Jumaat, 18 November 2011

Bertemu Neelofa, Shila Amzah & Stacy Di Anugerah Industri Muzik (AIM)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku nak kongsi gambar gambar masa aku pergi AIM 18 hari tu. Tapi kali ni bukan gambar aku sorang je sebab kali ni aku nak tayang gambar aku dengan artis artis perempuan yang cun dan tak dilupakan jugak sahabat sahabat aku yang dikasihi sekalian. Hadirin dan hadirat yang dihormati, apa kata kita tengok gambar gambar kat bawah ni. Sambil sambil tu, kau rasa aku pilih siapa?


Neelofa...


...atau mereka?



Shila Amzah...


...atau mereka?



Stacy...


...atau mereka?



Kau rasa aku pilih siapa? Neelofa, Shila Amzah, Stacy atau mereka sahabat sahabat aku yang dikasihi sekalian? Kalau pilih ikut nafsu mesti la aku pilih Neelofa, Shila Amzah atau Stacy. Tapi sekarang aku pilih ikut suka hati. Boleh? Dipendekkan cerita yang takde la cerita sangat aku telah pilih mereka sahabat sahabat aku yang dikasihi sekalian. Aku senang dengan dorang sebab dorang memang fun habis to spend time with, gila gila remaja, tak pentingkan diri sendiri dan sentiasa menghormati kelebihan dan kekurangan masing masing. Kepada Neelofa, Shylla Amzah dan Stacy, you guys memang cun habis! Terima kasih sebab sudi bergambar dengan Budak Lelaki Sebelah Pintu yang entah siapa siapa ni.



potpetpotpet : If you go looking for a friend, you're going to find they're very rare. If you go out to be a friend, you'll find them everywhere.

Jumaat, 11 November 2011

Pemenang Utama Tiket Ke AIM 18 - Peluang Di Karpet Gemilang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat yang diberikan sebab rezeki yang datang kat aku memang aku tak jangka langsung. Aku menang peraduan Tiket VIP AIM 18! Memang aku tak jangka langsung! Aku join peraduan tu pon sebab Wan Fuuyoo suruh aku hantar penyertaan. Pejam celik pejam celik, aku menang. Eh?

Boleh rujuk keputusan kat SINI.


So, esok aku gerak dari Melaka ke KL dengan Adie. Dan mungkin aku akan lepak kat Mid Valley dulu sebab aku nak jumpa ada sorang blogger perempuan ni. Siapa dia? Nanti aku update kalau aku dapat jumpa dia. Okay? Anyway, ada sesiapa pergi AIM 18 ke? Tunggu aku kat Karpet Gemilang AIM 18 tu ye? Kot kot kau ternampak aku ke, tegur tegur la ye. Tapi kalau dah lupa rupa aku macam mana, boleh rujuk gambar kat bawah ni. Haha.




potpetpotpet : Petang tadi aku baru beli pakaian untuk esok.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com