Aku,
Adie,
Qarl dan
Amir Rayyan seterusnye meneruskan pelarian ke
Hadeeja Cafe. Jeng jeng jeng. Ni la hadiah misteri tu kalau kau nak tahu. Kalau tak nak tahu pon, kau dah tertahu sebab kau dah terbaca entri ni. Bluwek! Haha.
Qarl treated us lunch kat situ. Sebab tu kitorang terpaksa belah awal masa kat Times Square tu. Bukan mengada-ngada nak belah awal okay? Oh.
Hadeeja Cafe ni owner dia Deja Moss. Kenal tak siapa Deja Moss? Ngeee ... Aku dengan
Adie ni kira first time ah memijakkan kaki kat lantai
Hadeeja Cafe tu, kat Ukay Perdana.
Aku suka gile dengan kek lapis sarawak ni. Lagi lagi yang warna pink tu sebab dia ada tambahan oreo. Kalau kau nak tahu, aku memang minat gile dengan oreo. Kalau tak nak tahu pon, kau dah tertahu sebab kau dah terbaca entri ni. Bluwek! Haha. Aku pun tak tahu kenapa aku ulang dialog ni. Macam best mungkin? Memang terbaik ah rasa dia! Siriyes. Siapa tak cuba kek lapis sarawak kat sini, rugi beb.
Aku pilih laksa sarawak.
Adie pilih mee kolok.
Qarl dan
Amir Rayyan pilih nasi tomato. Secara kesimpulannya, laksa sarawak paling best! Haha. Padan dengan muka korang. Ngeee ... Sebenarnye,
Qarl yang cadangkan laksa sarawak tu.
Qarl dah banyak kali datang situ. Kira
Hadeeja Cafe tu dah macam kantin sekolah bagi
Qarl. Boleh? Haha. Aku nak tanya ni, siapa suka awek sarawak? Eh silap. Siapa suka laksa sarawak? Jom angkat tangan beramai-ramai sekarang. Dah angkat belom? Aku tengah angkat tangan la ni! Kalau kau nampak la kan. =.=


In the meantime,
Amir Rayyan ajak
Wan Fuuyoo datang lepak lepak kat
Hadeeja Cafe ni. Nak tak nak,
Wan Fuuyoo pon mendatangkan diri dengan muka teeettt ... Haha. Nasib baik
Wan Fuuyoo ni ada sekali. Tak pasal pasal suasana kat
Hadeeja Cafe terus meriah, dah macam kat pasar borong maidin je aku rasa.
Takde contoh lain dah? Eh. Part ni paling best. Apa yang best? Kitorang boleh pulak borak borak pasal dunia blog kalau kau nak tahu. Kalau tak nak tahu pon, kau dah tertahu sebab kau dah terbaca entri ni. Bluwek! Haha.
Okay. Fine. Ni kali ketiga aku ulang dialog ni. Masing masing mengeluarkan hujah hujah bernas lagi berpatutan. Seronok gile kalau kau nak tahu. Erk. Dah dah. Aku takkan ulang dialog tu lagi okay? Adeh. Kitorang makan makan tak sampai dua puluh minit pon, dah habis semua. Siriyes. Kitorang lebih kepada sesi borak borak tu. Agak lama jugak ah, nak dekat satu jam mungkin? Hehe. Entah bila nak borak borak macam tu lagi kan. :')

For me,
Hadeeja Cafe ni memang berbaloi-baloi for those yang bunting (bagi haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti keladi bunting) dan mengandung (bagi manusia) lalu mengidam nak makan kek lapis sarawak. Hehe. Decoration dia pulak tampak kemas dan menarik. And I give four stars out of five! Eh. Tiba tiba
Qarl ajak kitorang gi tempat lain pulak. Ada aktiviti lagi nampaknya. Adeh. Ada apa lepas ni?
potpetpotpet : Berdebar-debar pulak tunggu sambungan ni. :P