Isnin, 24 September 2018

Lirik Lagu Baby Shima & Floor 88 - Roadblock Hatiku

Salam.


Aku ni boleh kata penggemar suara vokalis Floor 88 lah juga. Aku rasa aku hafal semua lagu kumpulan ni. Haha! Untuk single baru ni, Floor 88 tampil berduet dengan Baby Shima. Menggunakan judul lagu Roadblock Hatiku, lagu ni menjanjikan irama yang catchy dan santai. Sekali dengar terus melekat orang kata. Lirik dia pun direct dan mudah difahami. Dan aku tak sangka suara Baby Shima ni sebenarnya merdu dan sedap didengar terutamanya dalam lagu ni. Semoga lagu duet ni berjaya menaikkan lagi nama mereka dalam industri hiburan tempatan.

Lirik Lagu Baby Shima & Floor 88 - Roadblock Hatiku

Kau telah roadblock hatiku sayang
Kau telah roadblock hatiku sayang hey

Cerita ini malam ketika aku keluar
Berjalan di kota raya melihat sini sana
Dengan e kali lima
Hingga ku sedar dompet ku di lain celana
Nasib ku menjadi parah pabila ada polis di depan mata

Hatiku rasa bergetar bagaikan petir menyambar
Saat engkau menghampiri kaku kaki terkunci
Bagai disumpah jampi hingga perlahan-lahan ku mendekatinya
Dia memandangku
Terasa panahan percikan api cinta

Kau telah roadblock hatiku sayang
Dengan pandangan cinta yang pertama
Pabila kau melihatku jatuh gugur imanku
Terdiam ku terpaku

Kau telah roadblock hatiku sayang
Dengan pandangan cinta yang pertama
Pabila kau melihatku jatuh gugur imanku
Terdiam ku terpaku

Ku koyakkan saman cinta
Ku tak kisah kau nak saman ku berjuta

Ku roadblock hatimu sayang
Dengan pandangan cinta yang pertama
Pabila kau melihatku
Jatuh gugur imanku
Terdiam ku terpaku

Kau telah roadblock hatiku sayang
Dengan pandangan cinta yang pertama
Pabila kau melihatku
Jatuh gugur imanku
Terdiam ku terpaku

Ku koyakkan saman cinta
Ku tak kisah kau nak saman ku berjuta

Layan lagu ni dulu!

Ahad, 31 Disember 2017

Lirik Lagu Fildan & Lesti - Gerimis Melanda Hati

Salam.


Dah dengar Fildan dan Lesti menyanyikan lagu Gerimis Melanda Hati yang dipopularkan oleh Erie Suzan? Sedap gila! Meremang bulu roma dengar gandingan suara mereka berdua. Lebih lebih lagi bila Fildan masukkan lenggok India kat beberapa bahagian dalam lagu tu, menusuk kalbu sungguh. Lesti pula menyampaikan nyanyian sepenuh perasaan dengan vokal yang konsisten dan bikin merinding. Sebak tu tak payah cakap lah. Cuma aku belum sampai tahap keluar air mata lagi. Cover macho lah sikit. Haha! Tapi nyanyian Fildan dan Lesti untuk lagu Gerimis Melanda Hati ini memang luar biasa. Pada pendapat aku, gabungan Fildan dan Lesti ni antara persembahan duet terbaik yang pernah aku dengar! Serius cakap.







Lirik Lagu Fildan & Lesti - Gerimis Melanda Hati

Haa hahaha haa...
Haa hahaha haa...

Di mana pun kau berada
Kau selalu ku cinta walau tak bersama

Sepenuh hati padamu
Ku cinta dengan jiwa
Tak ingin jauh darimu
Rindu takkan terkira

Gerimis melanda hati
Terlalu ku mencintai
Tak rela melepasmu pergi
Tak rela bila harus terjadi

Hahahaa haha haha haha hahaa
Hahahaa haha haha haha hahaa
Hahahaa haha haha haha hahaa
Hahahaa haha haha haha hahaa

Jarak memisahkan kita
Ku takut kau tak setia
Curiga menguras jiwa

Ku ingin selalu bersama
Dengan orang yang ku cinta
Tak sanggup jauh terpisah

Walaupun aku percaya
Jodoh takkan kemana
Bila Tuhan menakdirkan
Pasti diberi jalan

Di mana pun kau berada
Kau selalu ku cinta walau tak bersama

Hahahaa haha haha haha hahaa
Hahahaa haha haha haha hahaa
Hahahaa haha haha haha hahaa
Hahahaa haha haha haha hahaa

Jarak memisahkan kita
Ku takut kau tak setia
Curiga menguras jiwa

Ku ingin selalu bersama
Dengan orang yang ku cinta
Tak sanggup jauh terpisah

Walaupun aku percaya
Jodoh takkan ke mana
Bila Tuhan menakdirkan
Pasti diberi jalan

Di mana pun kau berada
Kau selalu ku cinta walau tak bersama





Tahniah Fildan kerana dinobatkan sebagai juara D'Academy Asia 3 baru baru ini.

Rabu, 19 April 2017

Gadis Ini Kongsikan Gambar Konvokesyen Yang Menyentuh Hati

Salam.

Hati mana yang tidak tersentuh melihat gambar yang dikongsikan oleh seorang gadis ini? Gadis ini telah memuatnaik dua gambar di tempat yang sama tapi pada waktu yang berbeza di laman twitter. Gambar pertama diambil semasa menghadiri temuduga pada 25 Mei 2013 manakala gambar kedua pula diambil pada hari konvokesyen iaitu pada 18 April 2017. Tapi apa yang menyentuh hati? Hmmm... Gambar pertama kita dapat lihat ibu gadis berkenaan berada di sebelah menemaninya tapi gambar kedua pula kita dapat lihat gadis itu hanya mampu memegang gambar ibunya, tiada jasad yang menemani.


Rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah dan kata-kata semangat buat gadis ini. Tidak kurang juga ada yang menyampaikan rasa simpati kepada gadis tersebut selain berbangga dengan kejayaan dan kekuatan yang dipamerkan. Walaupun tidak mengenali siapa gadis ini, semua mendoakan semoga gadis ini berjaya dan terus membanggakan ibunya. 


Nah tisu.

Ahad, 19 September 2010

(Lagu) Kristal - Selagi Ada Rindu




Kristal - Selagi Ada Rindu

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang

Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan

Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi

c/o
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu

Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Di Sana

Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia

Lagu: Pak Long
Lirik: Pak Long


Oh my. Gua tengah layan lagu ni bro. Gua rasa lagu ni bertambah syabu bila Kristal goreng. Sodap betul. Lagi sodap daripada kuih raya corn flakes bersalut coklat. Erk. Kuih raya feveret tu!!! Haha. Apa apa pun lu orang boleh dengar lagu ni. Lepas tu lantak lu orang lah nak suka ke tak. Gua tak paksa. Apatah lagi memujuk rayu please please please. Sudah. Gua nak jiwang jiwang. Dalam hati ada taman pundi hempedu kau tahu. Dulu kau belajar Sains kan ? Haha.


potpetpotpet: Lepas ni lagu apa pulak Kristal nak nyanyi semula ?

Khamis, 15 Julai 2010

Mulut Biar Wangi Supaya Tak Busuk.

Adeh. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata haaa tak boleh nak buat apa dah. Ya. Siapa suruh tak jaga mulut tu biar wangi sikit? Tak pasal pasal ada hati terluka darah meleleh-leleh. Cewahhh.




Well. Kadang kadang kita tak perasan bila masa dan ketika lagak kita tanpa sengaja telah mengguris hati perasaan orang lain. It is okay if we want to make fun of somebody but as long as it is not too much la kan kan kan? Sometimes we just don't know what the hell when we did something wrong. Kita rasa apa yang kita buat tu okay je. Padahal ada orang terasa pulak dah. That is why kita perlu berhati-hati dalam bab neyh. Choose your words carefully. Most situations people argue over aren't worth ending a good friendship over.




As for me, I am sorry if I have done anything wrong that makes you friends hurt. I love you friends! This is our final year in UPSI. And I am happy so far. :')

Isnin, 26 April 2010

Aku Bukan Manusia Yang Layak.

Oh. Tajok ada terselit sentimen jiwang jiwang. Boleh? Well, petang tadi my mom called me. She was so sorry since tak ingat nak wish me happy birthday on that particular day. Oh my mom. Tak perlu semua tu. I'm okay. Tak kecik hati pon. Dan kalau kecik hati pon for what? Ya. I know that you have a lot of works to do. And also you are getting older. Me too. It's normal if sekali sekala ingat ingat lupa. Oh. Aku pulak selalu lupa lupa ingat sebab aktiviti lupa lebih banyak daripada aktiviti ingat. Serious. HohO. Plus, aku bukan manusia yang layak untuk kecik hati lebih lebih lagi with my own mother. Dosa dosa. Okay. To my mom, semoga sihat selalu! Love you.


potpetpotpet: Sila sayangi ibu anda. Pesanan ini dibawakan secara sukahati lantak kau nak terima ke tak sendirian berhad. Sekian. Pecah kaca pecah gelas, kau ni apahal suka sangat pecah pecah barang ni? Jawab jangan tak jawab.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com