Selasa, 19 Disember 2017

Cikgu Azizan Lepas Tuduhan Cederakan Murid (Tanpa Bebas)

Salam.


Alhamdulillah. Kebenaran berpihak kepada kita! Menurut Berita Harian, Azizan Manap, 44, telah dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban daripada pertuduhan mencederakan muridnya, Oktober lalu. Azizan Manap atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azizan disaman oleh ibu dan bapa muridnya kerana telah menyentuh murid tersebut. Cikgu Azizan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Untuk makluman korang, Cikgu Azizan adalah merupakan seorang guru disiplin Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai. 


Apakah yang dimaksudkan dengan melepaskan tanpa membebaskan? Setelah aku rujuk google, melepaskan tanpa membebaskan tu maksudnya tertuduh dilepaskan tapi boleh didakwa semula pada masa hadapan. Kenapa melepaskan tanpa membebaskan? Kerana beberapa sebab seperti ketiadaan saksi, bukti atau sebab-sebab perundangan yang lain. Haaa... Jika terdapat perkembangan baru, contohnya, bukti atau saksi yang hilang sebelum ini ditemui, maka, tertuduh boleh didakwa semula. Tapi aku harap semua ini tidak akan berlaku dalam kes Cikgu Azizan ini. Amin.





Semoga kes ini menjadi kes saman yang terakhir seumpamanya di Malaysia. Cukuplah.

Sumber: Berita Harian

Jumaat, 28 Januari 2011

Tekanan Perasaan Beb!!!



Aku drive satu hari beb! Siriyes. Satu hari aku dok menekan pedal minyak. Daripada pukul 10 pagi sampai pukul 9 malam. Lebih kurang 11 jam tuuu! Aku pusing Seremban tak henti henti beb. Kira habis minyak lebih kurang RM30 semata-mata pusing pusing Seremban tu. Kau tak nak cuba? Adeh. Lenguh gile babas kepala lutut aku ni haaa. Aku tak tahu nak bagi gambaran macam mana sebab aku malas nak lukis. Boleh pulak lukis lenguh gile babas? =.=


Aku dah dapat rumah sewa kat Seremban tu. Sebulan RM500 kot. Erk. Macam mahal je. Tapi nak buat macam mana lagi? Kitorang dah terdesak ni beb. Penat ah. Aku tak tahu pulak acara mencari rumah sewa ni betol betol menguji mental dan fizikal. Tekanan perasaan beb! Setiap kali kitorang saspek ada rumah tu macam kosong, kitorang terus gi ketok pintu rumah sebelah, tanya tanya pasal rumah tu. Lepas tu, macam macam jawapan kitorang dapat. Dah dah. Malas nak fikir. Janji rumah sewa dah settle. Next? Tinggal nak hulur deposit je. XD


Esok? Jeng jeng jeng. Aku nak hantar Nyaie dengan Cik Mus balik Batu Pahat. So, aku drive lagi! Wow. Aku memang suka  drive drive ni. Siriyes. Therefore, kepada mana mana dato atau datin yang memerlukan driver, boleh la calling calling aku ek? Aku bersedia menerima sebarang jenis tempahan. Haha. Sengal la kau. Okay. Bye! Aku nak tidur. >.<



potpetpotpet : Sekolah tu ada dua sesi pulak. So, aku sesi mana? Tak tahu lagi.

Isnin, 11 Oktober 2010

Masalah Terkejut Mengejut

Hai hai. Apa khabar ? Moga sihat sejahtera hendaknya. Eh. Aku ada masalah ni. For your information, key SHIFT sebelah kiri laptop aku dah rosak. Masalah yang timbul ialah sebelum ni aku tak pernah pernah nak guna key SHIFT sebelah kanan laptop ni. Siriyes aku siriyes. Sekali pun aku tak pernah nak tekan dia. Haha. Sekarang aku sedang mengalami kesukaran untuk menekan key SHIFT sebelah kanan laptop ni haaa. Kekok gilerrr kau tahu. Entah bila aku nak gi betulkan.

Terima kasih ! Tak sangka rajin pulak korang nak komen status aku. XD
Aku saspek ramai kot dah tahu aku bakal berpraktikal kat mana tahun depan. Erk. Jeng jeng jeng. Aku praktikal kat SEREMBAN okay. Diulangi dengan gaya rapping, S to the E to the R to the E to the M to the B to the A to the N. Haha. I'm excited ! Tapi ada sikit cuak lah. XD


potpetpotpet : Aku belum sihat sepenuhnya lagi.

Sabtu, 31 Julai 2010

Aku Sebagai Pemandu Di Lebuhraya

Aku dah sampai Melaka tercinta.


  • Hujan
Kau tahu hujan turun slow mula mula. Lepas tu hujan jadi lebat bak kata omputeh raining cats and dogs. Nervous seyh nak drive laju laju. Tapi aku tetap drive laju laju haha. Sambil kumat kamit baca doa naik kenderaan. Eh eh jangan lupa buka lampu kereta time hujan neyh supaya kereta kereta lain nampak. :)


  • Sesak
Siriyes cam tahik je tadi. Lebuhraya sesak daripada Shah Alam sampai Seremban. Gilosss. Penat menjadi-jadi bila tengok kereta kereta beratur panjang dah macam orang orang nak beli tiket bas balik raya haha. Tak best weyh kalau drive tapi tersekat-sekat. Siottt je rasa dia.


  • Mengantuk
Neyh lagi satu hal. Aku rasa aku dah macam terlebih tidur. Tapi kan tapi kan tapi kan aku tetap mengantuk masa drive tu. So how? Nak kena minum Kopi Jantan ke baru tak mengantuk haha. Mampuih. Aku kalau dah mengantuk tahap cipansss aku berhenti kejap kat mana-mana R&R terdekat lepas tu aku take a nap. Katakan anda mampu mengubahnya!


potpetpotpet: Memandu itu memenatkan.

Isnin, 5 Julai 2010

Husna Di Mana? Husna Di Mana? Husna Di Mana?

Adeh. Husna ni N to the A to the K to the A to the L seyh. Susah betul nak layan dia. Nak itu nak ini. Tak nak itu tak nak ini. She is spoilt kau tahu mentang-mentang dia anak bongsu.


Kat Pizza Hut. Eh eh Husna suka betul dengan sup cendawan tu. Kalau tak silap dah dekat tiga pinggan sup cendawan dia belasah kau tahu.


Kat playground Jaya Jusco. Husna takut seyh nak main dengan budak-budak lain yang beraksi ganas tahap 18SG main situ.



Kat R&R Seremban. Celik IT katanya haha. Tekun betul Husna main game dia tapi tak pernah pernah nak menang main game tu. Adeh. Takpe takpe. Usaha tangga kejayaan kan Husna?

Ahad, 27 Jun 2010

Jalan Jalan Sampai Lebam.

Adeh. Semalam merangkap hari Sabtu aku keluar jalan-jalan weyh start jam 9 pagi sampai la 11 malam kau bayangkan. First aku gi Seremban tu semata-mata nak karok kat Green Box haha. Well. Lagu-lagu kat Green Box ni updated seyh sebab tu cambest kalau karok situ. Siriyes. Then aku gi Melaka rayau-rayau sekitar bangunan Stadhuys dan lepas tu Jonker Street. Adeh. Dijamin penat seratus peratus. Aku gi dengan kawan-kawan aku since they all bukan rakyat Melaka maka we all jalan-jalan sajo. Tapi best! Thanks kawan-kawan. :')


Aku kurus haha.


We went for bowling too!!!


Singgah Stadhuys!!!


Oh. Kepala hotak dah tak kusut. Tinggal seminggu je lagi yeah yeah! Tak sabar nak masuk study semula. Siriyes. Rindu kat budak-budak UPSI. Eh eh aku tak kutip lagi data kajian kat sekolah tu. Adeh. Ada banyak kerja nak kena buat ni. Nak suruh pelajar-pelajar jawab soalan dan lepas tu interview one by one. Alamak!!!


potpetpotpet: First time and maybe the last time aku pakai baju pinkish tu haha. Taubat seyh!!!

Khamis, 6 Mei 2010

Bapak Ku Pulang Dari Kota Bapak Ku Belikan Kereta.

Wah. Best best best. Aku dah sampai rumah. Melaka oh Melaka. Eh eh lupa. Alor Gajah dah ada Up Town. Gila tak? Wow. Alor Gajah dah banyak berubah. Tempat ni dah semakin cantik sekarang. Tak percaya? Sila datang sini. Jom jom.

 

Semalam aku drive balik ke Melaka. Aku bertolak selewat seawal jam 7 petang. Seriously. Aku mengantuk masa memandu. Tambah tambah lagi hujan lebat. Gila gila. Aku pon angguk angguk geleng geleng tunduk tunduk ikut telunjuk bantai je la. Terkejut kejut aku tekan brek. Betol betol menakotkan. Ya. Mungkin sebab penat packing barang barang sebelum tu kot. Oh penat okay! Rasa macam pindah rumah je. Memandangkan aku belum kahwin dan jugak bujang tang tang tang aku mengambil keputusan nak berhenti kejap kat R&R Seremban. Napping. 15 minit je kot. Then aku bertolak drive semula. Fuh...

Alhamdulillah. Selamat sampai. Oh. Ada tiga pesanan kepada sesiapa yang memandu.
  1. Sila berehat kalau mengantuk. Tak perlu lama lama sangat. Kejap pon jadi. Kalau dah agak agak mengantuk tu bawa bawa la laju laju eh eh bawa bawa la bertaubat eh eh bawa bawa la berehat. Okay?
  2. Hujan lebat. Sila nyalakan lampu kereta. Supaya pemandu pemandu yang lain perasan kereta kau. Ya. Susah nak nampak apa kat depan lebih lebih lagi kalau hujan lebat. Aduh. Kadang kadang boleh tak nampak langsung. Betol betol betol. Eh eh kalau kau rasa lampu kereta tak cukup sila sila guna lampu suluh pon boleh.
  3. Baca doa naik kenderaan. Wah. Renung renungkan dan selamat beramal! HohO.

potpetpotpet: Oh. Aku drive sorang sorang. Kesian.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com