Rabu, 16 Mei 2018

Lirik Lagu Stacy - Raja

Salam.


Ratu dance-pop Malaysia dah kembali dengan single baharu yang berjudul Raja! Haaa... Siapa? Stacy lah! Tahu ke tidak yang lagu Raja ni adalah hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong. Wow! Bukan main komposer lagu dan penulis lirik lagu ni kan? Dan hasilnya? Sudah tentu sedap gila! Serius! Pertama kali dengar aku rasa agak pelik. Lepas kali kedua dan kali ketiga, lagu Raja ni baru masuk dalam kepala aku. Lepas tu sampai ke sudah aku asyik ulang dengar lagu Raja je! Nampak sangat lagu ni berhantu. Tahniah Stacy! Semoga tahun depan Stacy akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan lagu Raja ni. Setuju ke tidak?

Lirik Lagu Stacy - Raja

Di malam yang dingin mengundang satu rasa
Buatku hampir gila
Ku masih terbayang mimpi kita semalam
Semakin aku gila

Ku hauskan sentuhanmu
Kerna rindu makin membara
Kata saja kau ingin yang sama

Tak usah sayang kau malu
Jika kau mahu beritahu
Hanya kau saja
Di hati ku bertakhta
Yeah-ee-yeah-ee-yeah-eh-eh

Kamu raja di hatiku selalu
Hanya kau saja bermaharajalela
Yeah-ee-yeah-ee-yeah-eh-eh
Kerana kau raja

Segala hajatmu kan ku cuba tunaikan
Keranamu aku gila

Ku hauskan sentuhanmu
Kerna rindu makin membara
Kata saja kau ingin yang sama
 
Ciptakanku istana tempat bermanja
Ciptakanku istana, ku permaisurinya
Kau raja 


Ahad, 18 Januari 2015

AJL29 Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke-29

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Malam ni timeline facebook dan twitter penuh dengan AJL29. Gila besar betul impak AJL29 ni! Aku pun sibuk tengok AJL29 ni. Habis semua kerja tak buat langsung. Adeh. Sabau aje la. So, ni aku nak update keputusan dan senarai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-29 tadi. Puas hati ke tidak? Overall, aku memang puas hati dengan persembahan Dayang Nurfaizah, Mojo dan Shila Amzah.

Juara AJL29
Apa Khabar - Joe Flizzow & Sonaone
Wang tunai RM50,000

Naib Juara AJL29
Masih Aku Cinta - Shila Amzah
Wang tunai RM35,000

Tempat Ketiga AJL29
Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
Wang tunai RM20,000

Vokal Terbaik AJL29
Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
Wang tunai RM12,000

Persembahan Terbaik AJL29
Romancinta - Mojo
Wang tunai RM12,000

Sumber gambar-gambar: www.anugerahjuaralagu.com

potpetpotpet : Dah pi tidur, esok kerja kan? Isnin pulak tu!

Jumaat, 18 November 2011

Bertemu Neelofa, Shila Amzah & Stacy Di Anugerah Industri Muzik (AIM)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku nak kongsi gambar gambar masa aku pergi AIM 18 hari tu. Tapi kali ni bukan gambar aku sorang je sebab kali ni aku nak tayang gambar aku dengan artis artis perempuan yang cun dan tak dilupakan jugak sahabat sahabat aku yang dikasihi sekalian. Hadirin dan hadirat yang dihormati, apa kata kita tengok gambar gambar kat bawah ni. Sambil sambil tu, kau rasa aku pilih siapa?


Neelofa...


...atau mereka?



Shila Amzah...


...atau mereka?



Stacy...


...atau mereka?



Kau rasa aku pilih siapa? Neelofa, Shila Amzah, Stacy atau mereka sahabat sahabat aku yang dikasihi sekalian? Kalau pilih ikut nafsu mesti la aku pilih Neelofa, Shila Amzah atau Stacy. Tapi sekarang aku pilih ikut suka hati. Boleh? Dipendekkan cerita yang takde la cerita sangat aku telah pilih mereka sahabat sahabat aku yang dikasihi sekalian. Aku senang dengan dorang sebab dorang memang fun habis to spend time with, gila gila remaja, tak pentingkan diri sendiri dan sentiasa menghormati kelebihan dan kekurangan masing masing. Kepada Neelofa, Shylla Amzah dan Stacy, you guys memang cun habis! Terima kasih sebab sudi bergambar dengan Budak Lelaki Sebelah Pintu yang entah siapa siapa ni.



potpetpotpet : If you go looking for a friend, you're going to find they're very rare. If you go out to be a friend, you'll find them everywhere.

Isnin, 15 November 2010

Ulasan Keputusan Muzik Muzik 25 Separuh Akhir Pusingan 2

Mirwana & Hujan | Tika Masanya
Rate : 2 stars
*serabut ah !

Black | Sofea Jane
Rate : 4 stars
*such a solid performance.

Hujan | Kau Harus Ada
Rate : 3 stars
*persembahan yang kemas, ada soul.

Faizal Tahir | Adrenalin
Rate : 3 stars
*takde extra ah !

Stacy | Jahat
Rate : 3 stars
*menyanyi sambil menari, lagi ?

Ana Raffali | Tolong Ingatkan Aku
Rate : 4 stars
*sweet gilerrr !

Adira | Ku Ada Kamu
Rate : 3 stars
*she was trying too hard.

Aizat | Susun Silang Kata
Rate : 4 stars
*nice and simple.

The Fabulous Cats | Cinta Kosmik
Rate : 3 stars
*sodap pulak suara Zizi ni !

Adam & Stacy | Menggegar Dunia
Rate : 3 stars
*good (but not great) dance moves !

Fiq & Mirwana | Manifestasi Cinta
Rate : 4 stars
*impressive !

Meet Uncle Hussain & Black | Drama King
Rate : 4 stars
*one of the best songs tonight tapi Black nampak macam penat je ?


Top 6
  • Stacy | Jahat
  • Meet Uncle Hussain & Black | Drama King
  • Ana Raffali | Tolong Ingatkan Aku
  • Aizat | Susun Silang Kata
  • Black | Sofea Jane
  • Adira | Ku Ada Kamu


potpetpotpet : Kagom dengan suara Rahmat Mega !

Selasa, 15 Jun 2010

Stacy - Jahat: Sedutan Lirik Lagu.

Stacy Angie.


Hey. Tadi aku dengar lagu baru Stacy kat radio Era ya Muzik Terkini katanya. Excited actually. Yeah. Stacy sebelum ni betul betul mantopsss dengan Aku Stacy, Gagap dan Pakai Buang. Oh. Dan single terbaru dia ni iaitu Jahat bakal mencuri perhatian peminat-peminat industri hiburan tempatan sebab Stacy still guna konsep yang sama dalam lagu ni. Well done Stacy. Eh eh bila agak agak Stacy nak keluarkan  single ballads kan kan kan? Vokal dia pun sodaaappp.


Okay. Siapa siapa minat Stacy boleh singgah laman-laman kat bawah ni. Tak rugi weyh sebab tak kena bayar pun hadoi.


Korus Lagu Jahat Oleh Stacy

Aku.
Aku bagai sudah terkena mentera.
Cinta dari manakah kau datang menyerang.
Diriku diriku yang disangka kebal.
Jahatnya kamu.
Jahatnya kamu.
Engkau.
Engkau penyebab diriku terigau-igau.
Kini ku apa yang kamu hampir setiap waktu.
Ku mahu ku mahu dengan mu selalu.
Oh jahatnya kamu.
Oh jahatnya kamu.


potpetpotpet: Aku tak pandai menari kot haha.

Selasa, 4 Mei 2010

Geram Sakit Hati!!! Ya Allah.

Apa aku selalu buat?
Bila aku sakit hati.
I mean terlalu sakit hati.

  • Aku tidur. Aku malas nak fikir nak menambahkan lagi sakit hati. Jadi jalan yang terbaik adalah tidur dan dengan harapan aku tak ingat apa apa bila aku bangun nanti.
  • Aku menyanyi lagu lagu high pitch. HohO. Meh sini lagu lagu Wings, Search, May dan segala jenis lagu lagu rock kapak. Tak lupa jugak lagu lagu Ziana Zain boleh? Okay. Bila aku nyanyi lagu lagu high pitch ni sama konsep macam aku menjerit melalak kuat kuat lantak la apa orang lain nak kata janji aku rasa lega lepas tu.
  • Aku tengok aksi aksi lawak. Oh. Tak kisah la daripada filem filem atau iklan iklan atau apa sahaja bahan lawak. Eh eh laughter is the best medicine kan kan kan?
  • Aku menari. Sila gelak. Aku menari nari hip hop katanya. HohO. Konon konon macam Adam Stacy bergabung meletup! Boleh?
For now.
Itu je yang aku buat.
Lebih lebih belum difikirkan lagi.
Ada cadangan tambahan?

potpetpotpet: Biarkan.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com