Rabu, 18 April 2018

Pencarian Wanita Melayu (Ikon Wanita) Bermula Sekarang!

Salam.


Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) kembali buat tahun kelima untuk membuka peluang kepada semua gadis Melayu kat luar sana tu bagi merebut peluang bergelar Ikon Wanita 2018. Istimewanya kali ni pihak penganjur Plaza Shah Alam membuka peluang kepada semua gadis tanpa mengira saiz dan berat badan. Untung kan?

Barisan pemenang PWM yang lepas. Dari kiri: Ashira Kaseh (2014), Hazwani Zaini (2015), Ayu Harris (2016) dan Nurul Ain (2017).

Sesi uji bakat PWM2018 telah diadakan pada 7 April 2018 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. Peserta dinilai daripada sudut personaliti, kemahiran berkomunikasi dan bakat yang ingin ditonjolkan. Beberapa soalan diajukan oleh juri bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan. Nervous ke tidak tu?






Setelah menjalani sesi uji bakat, seramai 30 orang peserta telah dipilih oleh juri untuk meneruskan perjalanan dalam merebut peluang bergelar Ikon Wanita 2018. Tahniah kepada 30 orang peserta yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir PWM2018! Haaa... Mari kita tengok sikit calon-calon menantu ehhh calon-calon juara PWM2018 kat bawah ni.


Penaja utama PWM2018 ni bukan calang calang jenama ya! Haaa... Habib Jewels sekali lagi menjadi penaja utama PWM2018 kali ni bersama Ice-Watch. Penaja-penaja yang lain adalah Elianto Makeup, Arco.my, D'Qapas, Original Classic (OC), NRCosmetics (NRC), Shaiful Azley Affaley dan Ani Catering & Wedding Planner.

Puan Azura Mokhtar bersama General Manager Ice-Watch, Encik Rizwan.

Tentatif Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)

5 April 2018 (Khamis)
Press Conference PWM2018

7 April 2018 (Sabtu)
Sesi Uji Bakat PWM2018

21 April 2018 (Sabtu)
Semi-final PWM2018

22 April 2018 (Ahad)
Mentoring session
  • Rock climbing
  • Kelas etika
  • Perundingan imej & sesi fitting acara final
  • Sesi fotografi finalis PWM2018

23 April 2018 (Isnin)
Kelas Solekan bersama ELIANTO
Lokasi: Elianto, Mid Valley

25 April 2018 (Rabu)
Lawatan ke ibu pejabat Habib Jewels

26 April 2018 (Khamis)
Pertandingan Memasak Bersama Chef Liza
Lokasi: Plaza Shah Alam

28 April 2018 (Sabtu)
Acara Kemuncak Akhir PWM2018
Lokasi: Plaza Shah Alam
Masa: 2 hingga 5 petang 


Bagi menyuntik kelainan, PWM2018 memperkenalkan pengacara lelaki bagi acara separuh akhir dan acara kemuncak akhir PWM2018. Jadi, Karl Shafek telah diberikan mandat dan kepercayaan sebagai pengacara. Ismail Izzani pula akan membuat persembahan di acara kemuncak akhir PWM2018 yang bakal berlangsung pada 28 April ini. Untuk mengikuti perkembangan PWM2018 dengan lebih dekat, korang boleh follow laman rasmi seperti di bawah:


Semoga berjaya!

Sabtu, 31 Mac 2018

Sertai Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) Plaza Shah Alam

Salam.


Pencarian Ikon Wanita Melayu kini kembali! Haaa... Ni dah masuk tahun kelima penganjuran Pencarian Wanita Melayu atau lebih sinonim dengan akronim PWM ni. Jadi apa yang menariknya tahun ni? Pada tahun ini, pihak penganjur telah membuka peluang kepada semua gadis Melayu kat luar sana tu tanpa mengira saiz atau bentuk tubuh badan untuk mencuba nasib di pentas Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018). Maksudnya tak kisah lah kurus ke, gemuk ke, tak berapa kurus ke, tak berapa gemuk ke, feeling model ke, feeling ahli gusti ke, semua boleh masuk PWM2018 ni! Serius ni aku tak tipu. Tahniah Plaza Shah Alam!


Berminat? Haaa... Tengok butiran mengenai uji bakat yang akan dijalankan kat bawah ni.

Sesi Uji Bakat Pencarian Wanita Melayu 2018
Tarikh: 31 Mac 2018
Tempat: Plaza Shah Alam
Masa: 11 pagi (sesi pertama) dan 2 petang (sesi kedua)

Setiap peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, kemahiran berkomunikasi dan bakat yang ingin ditonjolkan.

“Malay Girls Rule Too!”

Seiring dengan kempen global woman empowerment, pihak Plaza Shah Alam mengambil peluang dengan menjadikan tagline “Malay girls rule too!” sebagai tagline rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu tahun ini.



Mentoring Session

Ini julung julung kalinya sesi mentoring akan diadakan buat 12 finalis yang akan terpilih. Empat mentor yang terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu, iaitu, Ashira Kaseh (2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain (2017).

Setiap mentor akan ditugaskan untuk mengendalikan 3 finalis bagi membentuk personaliti, keyakinan serta imej sebagai wanita Melayu. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke peringkat akhir PWM2018.

Habib Jewels Penaja Utama PWM2018

Habib Jewels menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini sama seperti tahun sebelumnya. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 ialah Ice-Watch, Elianto, ARCO.MY dan D’Qapas.


Kat bawah ni adalah merupakan acara yang telah disusun untuk acara PWM2018.

31 Mac 2018
Sesi uji bakat di ruang legar Plaza Shah Alam

5 April 2018
Press conference PWM2018

21 April 2018
Peringkat separuh akhir PWM2018

22 April 2018
Mentoring Session
  • Rock climbing
  • Kelas etika
  • Perundingan imej & fitting session bagi peringkat akhir

23 April 2018
Kelas dan demo solekan bersama ELIANTO
Lokasi: Elianto HQ, Mid Valley

25 April 2018
Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama PWM2018

26 April 2018
Pertandingan memasak
Lokasi: Plaza Shah Alam

28 April 2018
Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018
Lokasi: Plaza Shah Alam
Masa: 2 hingga 5 petang 

Pencarian Wanita Melayu - Plaza Shah Alam

Tujuan Pencarian Wanita Melayu ini diadakan adalah bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden pada hari ini. Mula dianjurkan pada tahun 2014, pemenang utama akan menerima gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden pada hari ini.

Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat, iaitu, Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Basiron.


Plaza Shah Alam

Berada di tengah bandar Shah Alam, Plaza Shah Alam yang terletak di Seksyen 9 ni telah lebih sepuluh tahun menawarkan keperluan gaya hidup seharian. Bukan setakat tu je, kat Plaza Shah Alam yang dimiliki syarikat Evergreen Venues Sdn Bhd ni turut dihuni badan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA dan lain-lain.

Untuk syarat penyertaan, korang boleh baca kat laman rasmi Plaza Shah Alam seperti di bawah:

Laman Web: http://www.plazashahalam.com/contests/borang-penyertaan-pencarian-wanita-melayu-2018

Facebook: https://www.facebook.com/PLAZA.SHAH.ALAM/

Instagram: https://www.instagram.com/plazashahalam/

Semoga berjaya!

Khamis, 21 Disember 2017

Lelaki Tunjuk Kemaluan Di Bus Stop Seksyen 7 Shah Alam

Salam.


Menakutkan! Seorang lelaki dengan berani dan tak malunya melakukan aksi yang tak senonoh dan menjijikkan depan perempuan perempuan yang sedang menunggu bas kat bus stop di Seksyen 7, Shah Alam. Salah seorang mangsa kat situ telah mengambil gambar dan memuat naik di laman twitternya untuk memberi peringatan kepada pengguna pengguna bus stop yang lain supaya berhati-hati lepas ni. Tapi mangsa tadi bukan setakat ambil gambar sebagai bukti je, dia siap beri sepakan penalti kat lelaki tersebut sambil diiringi makian dan sumpah seranah. Layaklah!


Aduhai. Katanya itu bukan kali pertama lelaki tersebut datang kat bus stop situ tapi dah kali kedua! Siot betul. Harap mangsa tadi atau sesiapa yang ada kat situ buat laporan polis supaya lelaki tersebut ditangkap dan dijatuhkan hukuman yang setimpal. Kita tak boleh nak pukul sesuka hati sebab takut nanti kita pula kena saman, kita cuma boleh report dan tunggu je. Faham tak? Haha!

Sumber: baizuratuah

Rabu, 9 Ogos 2017

Kembar Lara Alana Ditemui!

Salam.


Seorang gadis telah menjadi perhatian netizen di laman twitter selepas memuat naik dua keping gambar selfie yang dikatakan seiras dengan Lara Alana, anak kepada pasangan artis popular di Malaysia iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Haaa... Jadi sekarang dah boleh agak kot macam mana rupa Lara Alana bila dah besar kan?


Kot kot lah ada yang tak kenal macam mana rupa Lara Alana tu ni? Ni aku kongsikan sekeping dua gambar Lara Alana yang aku ambil kat laman instagram dia. Siapa kata tak sama tu korang dah boleh mula pakai cermin mata. Haha! Aku tak kira, aku nak korang kata ehhh sama lah dengan Lara Alana juga.


Selepas viral kembar Neelofa baru baru ni, kali ni giliran kembar Lara Alana pula. Haaa... Ni antara gambar lain gadis tersebut.



Sama ke tidak?

Jumaat, 28 Julai 2017

15 Perkara Mudah Buat Lelaki Gembira Tapi Perempuan Tak Perasan

Salam.


Kali ni dikongsikan perkara perkara ringkas dan mudah yang dapat membuatkan lelaki gembira tapi kebanyakan perempuan tak perasan. Hari tu dah ada tips untuk lelaki, kali ni tips untuk perempuan pula. Tapi yang kelakarnya kedua-dua tips tu dikongsikan oleh lelaki! Haaa... Mana perempuan perempuan ni? Haha! Mohon wakil perempuan tampil ke depan untuk kongsikan tips daripada sudut pandang dorang juga. Agak agak apa dia perkara mudah yang sebenarnya dapat membuatkan lelaki tu gembira? Haaa... Tips ni ditujukan khas kepada perempuan perempuan kat luar sana terutamanya yang tengah hangat bercinta sekarang ni. Mana yang single? Boleh pm tepi aku.


15 Perkara Mudah Buat Lelaki Gembira Tapi Perempuan Tak Perasan

#1
Tak perlulah dedahkan dia kat laman sosial kau, setiap perhubungan nak kecoh kat semua orang. Kalau putus buat malu je. Mulalah buat thread sendu.

#2
Puji dia paling handsome dalam dunia walaupun dia muka pecah. Tapi kalau selalu puji nampak sangat kau perli. Jadi buat relaks sudah.

#3
Tak perlu kot nak jealous kalau dia bersembang dengan perempuan lain. Kalau dah jenis setia takkan berubah hati melainkan memang dia kaki curang.

#4
Bila dia ajak makan, tak perlu kot nak mekap sampai 46 inci tebal. Pastikan bila dia dah sampai, kau dah tercegat kat pagar.

#5
Tak perlu la nak suruh dia jangan layan semua perempuan yang tegur dia.

#6
Bila dia tengah lepak dengan kawan kawan dia, tak perlu kot spam chat macam orang gila. Dia pun ada hidup dia sendiri. Beri masa dia dengan kawan.

#7
Tak perlu letak nama dia kat bio macam kau yakin dia tu sah bakal jadi milik kau. Letak dalam doa sudah.

#8
Bila kau tengah moody, jangan sesekali tinggikan suara kat dia. Bila tengah marah, diam!

#9
Bila tengah datang bulan, bukan lesen besar kau nak marah marah orang lain.

#10
Masa makan kat luar, tak payah kot kau nak cover ayu depan dia acah makan sikit sikit. 

#11
Bangun pagi bagi morning text dia dulu sebelum muncul kat mana mana laman sosial, lebih sweet sama sama ingatkan solat subuh.

#12
Sebelum tidur wish la dulu. Lagi satu kalau kau tak okay, cakap je terus terang. Tak payah nak expect dia faham semua masalah kau.

#13
Sifat cemburu ni adalah sifat lelaki. Cuma dia tak tunjuk je. Dia pendam sampailah satu masa meletup, habis semua dia ungkit.

#14
Kalau keluar dating, jangan tahu nak mengikis dia payung semua benda. Sekurang-kurangnya berlakon sikit acah acah nak bayar. 

#15
Boleh tak biar dia skip perkataan "I love you" masa depan kawan kawan? Tahu tak itu perkataan paling menyirap bila kawan kawan dia dengar?

Sumber: DI SINI

Isnin, 24 Julai 2017

Nur Sajat Kemas Kini Nama Instagram NUR SAJAT PEREMPUAN

Salam.


Semalam tular gambar maklumat peribadi kad pengenalan Nur Sajat yang dikongsikan di laman facebook Oh! Media. Kad pengenalan tersebut mendedahkan nama sebenar Nur Sajat sebagai Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman. Tak cukup dengan tu, ada juga netizen yang mendedahkan nombor kad pengenalan Nur Sajat dan seterusnya maklumat mengenai saman yang diterima berdasarkan nombor kad pengenalan tu. Kesian juga aku tengok Nur Sajat ni. Netizen sentiasa mempersoalkan jantina Nur Sajat ni walaupun dah banyak kali soalan tu diutarakan. Jadi? Nur Sajat ambil tindakan dengan kemas kini laman instagram miliknya menggunakan nama NUR SAJAT PEREMPUAN. Harap semua maklum.


Dah jangan tanya lagi.

Isnin, 19 Jun 2017

Remaja Perempuan Mati Dibunuh Selepas Meninggalkan Masjid

Salam.


Polis menemukan mayat seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dikatakan diserang dan hilang semalaman selepas meninggalkan masjid. Menurut wakil polis dan masjid, sekumpulan empat atau lima orang remaja sedang berjalan keluar selepas sarapan di IHOP pada awal pagi hari Ahad. Tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal datang menyerang mereka. Semua remaja tersebut berjaya lari masuk ke dalam masjid kecuali seorang remaja perempuan. 



Mayat mangsa telah ditemui di sebuah tasik di Sterling. Seorang pegawai telah mengenal pasti sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan berdekatan. Akhirnya seorang lelaki berusia 22 tahun telah ditangkap dan menjadi suspek utama dalam kejadian ini. Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini adalah disebabkan kebencian. WRC-TV pula melaporkan kayu pemukul baseball telah ditemukan berdekatan kawasan mayat dijumpai. 


Shoyeb Hassan merangkap pengerusi bersama pertubuhan muslim kawasan Dulles menyatakan bahawa masjid di situ aktif sehingga tengah malam dan ada masanya sampai ke awal pagi terutamanya pada 10 hari terakhir bulan Ramadan. Jadi kebanyakan daripada mereka akan singgah di McDonald's ataupun IHOP yang beroperasi 24 jam untuk makan sebelum mula berpuasa selepas terbitnya matahari. 

Sumber: DI SINI

Jumaat, 9 Jun 2017

Budak Lelaki Patut Diberi Duit Raya Lebih Daripada Budak Perempuan?

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Puasa dah masuk hari ke-14. Pejam celik pejam celik kita dah hampir separuh jalan dalam menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan tahun ni. Tak lama lagi kita akan sambut Hari Raya Aidilfitri. Ya. Antara hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua kanak-kanak kat Malaysia ni. Sebab apa? Sebab duit raya! Cakap pasal duit raya ni, menurut lelaki tersebut di laman facebook miliknya, budak lelaki patut diberikan duit raya yang lebih banyak daripada budak perempuan sebagai persediaan awal untuk mengumpul duit hantaran akan datang. Budak perempuan pula tidak perlukan duit raya yang banyak kerana mereka yang akan meminta hantaran yang tinggi kelak. Haaa... Macam macam!


Tapi korang yang baca status tu jangan la serius sangat. Aku percaya status tu tak lebih daripada sekadar bergurau. Sah sah la duit raya tu nanti digunakan untuk shopping beli barang-barang yang budak-budak tu mahukan sejak sekian lama. Kalau nak menabung, makan tahun juga. Jadi duit raya la jalan paling cepat untuk mendapatkan semua tu. Takde maknanya nak simpan kumpul duit hantaran. Sah sah la kecil lagi nak fikir pasal kahwin. Hmmm... Tapi terdapat segelintir wanita yang tak berapa puas hati dengan kenyataan tersebut. Apa yang dorang tak puas hati tu? Jom kita baca serangan balas daripada segelintir kaum wanita.


Dah jangan gaduh gaduh. Hidup ni jangan nak serius sangat boleh tak?

Khamis, 4 Mei 2017

Beli 162 Tudung dUCk Mencecah RM21 Ribu! Apa Kata Netizen?

Salam.

Rekod baru tercipta! Seorang wanita telah membeli 162 tudung dUCk dalam satu resit di Pavilion baru-baru ini. Khabarnya kesemua tudung tersebut hendak diberikan kepada orang lain. Bertuah la dapat tudung dUCk ni. Harap muka tak jadi macam itik la lepas pakai tudung dUCk ni. Sebagai seorang lelaki, aku tak berapa tahu sangat pasal tudung ni sebab aku tak pakai tudung. Haha! Tapi jenama dUCk ni memang bukan calang calang dalam dunia perniagaan ni.


Apa yang menjadi perhatian netizen ialah anggaran harga kesemua tudung tersebut yang dikatakan mencecah nilai lebih kurang RM21,060! Haaa... Jangan main main tu. Boleh bayar ptptn tu. Berdasarkan kiraan yang dibuat, sehelai tudung dUCk tu dianggarkan berharga RM130. Aku rasa harga tu pun dah agak mahal. Tapi kalau dah ada nama, dah ada prestij tersendiri, apa salahnya kan? Lagipun kalau untuk kepuasan peribadi, dia tak perlukan keizinan sesiapa pun. Dah nama pun duit dia, ikut dia la nak beli tudung saji harga RM200 pun. Diingatkan sekali lagi, duit dia, bukan duit aku atau duit kau. Jadi kita yang tahu ni tak payah nak tertekan sangat fikir macam mana orang lain uruskan duit dia. Haha!



Sambil tu, kita layan dulu netizen yang kreatif menggunakan dUCk dalam tweet dorang.


Faham ke ti-dUCk? Okay.

Selasa, 25 April 2017

Hati-Hati! Akaun Facebook Ini Ugut Edit & Sebar Gambar Bogel!

Salam.

Aku dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan pada hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-29 yang lepas. Mula-mula memang malas nak layan. Penat sebenarnya! Isu akaun palsu yang menggunakan gambar aku ni takkan pernah tamat seolah-olah tanda noktah tu tak pernah wujud. Kalau aku update hari hari pasal akaun palsu, aku rasa korang semua boleh muntah kot. Aku sendiri tak tahu macam mana aku nak bendung akaun palsu macam ni. Cuma aku boleh nasihatkan kepada semua wanita kat luar sana supaya berhati-hati kat laman sosial ni. Jangan mudah sangat nak percaya.


Berdasarkan apa yang dikongsikan di atas, wanita tersebut menerima mesej peribadi daripada akaun menggunakan nama Zahari Ismail. Akaun tersebut menyatakan yang dia telah mengedit gambar wanita tersebut dan kemudian mengugut untuk menyebarkan gambar bogel wanita yang telah diedit itu. Tapi bila wanita tersebut menyuruhnya menghantar gambar yang telah diedit itu, akaun tersebut terus mengelak. Di sini aku sertakan keseluruhan perbualan mereka di bawah.




Klik https://www.facebook.com/fattah.haris.3 untuk ke akaun palsu berkenaan.

Sejujurnya ni bukan kali pertama aku berhadapan dengan isu ni. Sebelum ni aku dah pernah dapat tahu ada akaun menggunakan gambar aku yang sama seperti di atas. Dah la guna gambar yang sama, lepas tu modus operandi pun sama. Apa modus operandi dia? Akaun palsu ini akan menambah mangsa sebagai kenalan, kemudian mula menghantar mesej peribadi dan seterusnya mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa yang telah diedit. Tapi aku tak pasti sama ada dia sentiasa menggunakan nama yang sama ataupun tidak. Kebiasaannya akaun palsu macam ni akan menukarkan nama dia lepas dah kantoi. Dan aku rasa mangsa akaun palsu ni bukan seorang dua je, mungkin lebih daripada itu. Hmmm... Aku diamkan je sebelum ni sebab aku dah penat melayan isu akaun palsu masa tu.

Jadi apa yang perlu dibuat kalau berhadapan dengan situasi macam ni? Aku ada beberapa cadangan kat sini. Terpulanglah nak ikut atau tidak. Sekadar memberikan pandangan.
  • Buat laporan polis supaya dalang di sebalik akaun palsu ini dapat dikenakan hukuman yang setimpal. Aku tengok makin dibiarkan makin menjadi-jadi.
  • Ignore dan block. Jangan balas mesej daripada lelaki yang tidak dikenali walaupun gambar yang digunakan agak menggoncang iman dan nafsu. Eh aku tak puji diri sendiri. Haha! Kalau nak balas pun, pastikan kita dah siasat betul betul dan dah pastikan akaun tersebut bukan akaun palsu.
  • Tidak perlu takut kalau kita memang tiada gambar yang bukan bukan. Kalau dia edit sekalipun, yakin ke dia tu pandai edit? Haha! Mesti gambar yang diedit tu nanti nampak sangat menipu. Sebab aku rasa orang yang pandai edit ni tak buat kerja bodoh macam ni. Banyak kerja lain lagi yang boleh dibuat.

Kesimpulannya aku tiada masa nak buat kerja bodoh macam ni. Kat blog picisan aku ini, aku dah letakkan sekali facebook, instagram dan twitter aku. Ya. Aku ada SATU (1) akaun blog, SATU (1) akaun facebook, SATU (1) akaun instagram dan SATU (1) akaun twitter. Jadi kalau korang kenal aku kat medium yang lain, itu bukan aku. Diulangi, ITU BUKAN AKU. Haaa... Siap caps lock tu. Kalau tak faham juga, pergi makan kismis minda banyak banyak.

p/s: Aku difahamkan laporan polis telah pun dibuat. Jadi sama sama kita saksikan kesudahan drama akaun palsu ni. Harap menangis tak berlagu la orang yang tak bertanggungjawab tu. Rasakan!

Jumaat, 18 November 2011

Bertemu Neelofa, Shila Amzah & Stacy Di Anugerah Industri Muzik (AIM)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Okay. Aku nak kongsi gambar gambar masa aku pergi AIM 18 hari tu. Tapi kali ni bukan gambar aku sorang je sebab kali ni aku nak tayang gambar aku dengan artis artis perempuan yang cun dan tak dilupakan jugak sahabat sahabat aku yang dikasihi sekalian. Hadirin dan hadirat yang dihormati, apa kata kita tengok gambar gambar kat bawah ni. Sambil sambil tu, kau rasa aku pilih siapa?


Neelofa...


...atau mereka?



Shila Amzah...


...atau mereka?



Stacy...


...atau mereka?



Kau rasa aku pilih siapa? Neelofa, Shila Amzah, Stacy atau mereka sahabat sahabat aku yang dikasihi sekalian? Kalau pilih ikut nafsu mesti la aku pilih Neelofa, Shila Amzah atau Stacy. Tapi sekarang aku pilih ikut suka hati. Boleh? Dipendekkan cerita yang takde la cerita sangat aku telah pilih mereka sahabat sahabat aku yang dikasihi sekalian. Aku senang dengan dorang sebab dorang memang fun habis to spend time with, gila gila remaja, tak pentingkan diri sendiri dan sentiasa menghormati kelebihan dan kekurangan masing masing. Kepada Neelofa, Shylla Amzah dan Stacy, you guys memang cun habis! Terima kasih sebab sudi bergambar dengan Budak Lelaki Sebelah Pintu yang entah siapa siapa ni.



potpetpotpet : If you go looking for a friend, you're going to find they're very rare. If you go out to be a friend, you'll find them everywhere.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com