!

Ya. Semua salah Ziana Zain sebab tukar protege dia hari tu dalam rancangan Mentor 4! Ziana Zain ambil Mohd instead of Thalia dua hari sebelum konsert pertama kumpulan B dijalankan. Haish... Ziana Zain oh Ziana Zain.


Sila lihat betul betul.


Gara gara aku buat entri ini maka tak pasal pasal blog Budak Lelaki Sebelah Pintu jadi rujukan mereka mereka haha. Eh eh aku bukan salahkan Ziana Zain sebab dia buang Thalia ganti Mohd oh bukan bukan. Aku terkejut badak bila aku dapat tahu ramai betul manusia nak tahu kenapa Ziana Zain tukar protege dia sampai datang kat blog aku kau tahu walaupun aku tulis dua ayat sahaja pasal benda tu. Aiyoh. Dahsyat dahsyat. Hebat betul penangan Ziana Zain kau bayangkan.




Well tadi aku baca berita harian. Oh ada cerita pasal Thalia. Dia buat luahan hati katanya. Entah. Dia rasa tak adil apabila dia dibuang macam tu je. Dia kata Ziana Zain tak seharusnya mendengar kata kata orang tanpa soal selidik wah banyak lagi dia cakap aku malas nak buat rumusan kau baca sendiri boleh wakakaka. Apa apa la. Aku tetap sokong Ziana Zain. Go go go Ziana Zain!




potpetpotpet: Kalau mencari teman janganlah memandang luaran. Tiba tiba.

Isnin, 17 Mei 2010

Lin Dan. Ain AF8. Ziana Zain.

Piala Thomas menjadi milik China untuk kali keempat berturut turut tapi secara keseluruhan ni kali kelapan. Wah wah hebat gila rasa rasa Piala Thomas memang khas untuk China kot. By the way aku salute dengan Lin Dan oh dahsyat betul dia main kali ni aku sampai buat standing ovation untuk Lin Dan wakakaka.


Ain merupakan pelajar terakhir yang terkeluar daripada Akademi Fantasia 8. Oh. Aku rasa tone suara dia jauh lagi best daripada kesemua pelajar yang tinggal. Lantak. By the way AF kali ni paling tak best dalam sejarah dia seriously macam bluwekkk. HohO. Eh eh Ziana Zain dah tukar protege dia Thalia ganti Mohd. Ziana kata Thalia tak ready lagi sebab usia dia muda maka Ziana membuat keputusan untuk menggugurkan Thalia dan ambil la budak Mohd tu. Sekian.


Wah. Aktiviti malam minggu aku kat depan tv je la haha kesian kesian. Nak layan movies pulak lepas ni. HohO. Selamat malam sayang!

Selasa, 4 Mei 2010

Geram Sakit Hati!!! Ya Allah.

Apa aku selalu buat?
Bila aku sakit hati.
I mean terlalu sakit hati.

  • Aku tidur. Aku malas nak fikir nak menambahkan lagi sakit hati. Jadi jalan yang terbaik adalah tidur dan dengan harapan aku tak ingat apa apa bila aku bangun nanti.
  • Aku menyanyi lagu lagu high pitch. HohO. Meh sini lagu lagu Wings, Search, May dan segala jenis lagu lagu rock kapak. Tak lupa jugak lagu lagu Ziana Zain boleh? Okay. Bila aku nyanyi lagu lagu high pitch ni sama konsep macam aku menjerit melalak kuat kuat lantak la apa orang lain nak kata janji aku rasa lega lepas tu.
  • Aku tengok aksi aksi lawak. Oh. Tak kisah la daripada filem filem atau iklan iklan atau apa sahaja bahan lawak. Eh eh laughter is the best medicine kan kan kan?
  • Aku menari. Sila gelak. Aku menari nari hip hop katanya. HohO. Konon konon macam Adam Stacy bergabung meletup! Boleh?
For now.
Itu je yang aku buat.
Lebih lebih belum difikirkan lagi.
Ada cadangan tambahan?

potpetpotpet: Biarkan.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com