Selasa, 2 Mei 2017

Pengalaman Viper Challenge 2017 di Medini, Johor Bahru

Salam.


Alhamdulillah. Aku dan kawan-kawan aku yang lain telah berjaya menyempurnakan Viper Challenge di Medini yang dibawakan oleh Sunway Iskandar, Johor Bahru. Ni kali ketiga aku join Viper Challenge ni. Kali pertama hari tu di Genting, kali kedua di Sepang. Kali ni? Di Johor Bahru! Sejauh 15 kilometer dan juga 18 halangan telah berjaya diredahi. Haaa...  Terima kasih kepada semua ahli #teamjaguh kerana sentiasa bersama-sama dan tidak meninggalkan sesiapa pun kat belakang.

Kami sepatutnya dilepaskan jam 9.30 pagi tapi kami dah berada kat situ lebih kurang jam 8.30 pagi lagi. Agak jauh juga dari kawasan letak kereta dengan kaunter pendaftaran. Hampir 1 kilometer jauhnya. Takpe la. Kita fikir positif, anggap jarak tu macam panaskan badan la tu. Lepas ni kalau nak sediakan kawasan letak kereta apa salahnya jauhkan jadi 2 ke 3 kilometer. Dah alang alang tu nak genapkan 10 kilometer pun boleh. Haha!

Agak panjang juga barisan untuk mendaftar pagi tu. Nasib baik sempat daftar sebelum jam 9.30 pagi. Walaupun ada insiden emosional masa proses pendaftaran tu, tapi semua tu pengalaman. Tak begitu Syam? Haha! Alhamdulillah. Semua dipermudahkan. Kami selesai Viper Challenge kali ni sekitar jam 4 petang. Lega! Satu lagi pencapaian telah dicatatkan, satu lagi medal telah dimiliki.

Dah malas nak taip panjang, bukan korang baca sangat pun. Buku Fattah Amin je korang rajin baca kan? Nah gambar-gambar sepanjang Viper Challenge di Medini pada hari Ahad yang lepas.















Trivia Viper Challenge 2017 di Medini, Johor Bahru
  • Belum mula tapi aku dah berpeluh macam kena mandi. Maklum je la aku ni jenis cepat berpeluh.
  • Cuaca yang panas lebih daripada biasa kerana laluan yang terbuka, kurangnya awan dan juga pokok di sekeliling. Memang sampai satu tahap sakit kepala sebab panas sangat. Mungkin lepas ni setiap peserta boleh diberikan payung? Haha!
  • Masa di kaunter pendaftaran, aku baru perasan yang tiket ada 8 je sedangkan kami semua ada 9 orang. Haaa... Lepas semak, tiket Mokhtar tiada! Salah siapa? Salah Syam sebab tak forward email tiket Mokhtar kat aku. Haha! Takpe la. Benda dah nak jadi. Yang penting semua dah berjaya mengharungi 15 kilometer dan 18 halangan tu.
  • Kami dilepaskan lebih kurang jam 10 pagi dan habis sekitar jam 4 petang. Ya. Bukan sejam dua ya. Kami bermula sebagai satu kumpulan dan berakhir sebagai satu kumpulan. Tiada ahli yang ditinggalkan kecuali Syam. Eh...
  • Walaupun Afizal adalah merupakan ahli yang paling besar dan berat dalam kumpulan, tapi dia tidak mengalami cramp sepanjang Viper Challenge di Medini. Haaa... Jangan tak tahu, ni kali pertama Afizal sertai Viper Challenge. Sebab berdasarkan pengalaman sebelum ni, Wan dan Syam mengalami cramp semasa pertama kali menyertai Viper Challenge di Sepang yang lepas. Alamak! Terbocor rahsia pulak. Haha!
  • Kaki Syam cramp masa tengah buat halangan panjat tali untuk sentuh loceng kat atas. Nampaknya lepas ni Syam kena sepuluh kali gandakan latihan kat gym. Ni kali kedua Syam mengalami cramp kat Viper Challenge. Kan?
  • Seperti Viper Challenge di Sepang, kali ni dua orang ahli #teamjaguh terpaksa kencing celah celah semak sebab dah tak tahan sangat. Nama dirahsiakan demi maruah dan aib si pelaku. Nak tahu? Sila pm tepi. Haha!
  • Kebanyakan gambar semasa Viper Challenge di Medini menggunakan phone Wan. Terima kasih Wan! Dapat la aku upload gambar tanpa henti daripada hari Ahad hari tu sampai hari ini.
  • Tandas yang disediakan agak terhad. Sepatutnya penganjur perlu menyediakan kemudahan tandas yang lebih banyak untuk menampung bilangan peserta Viper Challenge yang bukan sedikit. Masalahnya ni bukan kali pertama Viper Challenge diadakan.
  • Tiada kemudahan mandi kecuali satu paip untuk semua peserta. Diulangi, SATU paip untuk SEMUA peserta. Memang bergomol la lelaki perempuan kat situ. Nampak sangat penganjur bersikap lepas tangan! Dah bayar mahal mahal tapi kedekut nak sediakan kemudahan untuk membersihkan diri?
  • Berbanding Viper Challenge di Genting dan di Sepang, aku rasa Viper Challenge di Medini paling tak menarik dan membosankan. Haha! Tak tahu la kenapa. Ada la kurangnya berbanding Viper Challenge di tempat lain. Contoh ada beberapa halangan yang terlalu sendu dan aku rasa tak perlu ada dalam Viper Challenge ni. Tak tahu la kalau pihak penganjur kehabisan idea atau nak kurangkan kos. Padahal harga tiket tak pernah kurang pun!



Jadi pada sesiapa yang berminat untuk menyertai Viper Challenge ni, boleh google Viper Challenge dan kemudian terus klik laman sesawang Viper Challenge untuk mendapatkan maklumat mengenai Viper Challenge yang seterusnya. Kalau berminat, apa tunggu lagi? Aktiviti ni sangat menyihatkan tubuh badan di samping merapatkan hubungan silaturrahim dan mengajar semangat berkumpulan yang sebenar.

2 ulasan:

  1. Thanks for the sharing. First time singgah sini. Best la jugak share pengalaman viper challange ni. Kulit abang pun sudah burn. Next time jangan lupa pakai sunscreen ya. Haha

    BalasPadam
  2. Nak tagging dengan Team Jaguh la lepas ni ? Boleh gitu ?
    Hahahhaa

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com