Jumaat, 18 Mei 2018

Baju Melayu Moden Raya 2018 - Tips Khas Untuk Lelaki

Salam.


Hari ini aku nak share tips terutamanya kepada lelaki lelaki kat luar sana bagaimana untuk memilih Baju Melayu pada Hari Raya Aidilfitri supaya nampak segak dan bergaya. Errr... Poyo tak? Bajet aku ni siapa nak bagi tips tentang Baju Melayu ni? Haha! Entri ni sekadar memberi panduan kepada lelaki kat luar sana tu dalam memilih Baju Melayu yang moden untuk Hari Raya Aidilfitri tahun 2018 ni. Tapi panduan ni tertakluk kepada terma dan syarat mengikut taste aku je. Kalau taste aku tak sama dengan taste korang kisah pula aku pasal korang dah pergi sana ni blog aku suka hati aku lah yang aku tiba tiba emosi dah kenapa ni? Haha!

Dah bersedia?

Tips Untuk Lelaki Dalam Memilih Baju Melayu Moden Raya 2018
  • Masih mengekalkan gaya klasik.
  • Fesyen yang tidak keterlaluan baik daripada segi kombinasi warna mahupun design. Less is more!
  • Saiz baju yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.
  • Minimal.
  • Fabrik yang selesa, tidak panas dan berkualiti tinggi.


Sejujurnya aku lebih suka Baju Melayu yang basic je. Tapi sebelum ni aku pernah juga pergi hantar kain kat tailor dan aku minta dia jahit Baju Melayu tu mengikut design yang konon konon tengah viral masa tu tapi last last aku pakai Baju Melayu yang tu sekali je. Serius cakap aku pakai Baju Melayu yang tu masa Hari Raya Aidilfitri yang pertama je lepas tu aku dah tak pakai dah.

Hari hari seterusnya kalau aku terpaksa atau tiba tiba nak pakai Baju Melayu aku akan pakai Baju Melayu yang basic je. Takde dah aku nak pakai Baju Melayu yang fancy bagai ke yang ada design konon konon hipster ke yang ada dua tiga empat warna ke. Lagipun Baju Melayu yang basic ni senang dipadankan dengan seluar lain tak kisah lah seluar track ke seluar slack ke seluar jeans ke seluar pendek ke ehhh kau dah kenapa nak pakai Baju Melayu dengan seluar pendek nak kena pijak secara berjemaah ke apa. Haha! Tapi itu lah preference aku untuk tahun 2018 ni. No more design pelik pelik ke lain daripada yang lain ke di luar kotak ke.


Jadi sekarang ni korang dah jumpa belum Baju Melayu untuk tahun 2018 ni? Haaa... Tak payah pening pening sebab korang boleh cari Baju Melayu yang moden yang bergaya yang cantik untuk Hari Raya Aidilfitri kali ni kat CIRGARO. Kat mana? Aku ulang sekali lagi kat CIRGARO. Nak aku ulang lagi tak? Boleh boleh. Aku ulang kat CIRGARO.

Ada apa dengan Baju Melayu daripada CIRGARO ni?


Rekaan Baju Melayu daripada CIRGARO masih mengekalkan ciri klasik tapi terdapat sentuhan moden pada kolar mandarin dan potongan seluar yang kecil pada bahagian lutut hingga kaki seluar. Selain itu, Baju Melayu ni mempunyai lima biji butang sedia ada yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Corak semula jadi kat butang butang ni memang unik dan berbeza antara satu sama lain. Jadi lepas ni takde lagi masalah butang hilang betul tak? Design tersendiri tanpa lari jauh daripada imej asal Baju Melayu.

Menerima sentuhan moden dan minimal, Baju Melayu kali ni dipasang poket dada tanpa pesak dan dua poket bawah. Jadi Baju Melayu ni boleh dipakai sebagai kurta dan boleh digayakan dengan seluar jeans, seluar slack dan kain pelikat. Hebat bukan?


Menggunakan fabrik Hybrita Cotton Japan, Baju Melayu ni menjanjikan keselesaan, tidak panas dan tidak mudah berkedut. Imej klasik, unsur minimalis dan moden menjadi kelebihan Baju Melayu daripada CIRGARO untuk tahun 2018 kali ni yang didatangkan dalam tiga warna, iaitu, biru gelap, pink belacan dan maroon dengan saiz bermula daripada S hingga 4XL.


Jangan tak tahu yang Baju Melayu daripada CIRGARO ni boleh dipadankan dengan Baju Kurung Moden Alyssa Luxe Peplum yang sedondon warna dia. Haaa... Semua koleksi baju raya lelaki untuk Hari Raya Aidilfitri tahun 2018 ni mempunyai pasangan masing-masing. Serius! Jadi apa tunggu lagi? Jom shopping raya kat CIRGARO!
Butik: Lot F4A, First Floor, Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam


Untuk perempuan pula, korang boleh baca entri Baju Kurung Moden Trend Terkini Raya 2018 kat blog Kisah Emas Putih. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Lagi 28 hari! Haha!

Jumaat, 22 Disember 2017

Kisah Pelacur Beri Minum Anjing Masuk Syurga, Benar Atau Tidak?

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Soalan:

Benarkah wujud kisah pelacur masuk syurga tu? Sebab ramai yang sembang pasal benda ni. Betul ke cerita tu atau sekadar rekaan semata-mata? Boleh bagi penjelasan atau pandangan yang benar tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Terima kasih.

Jawapan:

Kisah pelacur masuk syurga kerana memberi minum kepada anjing haus itu betul. Riwayat al-Bukhari. Kisah itu menunjukkan betapa rahmat Allah itu luas. Bukan bermaksud beri minum kepada haiwan sudah cukup bila berzina. Kisah umat terdahulu hanya perlu diambil pelajaran jika bercanggah dengan syariat Nabi Muhammad.

Faedah hadis ini?

#1
Dosa besar tidak semestinya terhapus dengan amalan kecil atau amalan yang banyak. Hakikatnya Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Melihat sejauh mana kekuatan ikhlas dan jujur ketika membuat sesuatu kebaikan. Dan itulah yang menjadi sebab Allah mengampunkan dosa wanita itu.

#2
Zina diharamkan dan zina adalah merupakan dosa besar dalam syariat semua Nabi sehinggalah kepada umat Nabi Muhammad. Hadis ini bukan bermaksud zina itu ringan dosanya, cukup sekadar berbuat baik kepada haiwan tapi menunjukkan luasnya rahmat Allah kepada pendosa. Rahmat diraih dengan amal paling ikhlas.

#3
Larangan menghina seorang pendosa atau ahli maksiat kerana setiap manusia tergantung pada akhir amal hidupnya. Hadis ini menjadi dalil bahawa ahli maksiat yang penuh dosa juga layak mendapat ampunan Allah. Dalam hadis lain, disebut kisah ahli ibadah masuk neraka kerana menerakakan kawannya.

#4
Hadis ini tidak menyebut lanjut kenapa dia melacurkan diri. Begitu juga kisah akhir hidupnya tidak disebut dalam hadis. Kemungkinan dia melakukannya kerana dipaksa atau terpaksa. Allah Maha Tahu apa yang hambaNya hadapi. Kebaikan kecil tapi ikhlas jadi sebab Allah ampunkannya.


Sumber: Ad-Dien

Isnin, 5 Jun 2017

Prima Valet Gedung Fesyen Lebih 100 Koleksi Wanita & 20 Koleksi Lelaki

Salam.


Hari Sabtu hari tu aku sempat singgah Prima Valet, Bangi. Lokasi dia betul betul kat sebelah Plaza Tol Bangi. Aku sampai dalam jam 12 tengahari. Sesak! Ramai gila orang masa tu. Sampai aku terpaksa parking jauh. Berpeluh juga ketiak berjalan menuju ke Prima Valet lepas parking tu. Sampai je kat Prima Valet, baru tahu rupa-rupanya ada parking bawah tanah! Haha! Menyesal tak sudah.

Ada apa dengan Prima Valet?
Lokasi: Ostia Bangi (bersebelahan Plaza Tol Bangi)

Prima Valet ni 100% syarikat milik bumiputera dan Prima Valet ni adalah merupakan antara gedung fesyen yang terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih daripada 2000 kaki persegi. Menyediakan lebih 100 rekaan untuk wanita dan lebih 20 koleksi untuk lelaki, harga yang ditawarkan di Prima Valet adalah harga mampu milik. Baju Melayu di Prima Valet bermula pada RM90 dan kurta pula bermula pada harga RM79. Antara koleksi untuk lelaki adalah daripada selebriti Fattah Amin, Shaheizy Sam, Amy Search, Wak Doyok dan Michael Ang manakala antara koleksi untuk perempuan adalah daripada selebriti Fazura, Anzalna, Memey Suhaiza, Asyalliee dan Sasqia Dahuri. Haaa... Banyak gila pilihan kan?




Hari tu aku sempat rembat satu set Baju Melayu Sultan daripada Shaheizy Sam X Elrah Exclusive dengan kain samping yang berharga RM219 dan sehelai jubah daripada Fattah Amin X Elrah Exclusive. Haaa... Berpatutan tak? Baju Melayu Sultan tu siap kain samping tau. Dah lengkap dah baju raya tak perlu cari kain samping lagi. Tapi kalau korang tak nak kain samping, nak lebih jimat, harga satu set Baju Melayu Sultan tu cuma RM189. Kain samping korang pakai la apa yang ada je.



Aku suka dengan kain Baju Melayu Sultan daripada Shaheizy Sam X Elrah Exclusive dan kain jubah daripada Fattah Amin X Elrah Exclusive. Kedua-dua kain baju melayu dan jubah tu sangat berkualiti dan nampak mahal. Jahitan pun kemas. Memang puas hati dengan harga yang dibayar. Dah jom tengok baju melayu dan jubah aku. Tapi warna dirahsiakan! Haha! Tunggu entri yang seterusnya okay?





Best ke shopping kat Prima Valet ni?

Best! Tapi tu pandangan peribadi aku la. Prima Valet ni sangat sesuai untuk mereka yang mencari baju raya sama ada individu ataupun keluarga. Semua ada kat sini. Harga-harga pun kebanyakannya mampu milik. Jadi terpulang kat korang sama ada nak yang murah, sederhana atau yang sedikit mahal. Memang ada banyak gila pilihan koleksi pakaian kat sini. Tak perlu pergi banyak tempat untuk melengkapkan keperluan pakaian hari raya korang. Cuma nasihat aku kalau nak pergi Prima Valet ni, lebih baik korang pergi hari bekerja (Isnin-Jumaat). Kalau korang pergi hujung minggu (Sabtu-Ahad), memang sesak kat dalam Prima Valet tu. Tapi kalau dah tu je waktu yang korang boleh pergi Prima Valet, nak buat macam mana kan? Hadap je la. Haha!

Sedar tak sedar, dah lebih seminggu kita menunaikan ibadah puasa. Rasanya tak terlalu awal untuk membuat persiapan raya sekarang ni.

Ahad, 9 April 2017

Kurta Cirgaro - Kurta Lelaki Moden, Bergaya & Kasual Raya

Salam.

Raya dah dekat! Jadi? Persiapan raya pun dah boleh bermula sekarang. Okay. Puasa pun belum. Haha! Ye la. Kalau lambat nanti, baju yang ditempah tak siap la, baju yang kita nak dah habis saiz la, bajet pun dah lari 4 kali 400 meter bila dekat nak raya tu. Bagi mengelakkan kejadian kejadian tu berlaku, persiapan awal perlu dilakukan. Seperti? Beli kurta moden daripada Cirgaro sekarang! Camtuh. Bila kita dah mula beli keperluan raya sekarang, nanti dah dekat nak raya tak terasa sangat duit yang mengalir tu. Setuju?


Apa itu Cirgaro? 

Cirgaro adalah merupakan syarikat yang sangat serius dalam industri fesyen walaupun baru berusia 2 tahun. Dan Cirgaro ni pengeluar kurta yang mementingkan kualiti jahitan di samping kualiti fabrik yang digunakan. Zaman sekarang ni bila sebut kurta je orang dah tak terbayang kurta yang dipakai oleh orang India atau orang Pakistan. Tapi orang terbayangkan kurta yang moden seperti kemeja cuma digayakan secara tuck out. Nampak tak? Sebab tu kurta moden ni semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Kurta ni kita tak perlukan songkok atau kain samping untuk nampak sempurna kerana kurta lebih kasual dan santai. Tapi baju Melayu jangan dilupakan pula. Tu kan adat kita, bak kata pepatah, biar mati anak, jangan mati adat. Camtuh.


Keistimewaan kurta Cirgaro
  • Tidak labuh seperti kurta tradisional
  • Rekaan Mandarin kolar yang minimal
  • Penggunaan zip YKK Japan Brass (sama seperti Levi's)
  • Semua produk menggunakan fabrik cotton yang dipilih khas dari Korea Selatan
  • Sizing kurta yang selesa, tidak terlalu slim fit, sesuai untuk orang Malaysia
  • Saiz bermula daripada S sehingga XXXL

Semua rekaan Cirgaro menggunakan design language, iaitu, moden dan minimal. Maksudnya fesyen kurta daripada Cirgaro tidak keterlaluan. Secukup rasa orang kata. Jadi kurta Cirgaro ni juga sesuai digayakan di majlis-majlis sosial seperti majlis perkahwinan atau kenduri dan dipakai ke pejabat untuk urusan rasmi.


Cuci mata jom?

Untuk lelaki, terdapat 4 jenis kurta dan 1 jenis jubah keluaran Cirgaro; Kurta Uno, Kurta Bangsawan, Kurta Safari, Kurta Neo, Kurta King dan Jubah Marhaen. Dan untuk setiap jenis tu pula, ada pelbagai warna dan saiz yang ditawarkan. Memang rambang mata nak pilih mana satu ni. Jadi jom kita cuci mata?

KURTA UNO
Fabrik cotton paling biasa dalam keluarga kurta Cirgaro. Rekaan kurta ni paling ringkas dan disasarkan untuk golongan muda remaja. Tapi aku pun minat rekaan yang ringkas dan minimal juga walaupun tak berapa nak muda remaja. Haaa... Dengar cerita pertengahan bulan April 2017 ni Cirgaro akan lancarkan Kurta UNO versi 2. Nantikan!


KURTA BANGSAWAN
Kurta Bangsawan ni antara yang paling laris jualannya. Kalau tak silap kurta ni dah mula dikeluarkan sejak daripada awal tahun lepas dan sampai sekarang Kurta Bangsawan masih dikeluarkan tapi dengan warna-warna baharu yang diperkenalkan setiap dua bulan. Apa yang istimewanya kurta ni? Haaa... Kurta ni memiliki zip senang nak buka senang nak tutup. Camtuh


KURTA SAFARI
Kurta Safari ni khas untuk peminat fabrik denim di Malaysia. Tapi jangan fikir kain dia tebal macam seluar jeans. Tak tak tak. Cirgaro mengunakan fabrik denim yang khas kerana fabrik denim ni sejuk dan sangat selesa untuk dipakai.


KURTA NEO
Kurta paling menarik dan meletop di bumi Malaya setakat ini. Kurta Neo mengunakan fabrik yang direka khas oleh team Cirgaro. Katanya setakat ni tiada lagi kurta kat Malaysia ni yang menggunakan fabrik macam ni.


KURTA KING
Ni la raja segala kurta kat Malaysia. Sebab apa? Sebab kehabisan stok tahun lepas! Dan sebab apa Kurta King ni kehabisan stok? Sebab fabrik yang digunakan sangat istimewa. Fabrik ni mempunyai corak yang kelihatan seperti timbul (emboss). Menarik bukan?


Jadi apa tunggu lagi? Layari laman web Cirgaro sekarang! Lebih kurang 40 warna berbeza yang ditawarkan oleh koleksi Kurta Moden 2017 oleh Cirgaro Apparel. Siap boleh padankan warna dengan pasangan korang. Ya. Kurta Cirgaro sebenarnya direka supaya senang dijadikan set berpasangan sebab Cirgaro turut menghasilkan keluaran khas untuk wanita terutamanya bagi koleksi raya 2017 ni. Lagi satu, korang tak perlu tunggu diskaun besar-besaran kerana Cirgaro sangat menghargai pelanggan-pelanggan mereka. Jadi mereka tidak akan mengadakan sales yang akhirnya membuatkan pelanggan-pelanggan yang telah membeli produk sebelum ni rasa tertipu.

Harga yang ditawarkan pula adalah berpatutan dan berpadanan dengan kualiti, rekaan dan servis yang diberikan. Jangan risau, fabrik yang digunakan sangat berkualiti dan jarang didapati kerana fabrik Cirgaro dihasilkan oleh kilang OEM di Korea Selatan. Dan kurta-kurta Cirgaro ni dihasilkan dalam kuantiti yang terhad. Sebab apa? Sebab eksklusif dan juga nak kawal kualiti.

Dah banyak sangat aku membebel ni. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Cirgaro, singgah la butik baharu mereka di Plaza Shah Alam atau klik je kat bawah ni:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com