Selasa, 31 Mei 2011

Gambar Budak Lelaki Bersosial Di Himpunan Sejuta Belia!

Gambar budak lelaki bersosial di himpunan sejuta belia? Budak lelaki tu aku la kot. Haha. Menurut kamus dewan, sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat. Maka, BERsosial ialah BERsegala yang berkaitan dengan masyarakat. Errr... Ni aku nak sambung cerita pasal Erra Fazira hari tu. Actually, Qarl terlibat dengan himpunan sejuta belia yang berlangsung kat Putrajaya. Qarl jadi emcee bagi Slim World yang melibatkan Ziana Zain, Erra Fazira, Azizah Ariffin dan Lisdawati. Plus, Qarl jadi emcee bagi konsert anjuran Kementerian Belia & Sukan selama tiga hari berturut-turut. So, Qarl mintak aku temankan dia la kan. Aku tak fikir panjang langsung, terus kata yes yes yes. Dan aku telah menghabiskan tiga hari kat Putrajaya. Kesimpulan dia? Penat gile! But, it was a great experience. ;)


For the first day, Qarl interview Erra Fazira pasal Slim World kat atas pentas. Aku kat bawah sibuk sibuk ambil gambar. Bukan ambil gambar aku sendiri tapi ambil gambar dorang la beb. Lepas tu, malam pulak ada konsert daripada band band indie yang boleh laaa... Haha. Jahat gile aku! Bukan apa, aku tak berapa nak kenal band band indie ni apatah lagi nama nama band dorang pelik gile. Meh sini aku bagi contoh... Errr... Aku pon dah lupa nama nama band dorang. Adeh Sorry derrr... Siapa suruh pelik sangat kan? Lain kali letak la nama bontot periuk ke sudu bengkok ke beskot lemau ke, baru la dekat di hati orang kata... =,=


She knows me! Dia tegur aku, Hizami kan? Aku teros segan... Errr... She has blog too. But, aku lupa derrr... Sorry beb. T-T


Bersama Tilu! Kenal tak siapa Tilu? Tilu kerana diriku bukan aku tiap kali kau menjauh tu? Errr... Kenal ke tak ni? Anyway, that girl is so cute! Super cute! XD


The next day, Qarl terlibat dengan persembahan daripada Korean Society. Eh. Tahu ke pasal Korean Society? Pergi google sendiri sebab aku malas nak taip. Haha. Lepas tu, Qarl interview Ziana Zain, Azizah Ariffin dan Lisdawati pasal Slim World lagi. Malam tu pulak, giliran Super Junior M pulak buat persembahan. Wow! Ramai gile manusia berkumpul kat depan pentas tu. Sampai aku tak nampak langsung ahli ahli Super Junior M! Aku hanya mampu tengok kat skrin besar yang telah disediakan je laaa... Sedih tak bunyi dia? Demmm... =,=


Bersama Kak Fifi daripada Slim World. She's such a nice person! Seronok berborak dengan dia! ;D


Diapit oleh duta duta Slim World, Azizah Ariffin dan Lisdawati. Eh. Aku dah macam anak dorang je. Siapa suruh muka budak budak sangat kan? Adeh. =,=


Wow! Ada Ziana Zain, ada Lisdawati, ada Azizah Ariffin. Errr... Tak dilupakan jugak! Ada Adie, ada Hizami, ada Ijat. Haha. Nak jugak terselit kan? >.<


On the last day, takde apa apa sangat. Macam tak best pon. Haha. Bukan apa, aku dah penat gile kot. Kat dalam hati memang fikir nak balik je. Ngeee... Sebelum balik, aku ada beli patong patong comel kat Lorong Seni tu. Dan aku bagi adik adik aku sebagai cenderahati la konon konon kan. XP


Bersama pengacara baru popular, Qarl!


Aku beli rantai Domo kat sini. The Beadxels! ;)




potpetpotpet : Esok ada reunion. Tapi dengan siapa? Tungguuu... ;)

Isnin, 30 Mei 2011

Erra Fazira & Hero Filem Terbarunya!



Saksikan filem lakonan Erra Fazira dan hero baru yang akan ditayangkan pada bila bila masa je daripada sekarang. So, tunggu la kalau berani! Errr... Kau betol betol tunggu ke ni? Lantak kau la! Haha. Okay. Tu je untuk hari ni kot. Aku busy gile ni. Aku tengah jadi manager sorang pengacara baru ni. Errr... Siapa dia? Haaa... Nanti aku cerita boleh? Okay. Bye!



potpetpotpet : Himpunan Sejuta Belia!

Sabtu, 15 Mei 2010

Murah Rezeki.


First of all I am happy like crazy nak mammm when I know that my blog tersenarai dalam kategori emas kat Ben Ashaari[dot]com wah hamek kau bahasa aku berterabur. Gila. Adakah aku sedang bermimpi ewah ewah tak logik betul kalau aku sedang bermimpi dah pasti aku sedang tidur masalahnya sekarang aku ada kat depan laptop ni wakakaka. Seriously aku ingat tak dapat la nak bertempek kat kategori tu sebab kau pun tahu aku merepek tahap gaban sila klik di sini kalau tak tahu. Tak pasal pasal aku buat aksi asereje ha rehe rehe to da rehe sevinio mampuih bantai je la haha. Tup tup masuk jugak. Trimas bro Ben Ashaari!



Oh. Aku dapat award daripada seorang perempuan yang suka kentut. Setiap kali dia blogwalking dia sempat melepaskan sedas dua kentut sebagai tanda dia pernah lalu. Kagum aku dengan keupayaan kentut dia yang sangat sangat dahsyat. Jangan main main. Terima kasih Cik Mala walaupun rupa kau tidak aku kenal tapi kentut kau itu aku kenal. Tahniah. Eh eh Cik Mala suruh explain apahal aku follow blog dia. Well aku secara tak sengaja follow Cik Mala sebab dia selalu lepak lepak kat blog aku dan kemudian kentut tak tentu pasal siapa tak menambah bengang rasa hampa Akim beb. Tanpa membuang masa lagi aku terus follow dia.



Eh eh ada lagi satu award. Thanks budak. Nama dia Arol. Dia suruh eja betul betul jangan salah Erul ke Erol ke Shahrul ke Sarimah ke haha sukahati. Okay okay. Award ni aku nak beri kat semua follower blog Budak Lelaki Sebelah Pintu. Jangan malu jangan segan ambil je tak kena bayar apa apa apatah lagi isi borang pendaftaran.


potpetpotpet: Tak pasal pasal aku senyum sorang sorang bila aku dapat pujian tak ingat dunia sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com