Selasa, 6 Jun 2017

Donutes Coffee - Makan Roti & Kek 24 Jam!

Salam.


Wahhh... Tak sangka Donutes Coffee ni buka 24 jam! Lepas ni dah tahu dah nak makan roti dan kek kat mana tengah tengah malam ataupun pagi pagi buta. Haaa... Aku singgah Donutes Coffee yang terletak kat Ecosky tu. Tak silap aku Donutes Coffee ni ada beberapa cawangan juga, ada kat Puchong, Jalan Kuchai Lama dan Subang Jaya. Aku tak pernah tahu yang Donutes Coffee ni beroperasi 24 jam sama macam 7 Eleven. Sebelum ni cuma setakat lalu lalang je. Hari tu aku dengan tak sengajanya singgah Donutes Coffee tu jam 12 tengah malam lebih macam tu. Ingatkan ada sorang dua je kat situ tapi ternyata penuh sampai takde tempat duduk! Dorang ni dah takde benda lain nak makan ke tengah tengah malam ni? Sibuk je.

Masuk masuk je mata tak berkelip tengok roti-roti dan kek-kek yang ada kat Donutes Coffee ni. Semua nampak sedap! Rambang mata aku dibuatnya. Tapi harga dia pun boleh tahan. Maklum je la yang Donutes Coffee ni buka 24 jam kan? Jadi harga dia agak mahal sikit. Kalau ada harga yang dah sampai RM7 tu, baik singgah McDonald's tambah RM2 ke RM3 dah boleh dapat satu set burger siap dengan minuman dan fries. Betul tak? Tapi pandai pandai la pilih roti dan kek mana yang berpatutan supaya harga korang bayar kat kaunter nanti tak sama macam harga korang pergi buka puasa makan buffet Ramadhan. Haha!

Jom tengok apa yang ada kat Donutes Coffee ni.








Aku ambil dua jenis roti, satu Danish Polo Bun berharga RM3.80 dan satu Danish Satay berharga RM6.50. Lepas tu aku tambah air Donutes Coffee yang berharga RM10.40. Jumlah? Tak reti tambah sendiri? RM20.70! Haaa... Nampak macam mahal kan? Bukan nampak macam mahal, tapi memang macam mahal. Haha! Takpe la sekali sekala. Kalau setiap hari makan kat situ aku rasa aku akan bayar guna daun-daun pokok kat luar tu. Apa apa pun aku cukup puas hati dengan rasa kedua-dua roti tu. Berbaloi dengan harga yang aku bayar tadi. Sedap! Tak sia sia aku pilih dua dua roti tu. Tapi paling aku suka? Air Donutes Coffee tu! Pehhh... Tak cukup satu wehhh... Aku boleh cakap yang air Donutes Coffee tu sama sedap atau lebih sedap daripada kopi Starbucks. Maka layak la harga air Donutes Coffee tu sampai RM10.40. 



Nak pergi lagi!

Isnin, 15 Mei 2017

Kek Green Tea Sedap Di Rekindle, Damansara Uptown

Salam.

Jam masa tu dah nak dekat pukul 11 malam. Aku nak lepak kopi kopi tapi tak tahu kat mana. Masa tu aku kat sekitar Ikea Damansara. Aku pun rujuk kat foursquare, tempat mana yang menarik dan masih buka sekarang ni. Tak kisah la mana mana asalkan bukan McDonald's! Haha! Dah muak sebenarnya dengan McDonald's. Akhirnya aku jumpa Rekindle yang terletak kat Damansara Uptown. Aku dah survey dan baca review kat foursquare. Memang kat Rekindle ni fokus kat desserts.

Aku terus waze ke Rekindle ni. Walaupun dah masuk tengah malam, cafe dia masih penuh dengan para pelanggan. Aku hampir tak dapat tempat duduk. Nasib baik masih ada ruang kosong. Terkejut juga bila tengok masih ramai orang makan kek tengah malam ni. Lepas belek satu persatu kek yang ada, aku pilih kek green tea, nama kek tu Green Tea Opera. Aku pun sebelum ni asyik pilih kek coklat je kan? Play safe orang kata. Kali ni aku memberanikan diri untuk pilih kek green tea. Matilah kalau tak sedap!

Tadaaa...


Tengok pun dah tahu sedap kan? Harga kek green tea ni RM10.90. Standard harga kek kat Secret Recipe sebenarnya. Tapi rasa dia? Memang sangat sedap! Aku memang recommend kek green tea kat Rekindle ni terutamanya peminat-peminat green tea kat luar sana tu. Wajib cuba! Aku jamin korang akan suka dengan kek green tea ni! Rasa pahit green tea yang mencukupi, kek tak terlalu manis dan rapuh di mulut. Sangat berbaloi dengan harga yang dibayar! Haha! Ni bukan entri berbayar tapi kenyataannya aku bayar sendiri semua makan minum aku kat sini. Sekadar berkongsi apa yang baik kat sini.


Siapa peminat green tea kat sini?

Selasa, 8 November 2011

Kek Sedap Di Secret Recipe - Selain Chocolate Indulgence!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Aku kalau makan kek kat Secret Recipe, aku mesti pilih Chocolate Indulgence. Sampai satu tahap, aku dah boleh bayangkan aku tengah makan Chocolate Indulgence sebelum kaki aku masuk kat dalam Secret Recipe lagi. Hebat kan?

So, hari tu kawan baik aku dengan murah hati nak belanja aku sebab dia baru je dapat gaji. Dah banyak kali aku paksa dia belanja aku sebab dia ni JIMAT sikit orang dia. Tahu tak JIMAT? Lebih kurang macam KEDEKUT la kot. Eh?  Aku gurau je. Kepada kawan baik aku yang berkenaan, tolong jangan ambil hati sebab aku berharap kau akan belanja aku lagi. Haha.

Ni la dia Hazel Cheese.

Dah dia nak belanja aku, aku ajak dia masuk Secret Recipe. Mula mula aku macam nak kenakan dia. Ikut hati aku nak pilih menu yang paling mahal tapi aku tak sampai hati pulak nak ikut hati sebab aku tahu perangai dia yang JIMAT tu. Haha. Memandangkan hari dah petang, makan kek sepotong je la. So, aku pilih Hazel Cheese sebab aku tak pernah rasa Hazel Cheese tu lagi. Plus, aku memang hantu kacang hazel! Kalau aku nak beli coklat, aku mesti pilih coklat yang ada letak kacang hazel. Dan rasa dia? Memang sedap! Lagi sedap daripada Chocolate Indulgence tu kot? Siapa yang tak cuba lagi atau dah muak dengan Chocolate Indulgence, memang wajib cuba Hazel Cheese ni.

Dapat secawan teh dengan percuma.

Nampak tak teh atas tu? Secret Recipe bagi secara percuma. Tak payah nak membazir keluar duit beli air. Jimat sikit. Errr... Suka la kawan baik aku tu kan? Sah sah dia la orang yang paling kuat tepuk tangan bila dapat tahu pasal teh percuma ni. Haha. Sorry. Aku asyik kenakan dia je. Adeh. Siapa suruh dia jadi kawan baik aku kan? Takpe takpe. Identiti dia dirahsiakan. So, jangan risau wahai kawan baik aku sebab saham kau tak jatuh punya.

Action kamen.



potpetpotpet : Terima kasih daun keladi, banyak duit belanja lagi.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com