Jumaat, 27 Oktober 2017

Gambar Pra Konvokesyen Budak Tadika Yang Comel Jadi Perhatian Netizen

Salam.


Comel tak gambar-gambar pra konvokesyen kat atas tu? Sekarang ni kan tengah musim konvokesyen, ke sana ke sini orang bukan main berkongsi gambar dengan jubah dan topi konvokesyen. Tak kurang jugak ada yang gigih throwback gambar konvokesyen lapan belas tahun yang lepas. Haaa... Bagi memeriahkan suasana, seorang photographer telah memuat naik koleksi gambar pra konvokesyen budak-budak tadika kat laman twitter miliknya. Siapa sangka gambar-gambar pra konvokesyen budak-budak tadika tu telah mencuri perhatian netizen dan menerima lebih daripada 12 ribu retweet dan hampir 9 ribu like. Serius lah!


Siapa je yang tak tersenyum melihat gambar-gambar pra konvokesyen budak-budak tadika tu kan? Seronok sangat tengok budak-budak tadika tu bergembira dengan jubah dan topi konvokesyen dorang. Rasa macam nak kembali ke zaman tadika je. Ehhh... Tak sedar diri dah nak masuk angka 30! Haha! Apa-apa pun, semoga adik-adik ni akan berjaya mencapai cita-cita mereka pada suatu hari nanti.


Kredit: @AfiqRozlan

Khamis, 10 November 2011

Gambar Konvokesyen Nur Husna Qahirah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Entri Wordless Wednesday #23 semalam aku ada letak gambar Husna tengah beratur dengan pakaian jubah konvo dia. Comel kan? Dia konvo masa hari Isnin hari tu, sehari slepas hari raya haji yang pertama. Nasib sekolah aku cuti masa tu, dapat la aku bersama-sama memeriahkan istiadat konvo dia. Hebat kan? Baru 5 tahun dah konvo. Aku masuk 23 tahun baru dapat rasa konvo. Untung laaa...

Kau ingat senang ke nak tangkap gambar Husna ni? Susah derrr... Banyak benar kerenah dia sampai macam macam alasan tak munasabah dia keluarkan. Nak tahu contoh macam mana alasan tak munasabah tu?
Dah la. Husna dah tak nak ambil gambar dah. Panas sangat sampai Husna tak boleh bukak mata dah ni.

Tak nak taip banyak, kau tengok la gambar gambar yang aku sempat tangkap hari tu. Aku tahu kau bukan suka sangat baca entri panjang panjang. Kau kan pemalas? Haha. Okay. Kau boleh mula tengok gambar gambar daripada sekarang. Tapi sebelum tu aku nak bagitahu kau yang Husna dapat dua hadiah - nombor satu dan lima mata pelajaran terbaik.










potpetpotpet : Ala tomey tomey!

Rabu, 5 Januari 2011

Mari MenSkodeng Dua Awek Comel. Rugi Tak Tengok Wa Cakap Sama Lu.



Belah kiri Una. Belah kanan Kasih. Una memegang pangkat sebagai mak tiri mak usu kepada Kasih. Menarik bukan? Padahal dua dua kecik lagi. Adeh. Dorang baru masok lima tahun this year. Dan dorang telah ditadikakan di satu tempat yang sama. Satu tempat yang sama? Eh. Apa pendapat kau kalau aku taip satu tempat yang berbeza? Memang mangkok la bunyi dia kan? =.=


Sementara aku cuti ni, aku hantar dorang gi tadika pada setiap hari jam 7.15 pagi. Erk. Kau ingat aku tak reti nak bangon awal? Meh sini aku geget telinga kau laju laju. Haha. Lepas tu, aku ambil dorang balik daripada tadika dalam pukul 11.30 pagi macam tu. Lepas tu, aku hantar Kasih kat rumah nenek aku. Oh. Kasih memang tinggal kat situ. Lepas tu, Husna nak lepak (kecik kecik dah pandai lepak) kat rumah nenek aku tu sebab dia nak main main dengan Kasih. Lepas tu, aku tak kisah la dorang nak main main apa pon. Lepas tu, dorang boleh paksa aku main main sekali. Lepas tu, aku tak nak la. Lepas tu, dorang tarik aku. Lepas tu, aku pura pura seronok main main. Lepas tu, aku tak jadi main main. Lepas tu, aku dah tak main main. Okay. Rasa nak lempang aku bukan? Gile annoying. =.=




Husna dan Kasih ni nakal ah jugak. Normal la kan? Eh. Aku ada satu video best nak bagi korang tengok. Dorang buat persembahan eksklusif tu. Kasih dah rupa Stacy pulak. Lepas korang habis tengok video ni, jangan tanya aku apa lagu yang didendangkan tu. Aku langsung tak tahu. Siriyes. Ciptaan sendiri mungkin? Dasat dasat. Dah boleh ganti Yuna kalau macam ni.





potpetpotpet : Comel comel.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com