Bukit Broga? Atau Broga Hill? Mana lagi sound best? Aku cop Broga Hill! Haha. Padahal sama je kot. Penting kah untuk dipersoalkan? Jawapan dia, tak penting pon! Adeh. Abaikan je ah. Anyway, aku dah terlambat nak update pasal aktiviti ni. Kau bayangkan ah, aku gi Broga Hill last Saturday kot. Dah nak dekat seminggu aku cuba tulis entri ni, tapi tak siap siap jugak. Geram sangat, aku tekan publish terus! Mwahaha...
Back to the topic, aku bangun awal gile hari tu. Cer cite cer cite... Aku bangun kol 4 pagi kot. Bangun pagi pagi tu, terus mandi macam biasa. Then, sarapan nugget tempura yang sedap. Nak beritahu jugak? Haha. So, aku dengan geng bertolak dalam kol 5 pagi macam tu. Sepanjang perjalanan, jantung aku sentiasa berdegup kencang seperti genderang mau perang. Kalau kau nak tahu, jalan gi Broga Hill tu dah macam ular, memang simpang siur langsuir tak ingat dunia la. Tambah tambah lagi dengan pemandangan yang gelap gelita. Memang tak nampak pemandangan langsung. Lepas tu terus nyanyi pandang pandang alam ini... Boleh? =.=
Dipendekkan cerita, dah sampai kat Broga Hill. Dipendekkan cerita lagi, dah sampai kat puncak Broga Hill. Dipendekkan cerita sependek-pendeknya, kau layan ah gambar gambar kat bawah ni haaa... Aku malas nak taip panjang panjang. XD
Aku tak sangka ramai gile manusia gi Broga Hill tu. Dah macam Karnival Jom Heboh kat sini. Rugi la siapa tak gi lagi. Bagi menambahkan tahap meluat kau, di sini aku ingin menyatakan bahawasanya pada sesiapa yang belum pernah jejak Broga Hill ni, kira kau memang ketinggalan bas ah. Boleh? For me, Broga Hill memiliki keindahan yang tersendiri. Dan aktiviti macam ni boleh membawa pembaharuan dalam hidup kau. Sebab apa? Sebab nanti, kau takde ah buat aktiviti aktiviti yang dah biasa kau buat je. Apa yang best, ktiviti ni dijamin mempersihatkan tubuh badan. Suka hati guna imbuhan sendiri... XD
potpetpotpet : Aku tak kisah la.