Isnin, 17 Mei 2010

Lin Dan. Ain AF8. Ziana Zain.

Piala Thomas menjadi milik China untuk kali keempat berturut turut tapi secara keseluruhan ni kali kelapan. Wah wah hebat gila rasa rasa Piala Thomas memang khas untuk China kot. By the way aku salute dengan Lin Dan oh dahsyat betul dia main kali ni aku sampai buat standing ovation untuk Lin Dan wakakaka.


Ain merupakan pelajar terakhir yang terkeluar daripada Akademi Fantasia 8. Oh. Aku rasa tone suara dia jauh lagi best daripada kesemua pelajar yang tinggal. Lantak. By the way AF kali ni paling tak best dalam sejarah dia seriously macam bluwekkk. HohO. Eh eh Ziana Zain dah tukar protege dia Thalia ganti Mohd. Ziana kata Thalia tak ready lagi sebab usia dia muda maka Ziana membuat keputusan untuk menggugurkan Thalia dan ambil la budak Mohd tu. Sekian.


Wah. Aktiviti malam minggu aku kat depan tv je la haha kesian kesian. Nak layan movies pulak lepas ni. HohO. Selamat malam sayang!

Ahad, 16 Mei 2010

Mula Menyengat.

Terima kasih. Dapat award lagi! Trimas trimas wahai saudara Nakashima Kureno haha sila jealous. Award ni diterbangkan khas daripada Japan bersempena dengan Piala Thomas. Aku pun tak pasti tang mana menyengat blog ni. HohO.


Blog Paling Menyengat!


Okay okay. Nak beri kat siapa pulak ni? Jeng jeng jeng. Siapa dapat award ni wajib tempek kat blog korang. Jangan lupa tau.

Khamis, 13 Mei 2010

Tiba Tiba Terkenang Zaman Hingusan Main Badminton.

 Jom lumba haram tapi berlesen.


Wow. Malaysia berjaya ke separuh akhir Piala Thomas 2010. Tahniah tahniah. Memang bapak segala dasat la tadi. Aku nervous dan gundah gulana dup dap dup dap dup dap sepanjang perlawanan kau tahu. Boleh pulak perlawanan kali ni sengit serta sempit lagi sendat. Tambah tambah lagi berat badan aku rasa macam turun mendadak bila pemain ketiga Malaysia secara tak sengaja boleh kalah okay aku terlupa nama dia tapi aku kenal muka dia sebab aku ingat dia boleh menang. Wakakaka.

Apa apa pon terima kasih kepada Hafiz Hashim kerana berjaya menyelamatkan keadaan takot jugak kalau kalah tak pasal pasal keji kejian serta maki makian berkumandang lagi kan kan kan? Tak patut tak patut. Bila kalah kutuk kutuk bila menang bangga bangga apa kata kita tukar pulak bila kalah bangga bangga bila menang kutuk kutuk mana tahu kot kot lagi best. HohO. Bukan senang nak hadap pressure atau bahasa mudah dia tekanan lebih lebih lagi when people betol betol mengharapkan kemenangan siapa tak tension Munah hoi.

Yang penting lepas ni skuad Malaysia nak kena lawan dengan China. Wow. Good luck la. Kalau kalah jangan malu malu kucing pulak kerana dirimu begitu berharga. Betol betol betol.


potpetpotpet: Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com