Jumaat, 10 November 2017

Gaji 2018 - Jadual & Tarikh (Penjawat Awam)

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Bila duit dah habis, mula lah tertanya-tanya bila gaji nak masuk ni. Walaupun aku sebenarnya dah boleh agak agak tarikh gaji nak masuk, tapi aku tetap nak google juga. Aku seorang saja ke yang macam ni? Haha! Kes ni macam kita berulang kali buka tutup pintu peti ais dengan harapan sekotak coklat ferrero rocher muncul secara tiba-tiba lepas kali kedua kali ketiga kita buka pintu peti ais tu. Boleh?

Jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan ni adalah untuk rujukan serta semakan bagi penjawat awam atau kakitangan awam kerajaan bagi semua kementerian atau jabatan persekutuan seluruh negeri di Malaysia. Ni untuk memudahkan kita merancang dan menguruskan perbelanjaan isi rumah atau kewangan peribadi agar lebih teratur dan berhemah.

Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Kakitangan Sektor Awam Tahun 2018

Januari
Tarikh Gaji: 25 Januari 2018

Februari
Tarikh Gaji: 8 Februari 2018

Mac
Tarikh Gaji: 22 Mac 2018

April
Tarikh Gaji: 25 April 2018

Mei
Tarikh Gaji: 24 Mei 2018

Jun
Tarikh Gaji: 7 Jun 2018

Julai
Tarikh Gaji: 25 Julai 2018

Ogos
Tarikh Gaji: 14 Ogos 2018

September
Tarikh Gaji: 25 September 2018

Oktober
Tarikh Gaji: 25 Oktober 2018

November
Tarikh Gaji: 22 November 2018

Disember
Tarikh Gaji: 24 Disember 2018

Simpan duit tu sikit. Ni aku cakap kat diri sendiri juga ni. Haha!

Khamis, 26 Ogos 2010

Aku Tak Sabar Nak Masuk Dewan Peperiksaan!

Wah. Draft jadual exam dah keluar!!! Wohooo!!! Tiba tiba tak sabar nak masuk dewan peperiksaan haha. Boleh? Adeh. Ni last semester aku nak jawab exam kat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ni. Aku praktikal next semester kau tahu. Lepas tu aku habis study. Oh! Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku makan belajar ABC.


Sumber oleh printscreen daripada laptop aku haha. Macam laptop aku sorang je boleh printscreen. Say waka waka.


Okay. Ada maklumat pasal praktikal. Kitorang boleh pilih pasangan masing masing untuk mengajar di sekolah yang sama. Ya. Satu sekolah dua orang guru praktikal. Lepas tu satu daerah pulak hanya dibenarkan empat pasangan guru praktikal sahaja. Maksud dia satu daerah ada lapan orang laaa... Dan negeri negeri terpilih ialah Selangor dan Perak sahaja!!! Tapi kan... Tapi kan... Tapi kan... Kitorang tak boleh pilih sekolah. Itu kerja orang pejabat. Adeh. Harap harap semua berjalan dengan lancar. Aku dah neves neves ayam ni nak buat praktikal. Siapa buka puasa dengan nasi lemak kukus ayam berempah tadi? :P


potpetpotpet: Success is a journey, not a destination. The doing is often more important than the outcome.

Isnin, 26 April 2010

Kembang Kembang Tak Ingat Dunia.

Sila klik pada gambar kalau ada masalah mata. Sila sila.

Wow. Blog aku sudah mula stabil. Oh. Jadual kat atas ni merupakan jadual bertugas kelas 2 Mawar Plastik. HohO. Bukan bukan. Jadual tu adalah data statistik kunjungan ke blog Budak Lelaki Sebelah Pintu pada minggu lepas. Terima kasih terima kasih. Eh eh setiap kunjungan unik mencatatkan angka melebihi 250 secara purata. What an achievement!!! Terima kasih terima kasih.

Okay. Tanggal 20 April 2010 mencatatkan angka tertinggi iaitu terdapat 451 kunjungan unik. Manakala pada 24 April 2010 pula mencatatkan 261 kunjungan unik iaitu angka terendah pada minggu lepas. Well. Terima kasih terima kasih. I try my best to keep this blog alive.

potpetpotpet: Tanpa anda siapalah saya. Eh eh rasa macam sedang berdiri kat atas pentas. Mana trofi orang emas bogel tadi?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com