Jumaat, 25 Mac 2011

Lelaki Seksi?



Lelaki seksi? Okay. Fine. Aku salah baca. Seksis rupanya. Adeh. Baru nak perasan seksi. Kenapa kata seksis? Kenapa tak kata seksi? Demmm... Aku tak kira. Aku tetap baca seksi!!! =.=



potpetpotpet: Good things sometimes come in small packages. ;D

Selasa, 18 Januari 2011

Amboi. Tak Baca Entri Sampai Habis? Sampai Hati!

Okay. Aku rasa ramai gile keliru dengan entri semalam. Aku tak kata aku champion Maxis Om Nom Nom Race tu pon. Aku cuma tertanya-tanya sama ada aku menang ke tak. Cettt ... Walaupun aku dah tahu keputusan dia tapi aku saja saja nak tertanya-tanya. Tak boleh ke? Jeles la tu. Haha. Sebab tu aku letak Aku Menang Percutian Ke Hong Kong Kerana Maxis Om Nom Nom Race? sebagai tajuk dia. Takpe takpe. Aku memahami perangai korang yang suka baca tajuk je lepas tu terus komen. Bijak bijak. ;P


Jangan tak tahu, kitorang kena daftar seawal 8.30 pagi. Dasat dasat. Sesumpah je kitorang kat sane, eh, sesampai je kitorang kat sane, kitorang memberaturkan diri sebab nak check nama kumpulan. Ni yang hangin satu badan ni, dorang boleh kata tak perasan nama kumpulan kitorang THE ERONIC kat entri entri kitorang. I was like, apa apa je la. Tak pasal pasal dorang main letak nama kumpulan kitorang jadi lain. Nak tahu apa? MACHO FOOD WARRIORS!!! Jom pengsan ramai ramai dalam barisan. Adeh. Aku tak boleh belah dengan MACHO tu. Poyo siot!!! Nak tak nak, bantai je la. Dah tak boleh nak tukar dah. T.T


Mentang mentang pagi lagi, muka bukan main excited. Bajet menang la kot. Haha.


Siapa nak sain? Meh sini aku sain. :P


Eh. Ni belom mula lagi. Ni sarapan. =.=


Dah tukar baju yang dorang bagi. Comel comel. Puji diri sendiri la kot. Boleh?


Perlumbaan dimulakan pada jam 10.40 pagi. Gile ah. Dorang bagi lokasi nak dituju dalam bentuk koordinat. Mula mula aku dah gelabah. Macam mana nak buat ni? Adeh. Nasib la handphone Adie ada GPS application. Kalau tak, kitorang dah surrender laju laju. Haha. Eh. Dorang ada supply iPhone. Tapi iPhone tu macam terlalu canggih pulak. Erk. Tak pasal pasal Afiq sorang yang handle iPhone tu sebab dia agak tahu sikit nak tekan apa. Hurmmm ... Aku cuba jugak tekan tekan iPhone tu. Tapi tak lama, sekejap je sebab aku jadi fed up lepas tu. Siriyes aku tak reti nak guna. Okay. Boleh gelak sekarang. Satu dua tiga, haha gelak la. Aku dah bagi peluang ni. Tak nak sudah. =.=


Lari lari lepas tu sempat lagi posing depan tandas.


Ijat jadi driver sebab dia sorang je yang kira mahir dalam jalan jalan kat KL ni. The 1st checkpoint, we were the 7th team to arrive. The 2nd checkpoint, we were the 11th team to arrive. 3rd checkpoint, 14th team to arrive. 4th checkpoint, we were the 13th team to arrive. 5th checkpoint, we were the 11th team to arrive. And we were the 11th team out of 15 to finish the race. The other four teams were disqualified since all of them dah melebihi masa yang ditetapkan. So, we were officially the last team yang berjaya menamatkan perlumbaan ni!!! Tahniah tahniah. Secara kesimpulannye, kitorang tak menang la kan? Sudah terang lagi bersuluh. Haha.


Ada dinner pulak tu. Tak puas makan? Memang pon. T.T


Masing masing mempamerkan muka penat kot?


Awek cun ni. Tapi ada awek lagi cun. Tak sempat nak bergambar dengan awek lagi cun.


MC of the event. His name? I'm not sure. Hehe.


Nak balik dah. Seronok seronok.


Aku boleh kata ni one of the moments that I'm going to remember for the rest of my life. Siriyes. Tak kisah la menang ke tak, tapi pengalaman tu macam entah bila nak rasa lagi. Paling best, singgah restoran restoran eksklusif seperti Dancing Fish dengan Tarbush. Seronok gile wa cakap sama lu. Rugi siapa tak dapat join. Hoho. Gelak jahat ni, bukan gelak krismas. :P



potpetpotpet : I could not ask for more. :')

Rabu, 29 Disember 2010

Bila Empat Budak Lelaki Bergabung Part 3





Qarl ajak gi tengok Janin kat GSC, Mid Valley. Gigih la pulak kan? Dari Times Square ke Ukay Perdana. Dari Ukay Perdana ke Mid Valley. Dah macam mencari harta karun pulak dah. Adeh. Qarl kata Janin best. Aku pun tak tahu ah sebab aku tak tengok lagi. Jangan jangan mata hati Qarl dirabuni dengan keayuan Eja kot. Maklum je la, Qarl minat gile kat Eja tu. Bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing. Erk. Okay. Fine. Pepatah tu takde kena mengena langsung. =.=




Sampai je kat GSC tu, kitorang tengok ah tayangan dia kol berape. Oh. Selepas melakukan persidangan majlis tertinggi, kitorang tak jadi nak tengok Janin. Tayangan dia kol 7 malam kot. Lambat sangat tu. Aku nak kena balik Melaka lagi. Dah la aku dengan Adie datang KL naik helikopter. Eh, naik tren. Memang tak boleh nak lambat lambat. Hampa di situ. So, Qarl (lagi?) cadangkan kitorang lepak lepak minom petang. Kat mana? Kat Big Apple. Gelak gelak gemok je la. Nasib tak telan donut donut Big Apple tu, so, tak gemok mana la. Haha. :)




Aku minum ice lemon tea. Adie minum ice mango tea. Qarl dan Amir Rayyan minum classic chocolate. Kitorang tak makan pon. Selain daripada diet, kitorang kenyang lagi ah. Masih terasa cebisan cebisan laksa sarawak kat tekak ni haaa ... Nak menghabiskan waktu petang tu, kitorang borak borak lagi kaedahnye. Adeh. Siapa sangka, dunia blog telah memperkenalkan aku dengan Qarl dan Amir Rayyan? Dan terima kasih kepada Allah kerana menghadiahi perkenalan ni. :')





potpetpotpet : Sekian. Terima kasih. Dah boleh tepuk tangan dah. :P

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com