Isnin, 11 September 2017

AF Megastar 2017 - Senarai Peserta (Top 12)

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Nampaknya Konsert AF Megastar telah memilih 12 daripada 24 bintang Akademi Fantasia untuk meneruskan perjuangan mereka bermula pada minggu depan. Tahniah diucapkan! Secara peribadi, aku agak puas hati dengan keputusan tu sebab aku berjaya meneka 11 bintang dengan betul. 1 bintang je aku tak dapat teka dengan betul. Siapa? Sufi! Haha! Aku teka Mila yang akan mara ke peringkat seterusnya. Tapi tak kisah lah. Aku bukan sejenis peminat fanatik mana mana bintang AF Megastar ni pun. Kalau sedap, sedaplah. Kalau tak sedap, tak sedaplah.


Top 12 Bintang AF Megastar


Syamel


Indah Ruhaila


Bob Yusof


Idayu


Marsha Milan Londoh


Amir Jahari


Adira 


Shahir


Amir


Sufi


Ewal


Azhar


Aku berpuas hati dengan pemilihan juri tetap untuk AF Megastar kali ni. Siapa tak kenal Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat kan? Komen kedua-dua juri tersebut memang penuh dengan ilmu dan masukan untuk memperbaik mutu nyanyian dan persembahan setiap bintang. Takde lah setakat komen dalam zon selesa seperti "sedap", "power", "perfect", "hebat" dan sebagainya. Sebagai contoh semalam masa Datuk Ramli MS komen Syamel dari segi mood lagu yang digubah seperti lagu rancak tapi Syamel nyanyi gaya lagu balada. Haaa... Komen macam tu lah yang kita mahukan. Betul tak? Sebab dari segi nyanyian memang Syamel takde masalah. Dan kalau betul lah susunan nama yang dipanggil malam tadi mengikut urutan terbaik, ternyata Syamel berada di tangga teratas dalam kelompok 24 bintang AF Megastar ni.

Dengar cerita juara AF Megastar bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi dan hadiah sampingan lain.  Agak agak siapa juara AF Megastar ni? Siapa pilihan korang? Saksikan konsert AF Megastar bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135) pada setiap hari Ahad, 9 malam.

Selasa, 8 Jun 2010

Semakin Ramai Orang Suka Semakin Ramai Orang Benci.

Aduh. Letih sudah kepala lutut aku tadi berjalan-jalan dengan pantas. Fuh. Aku dah takde kerja nak buat maka shopping la jawabnya. Eh eh aku bukan kaki shopping kau tahu. Jarang kot aku nak shopping sana shopping sini sebab takde duit haha. Oh. Aku beli apa pulak tadi? Jeng jeng jeng.
  • kemeja biru gelap lengan panjang
  • tali leher silver
  • seluar slack hitam
  • singlet gray dan singlet hitam
  • t-shirt

Okay. Sekian. Aku tahu gaya macam budak-budak nak masuk matrikulasi kan kan kan? Lantak. Konon persediaan nak masuk sekolah lepas cuti ni cewahhh. Sila kata hek hek hek poyo dengan bersemangat waja.




Hey. Aku teringat dialog Syafinaz masa dia beri komen terhadap persembahan Dayang Nurfaizah dalam rancangan One In A Million (OIAM). Syafinaz ada kata iaitu semakin ramai orang suka maka semakin ramai orang tak suka secara tak langsung. Oh. Aku bukan nak cakap pasal Syafinaz atau Dayang Nurfaizah haha. Aku nak sebut perihal hipotesis tu semata-mata sebab cambest. Eh eh kenapa pulak boleh jadi macam tu? Renung-renungkan dan selamat hari jadi wahai Insan Tinggi tiba-tiba. Boleh?


Secara analoginya, bilangan orang suka adalah berkadar terus dengan bilangan orang benci. Seriously. Tak perlu kot aku nak petik mana-mana contoh tapi korang boleh tengok sendiri. Selebriti. Ahli politik. Penjawat awam. Jiran tetangga. Termasuk blogger. Boleh? Harap-harap aku terkecuali hadoi.


Blog Sahabat Hari Ini: Kembatolo

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com