Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Malam semalam keluarga aku sempat meraikan ulang tahun kelahiran adik perempuan aku, Adik panggilan dia. So, tahun ni umur dia dah masuk 18 tahun dah. For the time being, dia tengah tunggu result SPM.
Kat mana kami raikan ulang tahun kelahiran? Adakah di hotel lima bintang? Adakah di restoran lima bintang? Adakah di malam bulan dipagar bintang? Tidak sama sekali kerana kami raikan di rumah kami yang bertaraf lima bintang! Haha. Rumah keluarga kami memang bertaraf lima bintang ye. Siapa nak masuk rumah kami, dia kena lompat bintang sebanyak lima kali lima bersamaan dengan dua puluh lima baru dia lepas masuk. Okay. Lawak agak hambar di situ. Haha.
![]() |
Aku sengaja tak nak rotate. Haha. Dapat baca tak? |
![]() |
Satay ayam yang super sedap. |
![]() |
Satay daging yang aku tak sentuh langsung sebab aku memang tak makan daging. |
It was a simple occasion. We had a whole chocolate indulgence cake from
Secret Recipe. Besides that, we had satay, nasi himpit dan kuah kacang!
Tak dilupakan jugak air teh o limau suam. Tu je la. Simple je kan? Orang putih kata, simple but nice. For me, tak perlu nak makan mewah mewah sangat sebab last last jadi tahik jugak kan? Haha. Apa yang penting pada malam tu ialah semua ahli keluarga aku ada. Ada ibu, ayah, aku, Bob, Nana, Ika, Adik dan Husna.
Sorry sebab aku tak upload gambar yang ada muka orang. Adeh. Since we all raikan kat rumah, faham faham je la pakaian kami macam mana. So, pandai pandai la guna imaginasi sendiri macam mana kami sekeluarga meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-18 ni.
potpetpotpet : They said FAMILY stands for Father, Mother, I Love You.