Sabtu, 28 Ogos 2010

Nak Ramai Follower? Pasar Ramadhan Yang Mana Satu?

First, tahniah buat Misshy Innz sebab blog malas dia masuk majalah Remaja keluaran 1 September 2010 ni. Wah! Kagom betol. Sampai jeles tahap gaban aku tengok dia gumbira haha. Nak jugak nak jugak nak jugak boleh? Adeh. :)




Haish. Nampak tak? Maria Ozawa tuuu... Kau hado? Tiba speaking Azwan Ali haha. Entah siapa siapa Maria Ozawa pun aku tak tahu. Lantak la. Anyway, one of the visitors asked me about how to get many followers. Oh my! Aku tak rasa blog ni ramai followers. Sila tengok dengan mata kepala kau. Tak sampai sejuta pun follower blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni kan kan kan? Adeh. Better kau tanya soalan tu kat Redmummy atau Hanis Zalikha. Erk. Aku tak layak dowh. Dah. Aku malu. Lain kali sila tanya soalan objektif ke. Sonang sikit aku nak lempar dadu pilih jawapan. :)




Aku bujang. Aku tak pandai masak. Aku malas nak pandai masak. Sebab aku malas nak belajar masak haha. Jadi aku selalu gi Pasar Ramadhan kalau nak beli juadah berbuka. Well. Kat Tanjung Malim ni meriah Pasar Ramadhan dia. Kat kolej kediaman aku ada satu. Kat kolej kediaman lagi satu ada satu. Kat depan pasaraya Billion ada satu. Kat Proton City ada satu. Pulak tu, hari Sabtu ada Pasar Malam kat depan stesen bas Tanjung Malim ni. Heaven betul dengan makanan kau tahu. Gila weyh! Siriyes aku siriyes. Tapi kan... Tapi kan... Tapi kan... Aku lebih selesa gi Pasar Ramadhan kat kolej kediaman aku ni sajo. Sebab sebab dia?
  • Pasar Ramadhan dia kecil tak besar mana pun. Sonang sikit nak pilih popia mana nak beli. Tiba merengek nak popia nak popia nak popia boleh?
  • Tak letih sangat aku nak pusing pusing empat lima kali. Kau tak nak join aku buang masa pusing pusing?
  • Jimat sikit. Tak perlu nak 'sedekah' duit kat kaunter stesen minyak tu. Dan aku malas nak driving.
  • Aku tak borong banyak mana pun. Aku biasa beli nasi berlauk RM 4, air RM 1 dan kuih RM 1. Total up RM 6 sajo. Kau? Ada sampai juta juta?

potpetpotpet: The art of living is more like wrestling than dancing.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Baru Aku Tahu Param Itu Apa

Halo halo. How are you guys? Harap harap sihat belaka. Hari Sabtu aku kali ni tak best. Aku tidur lebih kau tahu. Sampai dah penyek sebelah tengkorak kepala ni haha. Hurm. Kejap lagi baru nak start analisis data kajian tesis cambest aku tu. Adeh. Malas rasa membuak-buak. :) 


Anyway aku tak sempat nak bangun sahur. Bangun bangun je dah azan Subuh. Nangis terus. Boleh? Adeh. Ni sebab dan akibat makan banyak malam tadi. Entah apa apa aku telan. Tak pasal pasal nyenyak je tidur aku lepas tu. Erk. Moral of the story is baca doa SEBELUM dan SELEPAS makan. Aku selalu baca doa SEBELUM makan tapi aku selalu terlupa baca doa SELEPAS makan. Sebab? Ada je benda aku nak kunyah lepas tu haha. Sebab tu aku tak tahu bila nak baca doa SELEPAS makan tu. Adeh. Am joking! :)


Aku selalu gi PARAM kol 6 petang. Oh. PARAM tu Pasar Ramadhan. Erk. Aku baru tahu pagi tadi.  Simpati betul dengan diri sendiri haha. Sebelum sebelum ni aku ingat PARAM tu nama orang. Faham faham sudah. Tak sangka pulak PARAM tu singkatan bagi Pasar Ramadhan. Nangis terus haha. Dahsyat betul. Apa apa pun aku tak tahu nak makan apa hari ni. Kau ada cadangan?




potpetpotpet: Kereta aku dah siap repair. Tunggu masa nak ambil je. Suka. :)

Isnin, 16 Ogos 2010

Aksi Mencemaskan Di Pasar Ramadhan

Weyh. Sabtu Saturday lepas hujan lebat gila kat sini. Siriyes. Hajat di hati (cewahhh) nak gi pasar malam. Tapi hujan tak henti henti kau tahu. Nak tak nak aku batalkan puasa niat nak gi pasar malam tu. Aku pulak demam sikit sikit ni. Tak sanggup nak demam banyak banyak nanti.


As a result, aku gi beli jamuan (hamboi!!!) berbuka puasa kat sekitar kawasan kolej kediaman ni haaa. Okay la jugek daripada takde. Anyway, aku turun pasar Ramadhan tu dengan payung weyh. Erk. Kau ingat aku saja saja nak kawad kaki dengan payung? Hujan weyh! Tak henti henti lagi lebat wa cakap luuu.


Tapi kan... Tapi kan... Tapi kan... Aku ni pakai payung pun basah lencun weyh. Siriyes. Bayangkan betapa kebaboom lebat hujan dia. Lepas tu... Lepas tu... Lepas tu... Tiba tiba angin kuat pulak dah. Payung aku hampir hampir nak terbang kau tahu. Kalau aku terbang dengan payung tu aku tak tahu nak mendarat kat mana sebab aku memang tak boleh nak bayangkan aku terbang dengan payung tu. Adeh. Lagi dahsyat khemah khemah kat pasar tu boleh pulak bergerak-gerak manja. Nervous lite lite jugak masa tu. Aku dah mula terbayang tragedi kat pasar Ramadhan kat Jasin tu. Seram sejuk weyh. Tambah tambah lagi hujan ni, aku dah lebih sejuk daripada biasa.


Hurmmm... Ada lagi! Kemudian... Kemudian... Kemudian... Letop!!! Petir datang macam kat sebelah sebelah je. Haiyak. Aku dah saspen saspen kucing. Aku beli kuih tiga seringgit (sempat lagi) lepas tu lariiikkk sambil berpayung. Sila bayangkan haha. Alhamdulillah. Nasib tak ada apa apa yang berlaku. Minta minta dijauhkan. Amin.


potpetpotpet: Tak nak upload gambar. Takut takut korang terbatal puasa haha. :)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com