Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Semalam...
"Masa kerja ada kawan Wak tanya Wak kenapa Wak termenung je, dia tanya ada masalah ke. Wak cerita la pasal Cik Mus kau. Lepas tu dia bagitahu Wak yang dia ada kenal sorang ni. Dulu isteri dia kena kanser pangkal rahim. Lepas pergi berubat dengan orang tu, alhamdulillah, isteri dia dah sihat balik dah. Dia kata kalau tak betul, dia takde nak bagitahu kat Wak. Tu yang Wak nak mintak tolong kau ni sebab tempat orang tu kat Seremban. Wak mana la tahu jalan kat Seremban ni."Muka si suami nampak sangat ceria. Senyuman langsung tak lekang daripada bibir dia. Nampaknya ada harapan si suami untuk melihat si isteri kembali sihat seperti biasa.
Hari ini...
"Orang tu tak dapat nak tolong dah. Dia kata dah teruk sangat dah tu. Dia suruh pergi jumpa doktor. Sepatutnya masa baru kena tu terus pergi jumpa dia, mungkin dia boleh tolong. Mana la Wak nak tahu. Wak dapat tahu pasal dia boleh tolong ubatkan ni pon daripada kawan. Memang sekarang dah tak boleh nak buat apa apa dah. Kena jumpa doktor je la."Si suami pasrah habis habisan setelah mendengar kata orang yang dia jumpat untuk berubat tu."Tunggu kain putih je, Mi. Dah tak boleh nak buat apa apa dah. Pergi jumpa doktor pon tak boleh buat apa apa dah sekarang ni."Tiba tiba si isteri mencelah.
Semalam pakcik dan makcik aku datang daripada Kluang, Johor. Si suami nak bawak si isteri pergi berubat kat Seremban. Since aku pernah duduk kat Seremban tak lama dulu, pakcik aku mintak tolong aku bawak pergi tempat orang yang boleh ubatkan tu. Nasib aku memang familiar dengan tempat tu. So, aku sangat berbesar hati nak tolong dorang.
Okay. Sebelum tu, aku nak bagitahu korang yang makcik aku sakit kanser payu dara. Dah lama dah. Stage keberapa tu aku tak dapat nak pastikan. Tapi apa yang aku tahu, memang dah nampak macam teruk la. Tengok makcik aku, dia dah tak ceria macam dulu dah. Nak makan pon dia dah tak lalu sebab macam macam tak boleh makan sebab nak elak gatal. So, dia habiskan masa dengan baring kat dalam bilik je.
Semalam aku suruh pakcik aku stay rumah aku dua tiga hari lagi ke. Pakcik aku setuju je. Tadi kitorang bertolak ke Seremban pukul 7.00 pagi. Ramai betul orang pergi berubat kat situ. Lepas tengahari baru makcik aku selesai. Dah habis dah, kitorang terus gerak balik Melaka. Aku tanya pakcik aku dia nak makan tengahari ke tak sebab dia tak makan apa apa daripada tadi lagi. Pakcik aku tanya makcik aku dia nak makan ke tak. Last last? Pakcik dengan makcik aku tak nak berhenti makan.
Sampai kat rumah, dalam masa tak sampai setengah jam, pakcik aku dah angkat beg keluar. Dia kata nak balik Kluang terus. Mata pakcik aku nampak berkaca. Aku tak tahu nak cakap apa sebab aku dapat gambarkan perasan dorang sekarang. Tapi aku takkan pernah faham apa perasaan dorang sebab bukan aku yang mengalami semua tu. Memang aku sedih masa tu. Betapa besar ujian Allah terhadap mereka. Sesungguhnya aku belum tentu dapat menghadapi ujian sedemikian rupa.
Doakan yang terbaik untuk makcik aku ye? Doakan supaya makcik aku sihat seperti sebelumnya. Dengan izin Allah, apa apa pon boleh jadi.

potpetpotpet : Nasib kita kemudian? Allah yang mengetahui.
mintak2 semuanye baik2 aje amiin..
BalasPadamsedih. sangat sedih. semoga mak sedara zami dapat pulih seperti sedia kala. dalam masa yg sama, cuba redha dengan ketentuan ILAHI.
BalasPadamUmar Arlee mendoakan yg terbaik buat mak cik Hizami. Seriously, mmg sedih..
BalasPadamInshaAllah...
BalasPadamSemoga Mak Cik ko sembuh dari penyakit dia..
Amin..
mk sy pun kena penyakit nie jugak, skrg dah beransur pulih..yg pentng kena ikut ckp Dr, kena operate, buat kimoterapi & radioterapi..yg penting kena kaut semnagat..smoga mkcik kamu cepat sihat..
BalasPadamsemoga makcik awk cepat sembuh seperti sedia kala..aminnn...
BalasPadammudah2han segalanya beransur pulih... bro jumpa lek doktor... dorg akan figure out somethin... kalo alternatif xleh back to modern... xsalahkan kita usaha lg?cuba dan cuba dan jgn mengalah...itu yg syabab wat time ayah syabab kene kerosakan injap jantung... alhamdulillah sknk stabil cume masih recover lg la... n benda ni mek mase lebih setahun... ujian tuhan ni dtg bersbb tp syabab percaya Allah xkn membebankan hambaNya melainkan mereka mampu memikulnya... insyaAllah sume nye akan kembali seperti biasa... jgn mengalah sehingga noktah yg terakhir...huhu
BalasPadamsemoga makcik awak sembuh dr penyakit yang dihadapi..mintak pada-NYA, insyaallah ade ubat bg setiap penyakit :))
BalasPadamp/s: my auntie pon penah kena kanser payudara, sekarang dh semakin sembuh lepas operation.
I hope your aunt will get well soon, man. Be strong.
BalasPadamkene buat ubatan doktor juga..kene dengar apa cakap doktor..adakah tempat berubat di sikamat juga??mcm pernah dengar je rawatan ni
BalasPadamZami, abg juga tumpang simpati nasib yang menimpa makcik zami tu namun begitu ianya adalah sebahagian dari ujian Allah terhadap beliau. Makcik zami harus tabah dan mesti lawan penyakit ini. Jangan sekali2 putus asa dan hilang semangat. Setiap penyakit mesti ada ubatnya cuma kita dikehendaki berusaha terus terusan dan jangan putus asa. Ikhtiar la lagi. Insyaallah didoakan makcik zami akan segera sembuh.
BalasPadamsemoga aunt moks cepat sembuh .aminn
BalasPadamsetiap perkara yg berlaku ke atas diri seseorang pasti punya solusi untuk menyelesaikannya :')
BalasPadammay your aunt get well soon. and just be patient okay? doakan yg terbaik buat your aunt..doakan kesejahteraan dan kesembuhannya :')
yup!teruskan berdoa untuk melawan penyakit tu. doa kan senjata org mukmin :D semoga pakcik dan makcik zami tabah dan redha dgn dugaanNYA
BalasPadamsemoga makcik abg Zami akan sembuh dgn izin Allah , InsyaAllah ..
BalasPadam*maaf , tak tahu pun pasal ni , terus ingat abg pi karok sampai seremban nunn .
seday nye laaa hai..
BalasPadamdengan izin Allah!
BalasPadamsalam.. nk kongsi sket boleh.?
BalasPadammak ika slh sorg pesakit kanser PD juga..
setakat nie mak ika blum oprate lg..
sebelum nie keadaan mak ika mmg teruk hingga xblh bangun n xboleh puasa lnsg bln ramdhan bru2 nie tapi setelah disyorkan oleh kwn2 abah, mak ika cuma ambil B17 Apricot seed..
(hizami boleh google tgk khasiat dia.)
lg satu mak ika amalkan surah2 dari kitab manzil.. Alhamdullilah skrg ok skt n mak ika baru cuba 2benda nie dlm 2minggu.. byk sgt perubahan n mak ika dh boleh bgn.. ika cuma share pngalaman ika dkt sini.^_^ jgn mrh yea..
@akuadalahaku.. ^_^ hope makcik tu baek2 aja..
BalasPadamsetiap musibah itu sentiasa mendekatkan kita pada ALLAH..
SELALU BERDOALAH...
kerana setiap saat dalam kehidupan kita adalah satu keajaiban!
saya doakan makcik hizami cepat sembuh.
BalasPadamdah pernah pergi berubat kat darul syifa' tak? hari tu tengok kat nasi lemak kopi o, asyraf muslim dengan tuan haji tu ada ubatkan penyakit kanser payu dara. tapi sebenarnya diorang tu bukan mengubat pun, diorang just kasi potongan ayat dari al-quran supaya amalkan hari-hari. tapi still terapi-terapi doktor dengan ubat-ubat kena makan jugak :)