Jumaat, 28 Januari 2011

Tekanan Perasaan Beb!!!



Aku drive satu hari beb! Siriyes. Satu hari aku dok menekan pedal minyak. Daripada pukul 10 pagi sampai pukul 9 malam. Lebih kurang 11 jam tuuu! Aku pusing Seremban tak henti henti beb. Kira habis minyak lebih kurang RM30 semata-mata pusing pusing Seremban tu. Kau tak nak cuba? Adeh. Lenguh gile babas kepala lutut aku ni haaa. Aku tak tahu nak bagi gambaran macam mana sebab aku malas nak lukis. Boleh pulak lukis lenguh gile babas? =.=


Aku dah dapat rumah sewa kat Seremban tu. Sebulan RM500 kot. Erk. Macam mahal je. Tapi nak buat macam mana lagi? Kitorang dah terdesak ni beb. Penat ah. Aku tak tahu pulak acara mencari rumah sewa ni betol betol menguji mental dan fizikal. Tekanan perasaan beb! Setiap kali kitorang saspek ada rumah tu macam kosong, kitorang terus gi ketok pintu rumah sebelah, tanya tanya pasal rumah tu. Lepas tu, macam macam jawapan kitorang dapat. Dah dah. Malas nak fikir. Janji rumah sewa dah settle. Next? Tinggal nak hulur deposit je. XD


Esok? Jeng jeng jeng. Aku nak hantar Nyaie dengan Cik Mus balik Batu Pahat. So, aku drive lagi! Wow. Aku memang suka  drive drive ni. Siriyes. Therefore, kepada mana mana dato atau datin yang memerlukan driver, boleh la calling calling aku ek? Aku bersedia menerima sebarang jenis tempahan. Haha. Sengal la kau. Okay. Bye! Aku nak tidur. >.<



potpetpotpet : Sekolah tu ada dua sesi pulak. So, aku sesi mana? Tak tahu lagi.

Ahad, 30 Mei 2010

Tak Hina Kerja Sebagai Driver.

Haish... Kalau cuti semester maka berkeliaran la pelajar-pelajar IPT di Malaysia mencari kerja sambilan. Aku je buat tak tahu haha lantak aku malas nak kerja sana kerja sini. Aku dah pernah kerja sambilan sebelum ni dan keputusan dia aku penat nak mammm oleh itu aku ambil keputusan to say no to kerja sambilan. Tak berbaloi-baloi. Aku rasa dah cukup kot pengalaman tu. Sekian.


Katakan tak nak kepada rokok.


Well. Walaupun aku tak kerja sambilan tapi aku rasa macam aku sedang kerja sambilan jugak jeng jeng jeng. Aku dah macam kerja sebagai driver vroom vroom okay. Kenapa??? Jom tengok jadual aku minggu ni dasat tol kau tahu.
  • Hari Rabu. Aku drive dari Alor Gajah ke Batu Pahat. Then from Batu Pahat to Shah Alam.
  • Hari Khamis. Aku drive pusing pusing Shah Alam. Aku pergi Sunway Piramid. Lepas tu aku singgah Plaza Alam Sentral. Lastly, aku lalu i-City.
  • Hari Jumaat. Aku drive dari Shah Alam ke Alor Gajah.
  • Hari Sabtu. Aku drive lagi dari Alor Gajah ke Batu Pahat.
  • Hari Ahad. Aku bakal drive dari Alor Gajah ke Petaling Jaya.

Hebat tak hebat tak??? Agak lebam lebam jugak punggung aku bila drive sampai berjam-jam. Fuhhh... Ada mana mana dato' dato' serta datin datin nak driver??? Aku boleh jadi driver wakakaka. Okay okay. Ni ciri-ciri pemanduan aku sebagai driver cemerlang, gemilang dan terbilang iaitu:
  1. Bawa dengan laju tanpa menghiraukan tanda merah putih 110 kilometer per jam kat sebelah jalan. Selagi pedal minyak tu tak habis tekan maka tekan lagi dan lagi dan lagi.
  2. Kalau aku on stesen radio sedang putar lagu tak best aku tanpa segan silu tukar stesen radio yang lain kadang-kadang pergerakan kereta jadi ke kirilah ahai ke kananlah ahai.
  3. Malas nak bagi signal. Belok je haha.
  4. Segera potong kalau ada lori atau bas kat depan. Semak mata aku pandang.
  5. Tak suka memaki hamun kuat-kuat kepada pemandu-pemandu yang berkenaan. Suka simpan dalam hati bak kata pepatah rumah terbakar nampak asapnya hati terbakar siapa yang tahu kan kan kan??? Simpan simpan sampai muka jadi merah padam sebab dah tak muat lagi wakakaka.

Okay. Teruk betul kan aku drive??? Well. Aku dah semakin berhemah sekarang ni hehe. Betul betul betul. Jangan fikirkan diri sendiri semata-mata.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com