Jumaat, 22 Disember 2017

Kisah Pelacur Beri Minum Anjing Masuk Syurga, Benar Atau Tidak?

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Soalan:

Benarkah wujud kisah pelacur masuk syurga tu? Sebab ramai yang sembang pasal benda ni. Betul ke cerita tu atau sekadar rekaan semata-mata? Boleh bagi penjelasan atau pandangan yang benar tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Terima kasih.

Jawapan:

Kisah pelacur masuk syurga kerana memberi minum kepada anjing haus itu betul. Riwayat al-Bukhari. Kisah itu menunjukkan betapa rahmat Allah itu luas. Bukan bermaksud beri minum kepada haiwan sudah cukup bila berzina. Kisah umat terdahulu hanya perlu diambil pelajaran jika bercanggah dengan syariat Nabi Muhammad.

Faedah hadis ini?

#1
Dosa besar tidak semestinya terhapus dengan amalan kecil atau amalan yang banyak. Hakikatnya Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Melihat sejauh mana kekuatan ikhlas dan jujur ketika membuat sesuatu kebaikan. Dan itulah yang menjadi sebab Allah mengampunkan dosa wanita itu.

#2
Zina diharamkan dan zina adalah merupakan dosa besar dalam syariat semua Nabi sehinggalah kepada umat Nabi Muhammad. Hadis ini bukan bermaksud zina itu ringan dosanya, cukup sekadar berbuat baik kepada haiwan tapi menunjukkan luasnya rahmat Allah kepada pendosa. Rahmat diraih dengan amal paling ikhlas.

#3
Larangan menghina seorang pendosa atau ahli maksiat kerana setiap manusia tergantung pada akhir amal hidupnya. Hadis ini menjadi dalil bahawa ahli maksiat yang penuh dosa juga layak mendapat ampunan Allah. Dalam hadis lain, disebut kisah ahli ibadah masuk neraka kerana menerakakan kawannya.

#4
Hadis ini tidak menyebut lanjut kenapa dia melacurkan diri. Begitu juga kisah akhir hidupnya tidak disebut dalam hadis. Kemungkinan dia melakukannya kerana dipaksa atau terpaksa. Allah Maha Tahu apa yang hambaNya hadapi. Kebaikan kecil tapi ikhlas jadi sebab Allah ampunkannya.


Sumber: Ad-Dien

Khamis, 25 Oktober 2012

Kisah Sedih Doktor Rawat Pesakit - Dimarah & Dimaki

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Aku nak kongsi kisah seorang doktor. Aku terbaca kisah ni kat academictips.org. For your information, kisah seorang doktor ni dalam bahasa Inggeris sebenarnya. Tapi aku cuba olah dalam bahasa Melayu. Sukahati aku je kan? Haha. Takpe takpe. Korang layankan je la. Ni bukan kisah sembarangan. Dah la penat aku translate nak bagi korang faham. Masalahnya, ada ke korang suruh aku translate? Kbai.

Seorang doktor memasuki hospital dalam keadaan tergesa-gesa. Dia kemudian menukar pakaiannya dan terus menuju ke blok pembedahan. Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan mundar-mandir menunggu kehadiran doktor yang bertanggungjawab.

Sebaik sahaja doktor sampai, lelaki tersebut berkata dengan nada suara yang agak keras, "Kenapa doktor ambil masa yang lama untuk sampai? Doktor tahu tak anak saya tengah kritikal kat dalam tu? Apa punya doktor ni?"

Doktor itu tersenyum lalu berkata, "Saya minta maaf encik. Tadi saya tiada di hospital dan sebaik sahaja saya dapat panggilan, saya cuba datang secepat yang mungkin. Maafkan saya. Sekarang, saya berharap encik bertenang supaya saya dapat jalankan tugas saya."

"Bertenang? Kalau anak doktor yang berada dalam bilik itu sekarang, doktor boleh bertenang? Kalau anak doktor yang mati sekarang, apa doktor akan buat? Bertenang?" Lelaki tersebut mula meninggikan suaranya.

Sekali lagi doktor itu tersenyum dan membalas, "Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali. Saya hanya seorang doktor. Saya tidak boleh memanjangkan nyawa anak encik. Saya cuma dapat buat yang terbaik. Semua yang berlaku sebelum, semasa ataupun selepas adalah dengan izin Allah."

"Cakap memang la senang sebab doktor tak rasa apa yang saya rasa sekarang ni." Lelaki tersebut membebel.

Pembedahan kemudian berlangsung selama beberapa jam. Tiba-tiba doktor keluar daripada bilik pembedahan itu dan berkata, "Alhamdulillah! Anak encik telah berjaya diselamatkan!"

Tanpa membuang masa, doktor tersebut bergegas pergi meninggalkan kawasan bilik pembedahan itu. "Jika encik ada apa-apa pertanyaan, encik boleh tanya dengan jururawat kat sini."

"Kenapa doktor ni? Tak boleh ke tunggu seminit dua? Saya nak tanya macam mana keadaan anak saya pun tak sempat?" Lelaki tersebut berkata sedemikian sebaik sahaja seorang jururawat menghampirinya selepas doktor itu berlalu pergi.

Jururawat tadi pun menjawab, "Anak doktor meninggal dunia semalam, meninggal sebab kemalangan jalan raya."


potpetpotpet: Sepandai-pandai tupai melompat, pandai-pandai la korang fikir moral of the story dia.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com