Aku baru beli t-shirt berkolar hari tu. Bajet nak guna masa praktikal nanti la kan. So, hari tu aku ada pakai baju tu. Wow! Smart ah. Kata aku kepada diri sendiri. Kemudian, aku pon paksa kawan aku snap gambar aku memakai baju tu. Memang aku paksa pon. Nak bagi nampak kejam sikit. Amacam? Oh. Aku tengok gambar aku memakai baju tu. Buruk la pulak. Takpe la. Tak jadi nak upload. =.=
Next, lepas dah pakai baju, kena buat apa wahai adik adik sekalian? Ya. Kena membasuh baju tu wahai adik adik sekalian. Sebelum membasuh, aku telah mengawet baju tu selama beberapa hari kat dalam baldi. Sebab? Mesin basuh kat rumah aku rosak, tiba tiba kena angkut gi kedai, nak repair. Adeh. Bila dah dapat mesin basuh tu semula, aku meneruskan impian aku yang terpendam selama ni iaitu membasuh baju tu. Impian okay! Lepas membasuh, apa pulak wahai adik adik sekalian? Takpe takpe. Nanti aku cuba buat tutorial pasal ni. Boleh? Tak larat aku nak tanya satu satu. Macam la kau layan aku cakap sorang sorang ni kan? Adeh. =.=
Tadi baju tu dah kering. Adik aku tanya aku, apahal ada lubang lubang kat baju aku tu. Aku macam, biar betul? Lubang apa pulak ni? Aku terus check laju laju. Wow! Wow! Wow! Sejujurnya, aku tak sebut wow sebanyak tiga kali pon. Sejujurnya, aku tak sebut wow sebanyak dua kali pon. Sejujurnya, aku tak sebut wow sebanyak satu kali pon. Sejujurnya, aku tak sebut apa apa pon. Boleh? Aku tengah geram sampai tak boleh nak kata apa apa. Arggghhh!!! Aku baru pakai sekali je baju tu. Macam mana boleh ada lubang lubang tu? Demmm ... Siamang punya lipas! Atau tikus? =.=
| Happy Chinese New Year!!! ;) |
potpetpotpet : Orang tamak selalu rugi. Aku tamak? Mungkin la kot. T.T






