Halo halo. How are you guys? Harap harap sihat belaka. Hari Sabtu aku kali ni tak best. Aku tidur lebih kau tahu. Sampai dah penyek sebelah tengkorak kepala ni haha. Hurm. Kejap lagi baru nak start analisis data kajian tesis cambest aku tu. Adeh. Malas rasa membuak-buak. :)
Anyway aku tak sempat nak bangun sahur. Bangun bangun je dah azan Subuh. Nangis terus. Boleh? Adeh. Ni sebab dan akibat makan banyak malam tadi. Entah apa apa aku telan. Tak pasal pasal nyenyak je tidur aku lepas tu. Erk. Moral of the story is baca doa SEBELUM dan SELEPAS makan. Aku selalu baca doa SEBELUM makan tapi aku selalu terlupa baca doa SELEPAS makan. Sebab? Ada je benda aku nak kunyah lepas tu haha. Sebab tu aku tak tahu bila nak baca doa SELEPAS makan tu. Adeh. Am joking! :)
Aku selalu gi PARAM kol 6 petang. Oh. PARAM tu Pasar Ramadhan. Erk. Aku baru tahu pagi tadi. Simpati betul dengan diri sendiri haha. Sebelum sebelum ni aku ingat PARAM tu nama orang. Faham faham sudah. Tak sangka pulak PARAM tu singkatan bagi Pasar Ramadhan. Nangis terus haha. Dahsyat betul. Apa apa pun aku tak tahu nak makan apa hari ni. Kau ada cadangan?
potpetpotpet: Kereta aku dah siap repair. Tunggu masa nak ambil je. Suka. :)