Jumaat, 28 Januari 2011

Tekanan Perasaan Beb!!!



Aku drive satu hari beb! Siriyes. Satu hari aku dok menekan pedal minyak. Daripada pukul 10 pagi sampai pukul 9 malam. Lebih kurang 11 jam tuuu! Aku pusing Seremban tak henti henti beb. Kira habis minyak lebih kurang RM30 semata-mata pusing pusing Seremban tu. Kau tak nak cuba? Adeh. Lenguh gile babas kepala lutut aku ni haaa. Aku tak tahu nak bagi gambaran macam mana sebab aku malas nak lukis. Boleh pulak lukis lenguh gile babas? =.=


Aku dah dapat rumah sewa kat Seremban tu. Sebulan RM500 kot. Erk. Macam mahal je. Tapi nak buat macam mana lagi? Kitorang dah terdesak ni beb. Penat ah. Aku tak tahu pulak acara mencari rumah sewa ni betol betol menguji mental dan fizikal. Tekanan perasaan beb! Setiap kali kitorang saspek ada rumah tu macam kosong, kitorang terus gi ketok pintu rumah sebelah, tanya tanya pasal rumah tu. Lepas tu, macam macam jawapan kitorang dapat. Dah dah. Malas nak fikir. Janji rumah sewa dah settle. Next? Tinggal nak hulur deposit je. XD


Esok? Jeng jeng jeng. Aku nak hantar Nyaie dengan Cik Mus balik Batu Pahat. So, aku drive lagi! Wow. Aku memang suka  drive drive ni. Siriyes. Therefore, kepada mana mana dato atau datin yang memerlukan driver, boleh la calling calling aku ek? Aku bersedia menerima sebarang jenis tempahan. Haha. Sengal la kau. Okay. Bye! Aku nak tidur. >.<



potpetpotpet : Sekolah tu ada dua sesi pulak. So, aku sesi mana? Tak tahu lagi.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com