Sedih pula baca pengalaman seorang netizen yang jadi mangsa kena tipu RM20 ribu oleh kawan dia sendiri. Bukan kawan yang baru kenal tapi kawan yang dah lama kenal, kawan yang dah 6 tahun duduk serumah. Apa punya perangai lah kawan macam tu? Dia ingat RM20 ribu tu macam 20 sen ke?
Ni aku ringkaskan sikit cerita dia.
Ni aku ringkaskan sikit cerita dia.
- Mangsa dah duduk serumah dengan kawan dia tu hampir 6 tahun.
- Dalam diam kawan dia guna dokumen kad pengenalan dan lesen memandu untuk membeli sebuah kereta Perodua Axia second hand.
- Tapi kawan dia beli kereta tu bukan untuk diri sendiri tapi untuk tunang dia! Gila tak?
- Mangsa baru tahu semalam bila ada seorang lelaki datang kat rumah cakap dah tujuh bulan tak bayar kereta.
- Siasat punya siasat, mangsa cuba hubungi kawan dia untuk mendapatkan penjelasan.
- Kawan dia pun cerita hal yang sebenar - curi salinan kad pengenalan dan lesen memandu serta duit tabung simpanan mangsa sebagai down payment kereta. Jumlah duit tabung simpanan tu mencecah RM4 ribu kot. Aduh!
- Mangsa juga baru sedar kena tipu bila kawan dia beritahu harga sewa rumah tu RM1600 tapi sebenarnya cuma RM800. Maksudnya mangsa dah bayar RM800 setiap bulan sepanjang duduk berdua dengan kawan dia kat rumah tu sejak 2015.
Jom kita baca kisah dia kat bawah ni.
Rata-rata netizen menyarankan mangsa supaya membuat laporan polis dan ambil tindakan saman. Tak payah nak kesian sangat kawan tu sebab kawan tu langsung takde kesian kat mangsa. Dah lah tipu harga sewa rumah lepas tu curi duit simpanan mangsa untuk down payment kereta. Paling dahsyat? Guna salinan kad pengenalan dan lesen memandu mangsa untuk beli kereta second hand! Hebat betul modus operandi kawan dia tu.
Entah apa lagi yang kawan dia dah tipu dah sebenarnya. Tunjuk sikit muka kawan dia tu! Emosi pula aku tiba tiba. Haha!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan