Jumaat, 29 Disember 2017

Review Filem Bright - Bosan Sekejap Sebelum Best Sampai Habis!

Salam.


Hi! Okay. Kali ni aku nak review tentang satu filem ni yang bagi aku ala ala filem Lord Of The Ring (LOTR) tapi versi urban dan moden. Filem ni telah ditayangkan secara rasminya pada 22 Disember 2017 kat Netflix. Kiranya filem ni buat untuk Netflix lah. Dan lepas aku tengok filem ni baru tiba tiba aku terasa nak tengok review dia. Aku terkejut sebab filem Bright ni kat Rotten Tomatoes dapat 27% je? Tapi 93% Google Users suka dengan filem ni. Haha! I'm one of the Google User lah ni. Boleh?


Filem Bright ni berkisar tentang seorang polis (dilakonkan oleh Will Smith) yang terpaksa berpasangan dengan Orc dalam melakukan tugas tugas seorang polis. So human police buddy dengan Orc police. Interesting right? Lepas tu masa diorang tengah kerja diorang stumble upon a nuclear weapon. Apa dia nuclear weapon tu? Haaa... Korang kena tengok sendiri. Mesti korang tak sangka punya. Dan konflik pun bermula dari situ lah sebab semua orang berebutkan nuclear weapon tu. Kenapa? Rahsia! Haha!


Dah kata tadi filem Bright ni ala ala filem LOTR, mesti lah ada banyak watak menarik. Human, Elf, Orc, Dark Lord and so on. Siapa penggemar filem bergenre fantasi tak patut terlepas filem ni. Abaikan 10 minit yang pertama tu. Lepas je diorang jumpa nuclear weapon tu, filem ni takde momen bosan pun sampai habis. Serius lah! One more thing yang best pasal filem ni ialah soundtrack dia. Antara lagu favourite aku ialah Home nyanyian MGK, Bebe Rexha dan seorang lagi mamat yang aku tak kenal. Selain tu lagu Crown nyanyian Camila Cabello! Yasss... Penyanyi yang tengah femes dengan lagu Havana tu. Best weyh lagu Crown ni!



Kat mana nak tengok filem Bright ni? Yang ada Netflix straight away tengok kat Netflix lah. Bagi yang takde Netflix macam aku ni, tengok je online kat FMOVIES je. Siap versi HD 720p lagi. Pergi tengok serius tak rugi! Siapa kata bosan lepas tengok filem Bright ni aku belanja air suam. LOL.

Personal rating: 3.5 stars

Watch this if you like: LOTR, Warcraft and all fantasy movies


Penulis Artikel: OhQarl

Khamis, 15 Julai 2010

Mulut Biar Wangi Supaya Tak Busuk.

Adeh. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata haaa tak boleh nak buat apa dah. Ya. Siapa suruh tak jaga mulut tu biar wangi sikit? Tak pasal pasal ada hati terluka darah meleleh-leleh. Cewahhh.




Well. Kadang kadang kita tak perasan bila masa dan ketika lagak kita tanpa sengaja telah mengguris hati perasaan orang lain. It is okay if we want to make fun of somebody but as long as it is not too much la kan kan kan? Sometimes we just don't know what the hell when we did something wrong. Kita rasa apa yang kita buat tu okay je. Padahal ada orang terasa pulak dah. That is why kita perlu berhati-hati dalam bab neyh. Choose your words carefully. Most situations people argue over aren't worth ending a good friendship over.




As for me, I am sorry if I have done anything wrong that makes you friends hurt. I love you friends! This is our final year in UPSI. And I am happy so far. :')

Isnin, 3 Mei 2010

Dasar Muka Tak Tahu Malu!!!

Okay. Aku nak kongsi gelap ni. Eh eh silap. Kongsi tips. About how to overcome shyness. Atau dalam bahasa pasar tani dia ialah macam mana nak mengatasi kemalumaluan. Ya. For your information, aku manusia paling pemalu di alam semesta. Eh eh aku serious ni tak tipu kau. Sila percaya bulat bulat. Betol betol betol.
  • Sila cari punca kenapa kau kemalumaluan. Ya. Sebagai contoh adakah kau takot orang lain nampak corak anyaman ketupat boxer kau sebab kau tak zip seluar atau mungkinkah kau takot orang tahu diameter lubang hidong kau agak agak tak seimbang. Lantak. Setiap tindakan kau ada sebab tertentu. That's why kau kena buat kajian tesis kenapa kau agak kemalumaluan tu. Sila sila.
  • Cuba berlakon konon konon kau muka tak tahu malu. Kau boleh buat muka berlagak tak ingat dunia dan akhirat. Kemudian jalan secara kengkang dan jugak mendada berlebih-lebihan. Okay. Apahal kena buat semua ni? Supaya kau yakin dengan diri sendiri. As simple as that.
  • Next kau boleh tenung tenung renung renung (atau bahasa antarabangsa dia eye contact) dan sila senyum senyum semanis kurma apabila kau berinteraksi dengan people. Then kau buka topik topik perbualan yang biasa seperti eh eh panas pulak hari ni walaupun hujan lebat petir berdentum tum tum tum kebaboom atau eh eh kau tahu Lady GaGa tu merangkap nenek jiran sebelah rumah nenek kawan kepada nenek sepupu aku. Boleh?
  • Look and learn. Tengok lepas tu belajar. Eh eh kalau belajar lepas tu tengok amacam? Bantai je la. Okay. Sila tengok kawan kawan kau yang muka tem tem bok macam mana dorang berhadapan dengan people. Then cuba ikot cara dorang pulak. InsyaAllah boleh.
  • Feel positive about yourself. Ya. Sila sentuh mana mana suis elektrik dengan tangan lembap lembap berair supaya kau dapat rasa cas cas positif dalam badan kau. Jeng jeng jeng. Menarik bukan? Lantak. Apa yang penting selain kerjasama ialah kau jangan terlalu tertekan dan sila have fun. Okay?

potpetpotpet: Aku tetap jugak pemalu. Seriously. Malu tapi mahu. HohO.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com