Khamis, 6 April 2017

Lelaki Berjanggut, Berjambang Lebih Bersih?

Salam.

Jangan tak tahu, lelaki berjanggut atau berjambang didapati lebih bersih berbanding lelaki yang mencukur bersih wajahnya. Kajian yang telah dijalankan oleh Carrie Kovarik dari Penn Medicine mendapati bahawa lelaki tanpa janggut atau jambang adalah tiga kali lebih besar kemungkinan memiliki bakteria pada permukaan wajahnya. Carrie Kovarik telah menjalankan kajian ini terhadap 409 orang pekerja atau pencuci tandas.

Sumber di sini.

Dikatakan bahawa lelaki yang mencukur bersih wajahnya memiliki risiko yang lebih tinggi terhadap jangkitan bagi bakteria-bakteria tertentu. Hal ini kerana mereka yang sering mencukur wajah boleh menyebabkan luka kecil pada kulit dan sekaligus membenarkan bakteria untuk merebak dengan mudah. Sebaliknya, jika lelaki menyimpan janggut atau jambang, maka, risiko tersebut dapat dikurangkan. Tambahan pula, menyimpan janggut atau jambang dapat mengurangkan risiko terkena ruam dan radang pada kulit yang sering terjadi kepada lelaki yang selalu bercukur.

Tapi janganlah dah simpan janggut, dah simpan jambang tapi tak reti nak bersihkan, tak reti nak cuci pula. Kalau macam tu, tiada makna la bela janggut atau jambang lebih bersih daripada yang bercukur. Pokok pangkalnya, kebersihan tu sebenarnya bergantung pada individu. Kalau selalu bercukur tapi sentiasa menitikberatkan kebersihan? Haaa... Lebih baik daripada berjanggut atau berjambang tapi tak jaga kebersihan.

Rabu, 20 Julai 2011

Lelaki & Janggut Malu Malu Kucing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Errr... Hari ni aku nak cakap pasal lelaki dengan janggut. Siapa suka lelaki berjanggut? Sila angkat tangan sekarang. Siapa yang tak suka lelaki berjanggut pulak? Sila angkat sumpah. Boleh? :B

Okay. Aku nak menunjuk janggut aku yang comel ni. Sebelum tu, aku nak bagi amaran ye. Janggut aku ni jenis yang malu malu kucing punya. Sebab janggut aku macam malu malu nak tumbuh. Sikit gile dia tumbuh. Aku macam, sila tumbuh banyak lagi boleh tak? Tak cukup ni! =_=

Sila tengok kat bahagian dagu aku tu. Nampak tak janggut malu malu kucing aku? Sila letakkan dua biji mata kau betul betul kat atas skrin bagi mendapatkan visual yang lebih dahsyat. >_<




Esok lusa hilang la janggut tu. Aku memang macam tu. Kejap je bela janggut ni. Sebab dagu aku ni jadi gatal gatal bila ada janggut ni. Siriyes beb. Aku rasa dagu aku ni alergik dengan janggut la. Bila aku ada janggut je, aku asyik nak garu bahagian dagu tak habis habis. Kadang kadang sampai terbelah tiga dagu aku! :B

Kau tak nak bela janggut? Sunnah beb. Yang perempuan pon boleh je kalau nak bela. Baru nampak lain daripada yang lain. Boleh? =_=

Last but not least, jangan lupa support Hizami, Nak Header Satu! ye. ;)



potpetpotpet : Siapa ada janggut macam aku?

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com