Jumaat, 28 Januari 2011

Tekanan Perasaan Beb!!!



Aku drive satu hari beb! Siriyes. Satu hari aku dok menekan pedal minyak. Daripada pukul 10 pagi sampai pukul 9 malam. Lebih kurang 11 jam tuuu! Aku pusing Seremban tak henti henti beb. Kira habis minyak lebih kurang RM30 semata-mata pusing pusing Seremban tu. Kau tak nak cuba? Adeh. Lenguh gile babas kepala lutut aku ni haaa. Aku tak tahu nak bagi gambaran macam mana sebab aku malas nak lukis. Boleh pulak lukis lenguh gile babas? =.=


Aku dah dapat rumah sewa kat Seremban tu. Sebulan RM500 kot. Erk. Macam mahal je. Tapi nak buat macam mana lagi? Kitorang dah terdesak ni beb. Penat ah. Aku tak tahu pulak acara mencari rumah sewa ni betol betol menguji mental dan fizikal. Tekanan perasaan beb! Setiap kali kitorang saspek ada rumah tu macam kosong, kitorang terus gi ketok pintu rumah sebelah, tanya tanya pasal rumah tu. Lepas tu, macam macam jawapan kitorang dapat. Dah dah. Malas nak fikir. Janji rumah sewa dah settle. Next? Tinggal nak hulur deposit je. XD


Esok? Jeng jeng jeng. Aku nak hantar Nyaie dengan Cik Mus balik Batu Pahat. So, aku drive lagi! Wow. Aku memang suka  drive drive ni. Siriyes. Therefore, kepada mana mana dato atau datin yang memerlukan driver, boleh la calling calling aku ek? Aku bersedia menerima sebarang jenis tempahan. Haha. Sengal la kau. Okay. Bye! Aku nak tidur. >.<



potpetpotpet : Sekolah tu ada dua sesi pulak. So, aku sesi mana? Tak tahu lagi.

Rabu, 26 Januari 2011

Demi Nenek, Seorang Cucu Sanggup Berkorban!

Nanti tolong ambil Nyaie dengan Cik Mus kat Melaka Sentral lepas ambil Una okay?

Ibu pesan kat aku macam tu. Aku pon gi la Melaka Sentral lepas ambil Una kat tadika. Ni nak gi ambil Nyaie dengan Cik Mus, yang jauh datang dari Johor. Sebelah Melaka je kot? Nyaie dengan Cik Mus nak lepak lepak rumah selama beberapa hari. Merapatkan hubungan silaturrahim ye adik adik sekalian. Adik adik nak masuk syurga tak? =.=


Aku drive pelan pelan. Bila lampu merah, aku berhenti. Bila lampu hijau, aku jalan. Adeh. Perlu ke nak cerita sampai macam tu sekali? Dipendekkan cerita, aku pon sampai kat Melaka Sentral. Aku kol Ibu tanya pasal Nyaie dengan Cik Mus tunggu kat mana. Ibu tak tahu sebab Ibu dah try kol Nyaie dengan Cik Mus banyak kali tapi tak jawab jawab. Menneveskan betol.


Aku pusing pusing satu Melaka Sentral dengan Una. Mana la tahu kot kot terserempak ke. Bajet macam main sembunyi sembunyi la ni. Sila jeles. Tinggal lagi beberapa langkah nak lengkap tiga belas pusingan, aku menerima panggilan daripada Ibu. Jeng jeng jeng.

Nyaie dengan Cik Mus dah naik bas gi Alor Gajah. Dah sampai kat depan rumah pon.

Tahniah. Boleh menangis sekarang. Mentang mentang Melaka Sentral tu belakang rumah je kan? Oh ayat sentapan tu. Haha. Tapi Nyaie dengan Cik Mus kena tunggu lama sikit la, kena tunggu aku sampai rumah dulu sebab kunci rumah tu ada kat aku. My parents pulak takde kat rumah, both of them gi kerja. Adeh. Sabar ye. Kejap lagi nak sampai. :)


*Nyaie - panggilan nenek bagi orang Jawa.
*Cik Mus - kakak kandung Ibu.


Cucu siapa la ni? Tak senonoh. =.=



potpetpotpet : Nyaie belanja aku dengan Una aiskrim kon tadi. T.T

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com